Facebook Twitter
    Trending
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2025: Di sebalik angka RM421 bilion

    Belanjawan 2025: Di sebalik angka RM421 bilion

    By October 18, 2024Updated:October 18, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dokumen Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan. - GAMBAR FAIZ ALIF ZUBIR/UTUSAN

    PERBELANJAAN kerajaan terbahagi kepada dua komponen, iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

    Anggaran perbelanjaan tersebut akan diumumkan dalam belanjawan negara setiap tahun, seperti yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober.

    Namun, angka yang disebut dalam pembentangan belanjawan tidaklah sepenuhnya kaku. Ia boleh berubah, terutamanya apabila berlaku perbelanjaan luar jangka yang mustahak untuk negara. 

    Contohnya, angka asal peruntukan keseluruhan Belanjawan 2024 yang dibentang tahun lalu ialah RM393.8 bilion. Ia terdiri daripada RM303.8 bilion perbelanjaan mengurus dan RM90 bilion perbelanjaan pembangunan.

    Menurut Laporan Tinjauan Fiskal 2025 yang diterbitkan Kementerian Kewangan, jumlah peruntukan keseluruhan pada 2024 diunjur meningkat dan disemak semula kepada RM407.5 bilion, 3.5 peratus lebih tinggi daripada angka asal.

    Begitu juga dengan perbelanjaan mengurus yang meningkat 5.8 peratus atau RM17.7 bilion kepada RM321.5 bilion. Sebaliknya, perbelanjaan pembangunan dianggar berkurang kepada RM86 bilion.

    Pengurangan perbelanjaan pembangunan, menurut Kementerian Kewangan, disebabkan kemajuan pelaksanaan program dan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

    Perbelanjaan mengurus pula meningkat disebabkan emolumen, bayaran persaraan, bayaran khidmat hutang serta subsidi dan bantuan sosial yang lebih tinggi.

    Unjuran perbelanjaan 2025

    Itu kemas kini belanjawan tahun ini. Apa pula yang dirancang kerajaan dalam belanjawan tahun hadapan?

    Menurut Laporan Tinjauan Fiskal 2025, peruntukan keseluruhan Belanjawan 2025 adalah sebanyak RM421 bilion atau 20.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    Jumlah tersebut dipecahkan kepada perbelanjaan mengurus sebanyak RM335 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM86 bilion.

    Bahagian terbesar dalam perbelanjaan mengurus adalah untuk emolumen sebanyak 25.2 peratus daripada keseluruhan peruntukan, diikuti bayaran khidmat hutang (13 peratus), subsidi dan bantuan sosial (12.5 peratus), perkhidmatan dan bekalan (9.7 peratus), bayaran persaraan (9.6 peratus), lain-lain (7.4 peratus) serta pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri (2.2 peratus).

    Bagi perbelanjaan pembangunan pula, bahagian terbesar dibelanjakan untuk sektor ekonomi sebanyak 9.5 peratus, diikuti sosial (7.1 peratus), keselamatan (2.9 peratus) serta pentadbiran am (0.9 peratus).

    INFOGRAFIK OLEH UTUSAN MALAYSIA

    Menurut Kementerian Kewangan, perbelanjaan pembangunan ditumpukan terutamanya kepada sektor ekonomi dengan sebahagian besarnya diperuntukkan bagi membiayai projek infrastruktur untuk menjana aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup.

    Peruntukan tersebut termasuk untuk projek tebatan banjir, pembekalan air dan pembinaan lebuh raya serta penambahbaikan kemudahan kesihatan dan institusi pendidikan.

    SSPA, hutang dan rasionalisasi

    Peningkatan unjuran perbelanjaan kerajaan pada 2025 sebahagian besarnya disebabkan emolumen dan bayaran persaraan yang lebih tinggi.

    Peruntukan untuk emolumen dijangka mencecah RM106.09 bilion tahun hadapan, lebih tinggi berbanding unjuran RM95.69 bilion tahun lalu.

    Bayaran persaraan turut meningkat, dianggarkan sebanyak RM40.42 bilion pada 2025 berbanding RM32.29 bilion tahun ini.

    Peningkatan bayaran persaraan dikaitkan dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan dilaksanakan bermula 1 Disember ini. 

    Sistem saraan tersebut akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang telah diguna pakai sejak November 2022 untuk meningkatkan keberhasilan perkhidmatan awam dan dalam masa sama memperkukuh kemampanan fiskal negara.

    Selain itu, bayaran khidmat hutang juga meningkat, diunjurkan sebanyak RM54.73 bilion pada 2025, berbanding kira-kira RM49.62 bilion tahun ini.

    Walau bagaimanapun, peningkatan perbelanjaan tersebut akan diimbangi usaha rasionalisasi subsidi yang dapat menangani ketirisan dan pembaziran. 

    Malah, kerajaan juga akan terus berusaha mencekapkan perbelanjaan, antara lain melalui inisiatif rasionalisasi badan berkanun yang bertujuan menangani pertindihan fungsi.

    Bersasar, berkesan menuju sasaran defisit

    Peruntukan keseluruhan kerajaan dalam belanjawan tahunan memang lazimnya akan meningkat setiap tahun. Ia normal.

    Namun, kerajaan menyatakan secara jelas hasrat untuk menjadikan perbelanjaannya lebih bersasar dan berkesan, selain memupuk tatakelola, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

    Ini dapat dilihat melalui usaha rasionalisasi subsidi dan badan berkanun serta penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

    Kerajaan juga terus komited mencapai sasaran defisit fiskal selepas berjaya mencatatkan pengurangan sejak 2022.

    Selepas lonjakan tinggi defisit pada 2022 akibat pandemik Covid-19, kerajaan melalui Belanjawan Madani pertama berhasil mengurangkannya kepada 5.0 peratus pada 2023.

    Ia diunjur berkurang menurut sasaran pada 4.3 peratus tahun ini, sebelum dijangka mencapai sasaran seterusnya dalam Belanjawan 2025.

    Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri meletakkan sasaran defisit 3.2 peratus menjelang 2025. Sasaran itu bagaimanapun disemak semula kepada 3.5 peratus dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada September 2023.

    Terkini, sasaran defisit fiskal dikemas kini kepada 3.8 peratus pada 2025. – RELEVAN

    belanjawan Belanjawan 2025 ekonomi featured kerajaan kewangan
    Artikel Terkini

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.