Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

    Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 29, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Menabung latih disiplin berfikir dan bersabar sebelum berbelanja. - GAMBAR HIASAN ANNIE SPRATT/UNSPLASH

    TIDAK perlu tunggu masa untuk menjadi dewasa baru hendak mula menabung. Sebagai seorang pelajar, anda boleh mula menyimpan duit poket daripada sekarang.

    Wang saku yang diterima daripada ibu bapa untuk belanja harian atau duit raya yang diperoleh pada musim perayaan boleh dijadikan permulaan kepada tabiat menabung.

    Amalan menyimpan wang bukan sahaja membantu mencapai kehendak seperti membeli gajet, alat tulis baharu atau keperluan sekolah malah memberi kepuasan apabila dapat membeli sesuatu hasil usaha sendiri.

    Lebih daripada itu, menabung juga melatih diri untuk berdisiplin, bersabar dan berfikir sebelum berbelanja.

    Namun begitu, jangan sampai ke tahap mengikat perut semata-mata kerana mahu menabung. Ingat, duit poket yang diberikan oleh ibu bapa tujuannya adalah untuk menampung perbelanjaan harian anda di sekolah seperti membeli makanan atau keperluan asas lain. Oleh itu, belajar mengurus dan membahagikan wang dengan bijak.

    Cara bijak urus kewangan

    Salah satu cara mudah untuk mengurus kewangan dengan lebih teratur ialah dengan panduan 50-30-20. 50 peratus daripada wang saku digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, 30 peratus untuk kehendak peribadi manakala lebihan baki 20 peratus disimpan sebagai tabungan.

    Walaupun jumlah yang disimpan tidak besar, namun teruskan belajar untuk konsisten dan berdisiplin.

    “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,” demikian kata pepatah melayu yang membawa maksud tiada kejayaan tanpa usaha. Amalan menabung mungkin dilihat sebagai usaha kecil pada awalnya, tetapi dengan sikap ketekunan yang berterusan, hasilnya akan membawa kepuasan seperti ganjaran kepada diri sendiri.

    Belajar dari sumber yang betul

    Media sosial juga boleh menjadi platform untuk membantu anda memahami cara mengurus kewangan dengan baik. Ramai pakar kewangan berkongsi panduan membuka akaun bank dan cara merancang simpanan di platform seperti TikTok.

    Namun begitu, pelajar diingatkan supaya berhati-hati ketika memilih sumber maklumat. Bukan semua nasihat di media sosial boleh dipercayai. Ada juga kandungan yang menggalakkan pelaburan berisiko tinggi atau menjanjikan pulangan cepat tanpa jaminan.

    Sebaiknya, sebarang keputusan berkaitan kewangan haruslah berbincang bersama ibu bapa atau guru agar tidak terjebak dalam skim penipuan kewangan yang semakin berleluasa di alam maya.

    Menabung sebagai hobi

    Jadikan amalan menabung sebagai satu hobi yang menyeronokkan. Mulakan dengan jumlah yang kecil seperti RM1 sehari. Jika terus dilakukan sepanjang tahun, jumlahnya boleh mencecah ratusan wang ringgit.

    Bagi mengekalkan motivasi untuk terus menabung, tetapkan jumlah yang ingin dicapai sebagai matlamat peribadi dan catatkannya di telefon bimbit atau helaian kertas. Langkah kecil ini dapat mengingatkan tujuan sebenar dalam diri setiap kali rasa ingin berbelanja muncul.

    Menabung juga boleh dianggap sebagai “sakit sementara untuk nikmat jangka panjang”. Walaupun perlu berkorban sedikit pada awalnya, perasaan puas apabila berjaya mencapai matlamat menjadikan segala usaha berbaloi.

    Elak terpengaruh dengan trend semasa

    Tidak dinafikan, ramai mudah terpedaya dengan ikutan trend semasa lebih-lebih lagi di media sosial.

    Budaya Fear of Missing Out (FOMO) sering membuatkan seseorang berasa perlu memiliki apa yang ada pada orang lain walaupun ia hanyalah satu kehendak semata-mata.

    Oleh itu, sentiasa berpegang pada prinsip menabung dengan membuat pilihan yang bijak dan bukan mengikut orang lain. Jangan biarkan diri terperangkap dalam budaya FOMO dan perbelanjaan berlebihan yang boleh merugikan diri sendiri.

    Menabung bukan hanya mengajar anda untuk menyimpan wang tetapi ia adalah satu latihan membentuk disiplin dan tanggungjawab diri. Sebagai pelajar yang mengimpikan masa depan cerah, jangan takut untuk mula menabung walau sedikit. – RELEVAN

    Previous ArticleImperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Next Article Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.