Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jejak 40 tahun muzik hip hop Malaysia di Simposium Muzik Ipoh 2024

    Jejak 40 tahun muzik hip hop Malaysia di Simposium Muzik Ipoh 2024

    By September 30, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LOGO IMS 2024 - Ritma Atas Puisi: Muzik Rap dan Budaya Hip Hop - GAMBAR IHSAN PORT IPOH

    1520 SEDGWICK Avenue, sebuah pangsapuri 18 tingkat di Bronx, New York menjadi saksi sebuah parti yang diadakan pada 11 Ogos 1973. 

    Sekumpulan anak muda berhibur dengan pilihan lagu oleh seorang joki cakera (disc jockey – DJ) dan parti itu kini dianggap sebagai detik kelahiran muzik hip hop.

    Menurut catatan belum rasmi Adly Syairi Ramly di Instagram, pengaruh muzik tersebut masuk dalam budaya popular Malaysia 11 tahun selepas parti di Bronx. Ia boleh dilihat dalam beberapa babak filem Azura yang diterbitkan pada 1984, selain pengaruh filem Breakin’ Breakin’: Electric Boogaloo dan Beat Street.

    Ketika itu, menurut Adly, belum ada kumpulan hip hop yang dapat dijejak. Yang dilihat dalam filem Azura ialah tarian breakdance yang menjadi unsur penting subbudaya hip hop.

    Jika teori ini diterima, bermakna sudah 40 tahun muzik hip hop bertapak di Malaysia. Maka tepatlah tindakan Port Ipoh memilih hip hop sebagai tema Simposium  Muzik Ipoh (IMS) tahun ini.

    Hip hop diwacana

    Ini merupakan edisi keenam IMS sejak penganjuran kali pertamanya pada 2019. Tema-tema sebelum ini termasuk Muzik Independen (2019), Rock Kapak (2020), Muzik Nusantara (2021), Pop 1960-an (2022) dan Muzik Popular Malaysia 1975-1985 (2023).

    Tahun ini, tema penuhnya merupakan Ritma Atas Puisi: Lagu Rap dan Budaya Hip Hop. Segenap sudut tentang budaya dan muzik hip hop akan dibincang dan diwacanakan selama tiga hari, bermula 11 hingga 13 Oktober di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).

    Menurut Port Ipoh, IMS kali ini akan membincangkan kepentingan, pengaruh dan impak gerakan seni muzik rap serta budaya hip hop di Malaysia.

    Perbincangan dalam bentuk pembentangan dan forum tersebut akan merungkai pelbagai perspektif dari sudut sosial, politik, sejarah, estetik, budaya, agama dan ekonomi.

    “Selain daripada membuka wacana seni, IMS 2024 juga dijangka dapat menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa, terutamanya peminat muzik, sekali gus menyumbang kepada kempen Tahun Melawat Perak 2024,” katanya dalam kenyataan pada 27 September.

    Aneka unsur

    Budaya hip hop bukan sekadar muzik rap, sebab itu tema IMS 2024 memisahkan kedua-dua perkara tersebut.

    Menurut Port Ipoh, budaya hip hop merangkumi lima elemen utama, iaitu MC (rap), B-boy (breakdance), DJ, grafiti dan pengetahuan (knowledge).

    “Di Malaysia, muzik rap bukan sahaja menjadi genre muzik popular, malah wadah luahan realiti sosial, politik dan ekonomi masyarakat.

    “Melalui IMS 2024, para pembentang yang terdiri daripada ahli-ahli akademik dan penggiat industri muzik akan mengetengahkan sumbangan artis-artis tempatan dan ramai lagi yang telah membantu mengangkat muzik hip hop di Malaysia.

    “Kehadiran artis-artis pelbagai kaum menonjolkan perpaduan serta pengaruh besar genre ini dalam membentuk industri muzik tanah air,” katanya.

    IMS 2024 terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang generasi, agama, kaum atau etnik.

    Jelas Port Ipoh, antara pengunjung sasaran termasuk penyelidik seni dan budaya, guru dan pelajar muzik, pengkritik industri hiburan, peminat muzik, komuniti seni Perak, masyarakat tempatan dan pihak berkepentingan dalam industri muzik.

    Penuh acara

    Acara utama dalam IMS ialah simposiumnya, yang mana para penulis kertas kerja akan membentangkan kajian mereka meliputi topik seperti lirik, sejarah, identiti dan kemasyarakatan.

    Selain itu, turut diadakan bengkel grafiti kelolaan Northboundkrew, bengkel breakdance oleh kolektif Blazin’ Squad serta pertandingan breakdance dan rap & cypher.

    Tidak ketinggalan juga sesi perkongsian dan forum. Pada hari pertama simposium, Cat Farish akan berkongsi tentang perkembangan hip hop di Malaysia manakala Altimet, Datuk Ahmad Izham Omar, Yogi B dan April Kuan akan berforum dengan tajuk “Empat Dekad Hip Hop: Menjejak Perjalanan Ritma Atas Puisi”.

    Hari kedua pula akan dibuka dengan sesi ucaptama oleh Datuk Jake Abdullah, antara pelopor hip hop di Malaysia melalui kumpulannya, Krash Kozz.

    Pada sebelah malamnya pula, Konsert IMS akan berlangsung dengan penampilan Joe Flizzow, Sophia Liana, Gard Wuzgut, Lawalah Familia, Quai, Jerknorth dan Ranjit Bois.

    Jadual penuh IMS 2024 boleh dilihat di bawah:

    -RELEVAN

    acara featured muzik pendidikan Simposium Muzik Ipoh
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.