Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pengurus camar yang mencemar pejabat

    Pengurus camar yang mencemar pejabat

    By October 10, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    CAMAR digambarkan sebagai burung yang indah dalam lagu Camar Yang Pulang oleh Aishah. Burung pengembara itu menjadi metafora untuk kekasih yang jauh.

    Begitu juga dalam lagu Cinta Si Camar Putih oleh Headwind. Camar menjadi simbol kesetiaan cinta sebab camar, tidak seperti sesetengah manusia, antara haiwan yang tidak bertukar pasangan.

    Namun, secara realitinya, camar bukan burung yang disukai orang. Mungkin orang Malaysia meromantiskan kewujudan camar kerana burung itu tidak banyak di sini.

    Di kawasan yang banyak camar, United Kingdom contohnya, burung itu dibenci. Sebab mereka suka buat bising dan curi makanan orang.

    Bunyi yang dikeluarkan burung camar nyaring dan menjengkelkan. Ada masa mereka gugurkan tahi sesuka hati. Selepas melepas mereka terbang pergi.

    Pengurus singgah

    Istilah pengurus camar (seagull manager) merujuk kepada pengurus yang sikapnya saling tak tumpah seperti burung camar.

    Mereka lazimnya tak ambil peduli tentang pekerja. Hanya apabila ada masalah timbul, mereka datang membuat bising, menawarkan penyelesaian yang langsung tak dibincang dengan pekerja, lalu pergi dan hilang kembali.

    Istilah pengurus camar diperkenalkan oleh Ken Blanchard dalam buku Leadership and the One Minute Manager. Dalam buku itu, lima ciri pengurus camar disenaraikan, iaitu:

    • Hanya berhubung dengan pekerja ketika ada masalah timbul.
    • Nasihatnya cepat tetapi tidak membantu.
    • Gagal memberikan maklum balas dan sokongan berterusan.
    • Menawarkan penyelesaian tanpa memikirkan kebolehlaksanaan atau kesesuaian.
    • Selalu meletakkan kepentingan diri lebih tinggi berbanding kejayaan pasukan.

    Menurut pengasas bersama TalentSmart dan pakar kecerdasan emosi, Travis Bradberry, fenomena pengurus camar semakin meluas.

    Ini disebabkan cabaran-cabaran yang dihadapi syarikat yang terpaksa mengurangkan pekerja dalam bahagian pengurusan.

    Apabila pengurus berkurang, beban tugas mereka bertambah. Ini menyebabkan mereka kurang masa, tenaga dan perhatian untuk menguruskan para pekerja bawahan.

    “Mungkin pengurus camar memang wujud sejak dahulu tetapi pengurangan pekerja dalam organisasi menumbuhkan lebih ramai pengurus sebegitu,” katanya.

    Tergantung menunggu berhenti

    Pengurus camar boleh beri kesan buruk kepada syarikat. Hujah umumnya, pengurus yang gagal menguruskan  pekerja dengan baik membazirkan bakat. Tanpa prestasi baik dalam kalangan pekerja, syarikat berhadapan kerugian.

    Namun, untuk lebih spesifik, Bradberry menyenaraikan dua dapatan daripada kajiannya.

    • Pekerja yang berhadapan pengurus camar 30 peratus lebih berkemungkinan mengalami penyakit berkaitan jantung.
    • Disebabkan sikap pengurus yang seperti burung camar, lebih daripada dua pertiga pekerja di Amerika Utara mempertimbangkan untuk meletak jawatan. Jumlah kerugian akibat kehilangan pekerja sebanyak itu di benua tersebut adalah sebanyak AS$360 bilion (RM1.55 trilion) setahun.

    Sikap pengurus camar yang hanya hadir ketika ada masalah dan suka mencadangkan penyelesaian yang bukan-bukan boleh mewujudkan kekeliruan di pejabat. 

    Pekerja bawahan memerlukan panduan dan bimbingan pengurus. Jika dibiarkan terkapai, pekerja tidak dapat memenuhi potensi dan memberikan prestasi terbaik.

    Bayangkan keadaan pejabat yang lengang dan lesu. Setiap hari pekerja perlu menjalankan tugas dengan sendiri tanpa panduan dan arahan jelas.

    Pekerja yang terkapai akhirnya menimbulkan masalah. Pengurusan tertinggi mula bersuara dan menekan pengurus mereka. Ketika itu barulah pengurus camar datang dan cuba memadam kebakaran.

    Namun, kerana dia burung camar yang tak tahu makna tandas, penyelesaian dijatuhkan berketul-ketul tanpa perbincangan dan usaha untuk memahami punca.

    Penyelesaiannya tidak menyelesaikan apa-apa. Para pekerja kembali ditinggalkan dalam keadaan keliru dan tiada panduan.

    Ini mimpi ngeri untuk syarikat. Ini juga mimpi ngeri buat pekerja yang disidai tak berangkat.

    Menjadi pengurus ulung

    Namun, bukan sepenuhnya salah pengurus kalau mereka menjadi siluman camar. Seperti yang diteorikan Bradberry, beban dan tekanan tugas yang melahirkan pengurus camar.

    Malah, pengurus juga sering menjadi mangsa kritik pekerja yang gagal faham keadaan mereka yang sebenar.

    Untuk itu, Bradberry menggariskan beberapa ciri yang digelar “kemurnian pengurus ulung”. Ini usaha yang boleh diambil untuk pengurus mengelak menjadi camar.

    • Jangkaan jelas. Pengurus yang meletakkan jangkaan jelas untuk pekerjanya dapat memastikan pekerja menjalankan usaha yang tepat dengan cara yang tepat. Maksudnya, pekerja tahu apa yang perlu diteroka, bagaimana prestasi mereka akan dinilai dan mencapai persetujuan terhadap tahap komitmen yang diperlukan untuk mencapai matlamat.
    • Komunikasi berterusan. Komunikasi yang berterusan memerlukan pengurus memberi perhatian teliti terhadap tindakan dan percakapan pekerja serta berhubung dengan pekerja secara terbuka di tempat kerja. Komunikasi jadi berkesan apabila dilakukan secara kerap dan difahami setiap yang terlibat.
    • Maklum balas menyeluruh. Pengurus hanya dapat memberikan maklum balas menyeluruh apabila perhatian teliti diberikan terhadap prestasi pekerja. Pujian yang kerap dan empatik perlu diberi, sebagaimana anda perlu berikan kritikan yang membina. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.