Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    By AMAL HAYATI FAUZINovember 20, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah. GAMBAR HIASAN UTUSAN

    CUTI sekolah bakal menjelang tidak lama lagi. Ini merupakan masa yang dinanti-nantikan semua pelajar setelah penat lelah menghadapi peperiksaan dan mengharungi proses pembelajaran sepanjang tahun.

    Bagaimanapun, cuti sekolah bukan hanya sekadar berehat dan goyang kaki di rumah. Jadikan cuti panjang kali ini sebagai batu loncatan untuk lebih produktif dengan melakukan aktiviti penuh manfaat.

    Berikut merupakan tujuh aktiviti menarik untuk mengisi masa sepang cuti sekolah tahun ini.

    Sertai kem motivasi

    Kebanyakan masjid sekitar kawasan rumah dan universiti berhampiran menganjurkan kem motivasi serta bengkel kemahiran untuk pelajar. Program penuh manfaat seperti ini dapat membantu meningkatkan keyakinan dan lebih berdisiplin. Gunakan peluang semasa cuti sekolah ini untuk memantapkan sahsiah diri dan aktif lakukan aktiviti kerohanian.

    Kelas tambahan

    Bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar tahun hadapan, bekalkan diri anda dengan menyertai kelas tambahan di pusat tuisyen berdekatan dengan tempat tinggal. Rugi sekiranya melepaskan peluang semasa cuti sekolah ini dengan perkara tidak berfaedah. Sekurang-kurangnya apabila sesi persekolahan pada tahun hadapan bermula, anda sudah bersedia dan lebih yakin untuk belajar silibus baharu.

    Bantu ibu bapa

    Cuti sekolah masa terbaik untuk meluangkan lebih masa untuk membantu ibu bapa di rumah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah kemas rumah atau tolong ibu di dapur demi meringankan beban mereka. Biarpun sederhana namun setiap bantuan amat bermakna.

    Beriadah

    Manfaatkan masa lapang untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, berjoging, bermain badminton atau sekadar berjalan untuk menghirup udara segar di taman perumahan. Jadikan sebagai rutin harian untuk kekal sihat daripada buntu duduk di rumah sahaja.

    Membaca buku

    Tidak rugi bagi sesiapa yang membaca buku, lebih-lebih lagi ketika cuti sekolah yang lama. Inilah masa terbaik untuk tenangkan diri dengan membaca. Rajinkan diri untuk pergi ke perpustakaan jika sayang untuk keluarkan duit poket. Luangkan masa untuk memilih pelbagai jenis buku seperti novel berunsur fantasi atau motivasi. Dengan membaca, ia dapat luaskan lagi pandangan dan daya pemikiran.

    Belajar kemahiran baharu

    Ambil inisiatif untuk belajar kemahiran baharu seperti memasak, menjahit atau fotografi. Selain menyeronokkan, kemahiran seperti ini juga berpeluang untuk beri manfaat pada masa akan datang. Siapa tahu, menerusi kemahiran ini anda dapat mencungkilkan bakat dan boleh menjana pendapatan yang lumayan. Apa yang penting adalah berani untuk mencuba benda baharu.

    Sukarelawan atau kerja amal

    Aktiviti sukarelawan seperti membersih taman, bantu edar makanan di rumah kebajikan atau derma darah membuka mata untuk lebih bersikap empati terhadap golongan memerlukan.

    Selain mengisi jiwa dengan pengalaman penuh makna, ia juga dapat melahirkan rasa tanggungjawab dan lebih peduli dengan persekitaran sekeliling. Kerja amal seperti ini sememangnya memberi kepuasan dalaman dan membentuk peribadi menjadi lebih prihatin dan matang. – RELEVAN

    Previous ArticleAncaman salmonella dan cara mengatasinya 
    Next Article Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.