Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Aktif kokurikulum, kerjaya lebih cemerlang

    Aktif kokurikulum, kerjaya lebih cemerlang

    By October 16, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AKTIVITI kokurikulum membantu memupuk kemahiran insaniah yang diperlukan dalam dunia kerjaya. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KAMI yang dewasa selalu rasa menyesal kerana tidak tahu beberapa perkara semasa kecil, menyebabkan kehidupan agak sukar menjelang dewasa.

    Contohnya, saya berharap semasa sekolah dahulu, ada orang dewasa yang menasihati supaya saya aktif dalam kokurikulum. Sebab sesungguhnya, aktiviti kokurikulum boleh membantu saya menjadi manusia yang lebih baik, terutamanya dalam bidang kerjaya.

    Bukan bermaksud saya patut masuk kadet bomba supaya boleh jadi bomba yang baik. Ia lebih luas.

    Aktiviti kokurikulum menawarkan kemahiran insaniah yang berguna untuk semua jenis kerjaya. Dengan kemahiran insaniah yang cemerlang, kerja boleh dijalankan dengan baik dan laluan kerjaya juga lebih lancar.

    Berikut saya senaraikan kemahiran insaniah yang boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum dan manfaatnya ketika berkerjaya.

    • Kepemimpinan

    Jangan takut angkat tangan calon diri menjadi pemimpin dalam persatuan, kelab sukan dan badan beruniform. 

    Pengalaman menjadi pemimpin membantu meningkatkan kemahiran interpersonal. Maksudnya, anda lebih berkesan mengendalikan komunikasi dan hubungan sesama manusia.

    Itu kemahiran mustahak dalam pekerjaan, lebih-lebih lagi jika anda berhasrat naik pangkat dengan lebih cepat.

    • Kerjasama berpasukan

    Melalui aktiviti kokurikulum seperti sukan dan pengurusan program, anda belajar bekerja bersama rakan-rakan lain.

    Pengalaman itu buat anda lebih faham aneka kerenah manusia yang perlu diurus dalam sebuah pasukan. Lebih cepat anda faham, lebih berkesanlah fungsi anda apabila berada dalam satu-satu pasukan.

    Dan dalam kerjaya, hampir pasti kita perlu bekerja dalam pasukan.

    • Penyelesaian masalah

    Dalam apa-apa aktiviti kokurikulum, akan ada masalah yang perlu diselesaikan. Ia menuntut sifat kreatif, inovatif dan timbang rasa.

    Aktiviti kokurikulum memberikan anda latihan awal untuk memupuk sifat-sifat tersebut.

    Di tempat kerja, kreativiti, inovasi dan bertimbang rasa merupakan sifat manusia yang tidak akan dapat diganti robot, termasuk kecerdasan buatan yang serba canggih. – RELEVAN

    featured kerjaya kokurikulum sekolah Utusan Pelajar
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.