Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

    Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

    By AMAL HAYATI FAUZINovember 5, 2025Updated:November 5, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini. GAMBAR HIASAN UTUSAN

    BAGI meringankan beban rakyat, kerajaan memperkenalkan pelbagai bantuan meliputi kewangan, latihan kemahiran, kesihatan dan kebajikan.

    Masih ramai yang belum menyedari bahawa bantuan ini mudah untuk dimohon dan terbuka kepada semua golongan masyarakat. Berikut merupakan inisiatif kerajaan yang boleh dimanfaatkan sepanjang tahun ini.

    Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

    Bantuan ini diberikan secara tunai kepada isi rumah dari golongan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40), termasuk orang bujang dan warga emas. Jumlah bantuan berbeza mengikut pendapatan dan tanggungan keluarga.

    Cara memohonnya adalah dengan menyemak maklumat di portal STR Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Bantuan Latihan Perantis (BLP)

    Program bantuan latihan BLP oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi sokongan dari segi kewangan bulanan kepada golongan belia yang menganggur atau berisiko untuk mendapatkan pengalaman pekerjaan.

    Bagaimana BLP berfungsi ?
    • Elaun bulanan sebanyak RM200 bagi setiap penerima
    • Terbuka kepada klien JKM, anak penerima bantuan BLP dan bekas tenaga kerja institusi
    • Beri sokongan latihan kemahiran, pelajar latihan industri atau penempatan pekerjaan.

    Permohonan adalah melalui pejabat JKM berhampiran atau layari portal eBantuan JKM.

    Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

    Bantuan persekolahan dengan hanya sekali pembayaran demi meringankan beban kewangan ibu bapa menanggung perbelanjaan pendidikan anak-anak.

    Bagaimana BAP berfungsi?
    • Bantuan sebanyak RM150 bagi setiap murid diberikan sekali setahun
    • Bantuan merangkumi pembelian pakaian seragam, buku dan keperluan sekolah
    • Ia disalurkan melalui pihak sekolah secara automatik
    Bantuan anak pelihara

    Bantuan yang dilancarkan pihak JKM ini juga disediakan buat keluarga angkat yang menjaga anak yatim atau kanak-kanak kurang berkemampuan supaya mereka dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang sihat.

    Cara bantuan ini berfungsi : 
    • Bantuan berjumlah RM250 sebulan bagi setiap orang anak
    • Bantuan boleh mencecah sehingga RM500 sebulan untuk keluarga yang menjaga lebih daripada dua orang anak
    • Bantu kurangkan beban kewangan keluarga angkat

    Permohonan boleh dilakukan melalui pejabat JKM berhampiran atau layari portal eBantuan JKM.

    Skim perubatan MADANI

    Inisiatif penjagaan kesihatan kerajaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ProtectHealth Corporation Sdn.Bhd. yang menyediakan rawatan secara percuma kepada golongan B40 di klinik panel swasta.

    Cara skim ini berfungsi : 
    • Tampung rawatan penyakit seperti demam, batuk, selesema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala dan kecederaan ringan.
    • Had manfaat tahunan bagi skim ini boleh mencecah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah, RM125 bagi warga emas bujang dan RM75 untuk orang bujang

    Untuk maklumat lanjut, boleh semak kelayakan anda di aplikasi MySejahtera atau laman web ProtectHealth.

    Program Perumahan Rakyat (PPR)

    Bagi sesiapa yang masih mencari rumah mampu milik, PPR menawarkan dua skim utama iaitu:

    • PPR disewa : sewa serendah RM124 sebulan
    • PPR dimiliki : harga bermula RM35,000 (Semenanjung) dan RM42,000 (Sabah dan Sarawak)

    Setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur, dua buah tandas, ruang tamu dan dapur. Permohonan boleh dibuat di portal TEDUH atau pejabat perumahan berdekatan.

    HRD Corp

    Inisiatif HRD Corp oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyediakan latihan secara percuma dan bersubsidi dalam bidang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja hari ini. Inisiatif ini terbuka kepada semua warganegara yang bekerja dan sedang mencari pekerjaan.

    Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web HRD Corp dan pilih program di bawah kategori ‘individu’ atau ‘majikan’.

    MySara

    Bantuan sebanyak RM100 yang dikreditkan terus ke MyKad milik rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Tiada permohonan diperlukan, hanya bawa kad pengenalan ke kedai runcit atau pasaraya berhampiran. Sah digunakan dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025. – RELEVAN

    bantuan featured kerajaan

    Artikel berkaitan

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025
    Artikel Terkini

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.