Umi Fatehah

PERNAHKAH anda mendengar pepatah Inggeris, “if you’re not growing, you’re dying”? Ia mungkin agak dramatik tetapi ada benarnya. Tanpa perkembangan dari sudut peribadi dan kerjaya yang konsisten, kita tersekat pada satu fasa sama dalam kehidupan pada tempoh yang lama: simptom lesu upaya yang lazim dalam kalangan pekerja. Sebelum topik ini dikupas dengan lebih lanjut, fahamkan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan atau perkembangan kerjaya. Perkembangan kerjaya ialah perjalanan ke arah apa yang anda ingin capai untuk kerjaya. Ini adalah cara anda beralih daripada pekerjaan pertama sebagai pemula, kepada jawatan yang lebih besar seperti pengurus.  Sama ada anda ingin menjadi ketua…

Read More

PENGGUNAAN kad kredit dan sistem hutang tidak dinafikan boleh memudahkan urusan kehidupan seperti membeli rumah, kereta dan memberikan kelonggaran untuk terus berbelanja apa-apa sahaja.  Namun, sekiranya anda mengumpul terlalu banyak hutang, ia boleh menimbulkan masalah yang serius dari segi kewangan. Mungkin anda akan selesa buat sementara waktu dengan bantuan kad kredit dan hutang tetapi lama-kelamaan, ia mungkin memakan diri. Bagi sesetengah individu, untuk kekal disiplin membayar semula hutang-hutang mungkin agak sukar. Justeru itu, layak untuk menggunakan kad kredit tidak bermakna anda patut menggunakannya. Bukan itu sahaja, wang yang digunakan untuk membayar hutang kad kredit juga tidak boleh digunakan di tempat…

Read More

APABILA memikirkan masa depan, pertimbangkan laluan kerjaya yang mempunyai prospek pekerjaan yang paling kukuh. Dengan menyelidik arah aliran pasaran kerja untuk tahun-tahun yang mendatang, anda boleh menentukan kerjaya yang lebih terjamin dan paling sesuai dengan minat atau kebolehan. Selepas itu, anda sudah boleh memulakan perancangan untuk berusaha bekerja dalam bidang yang mempunyai permintaan yang banyak untuk tahun akan datang. Dalam artikel ini, Relevan menyediakan lapan pekerjaan yang akan mendapat permintaan tinggi untuk 2024 menurut Indeed. 1.        Pakar kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin Memandangkan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (machine learning) terus maju dan menembusi pelbagai industri, permintaan untuk golongan profesional dalam…

Read More

Adakah kehidupan membuatkan kita penat dan lelah atau kita hanya kurang tidur? Mungkin kehidupan pada abad 21 juga menjadi punca mengapa kita sering berasa letih. Antara tabiat kehidupan seharian masyarakat hari ini ialah ketagihan skrin, budaya side hustle atau minda sentiasa aktif berfikir.  Cuba kenal pasti, adakah perasaan yang dialami itu hanya penat (tired) atau keletihan (fatigue)?  Ketua Institut Sleep and Circadian Neuroscience di Universiti Oxford, Profesor Russell Foster berkata, jawapan mudah kepada persoalan di atas ialah kita perlu membezakan antara penat dan keletihan. “Kepenatan boleh diubati dengan tidur yang cukup. Namun, keletihan tidak dapat diubati dengan tidur sahaja.  “Ia…

Read More

APABILA anak yang ditatang bagai minyak penuh disahkan menghidap apa-apa penyakit, dunia ibu bapa mula kucar-kacir. Lebih-lebih lagi apabila penyakit yang dihidapi oleh anak ialah penyakit kronik seperti diabetes. Perunding Endokrinologi Pediatrik dan Pensyarah Kanan dalam Pediatrik di Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr. Meenal Mavinkurve berkata, meskipun anak-anak disahkan menghidapi diabetes, mereka masih mampu mencapai apa sahaja dalam kehidupan.  “Saya benar-benar mahu pesakit dan ibu bapa memahami yang kanak-kanak penghidap diabetes boleh berjaya, malah boleh menjadi lebih cemerlang berbanding kanak-kanak lain yang tidak menghidap diabetes.  “Tidak dinafikan ia adalah sukar, tambahan pula dengan naik turun emosi dan rutin kehidupan baharu. Tetapi…

Read More

DALAM banyak-banyak rempah, rempah apakah yang paling mahal di dunia? Jawapannya ialah safron. Bagi 1 gram, harga yang dijual di Malaysia ialah RM25. Mahal, bukan? Tetapi, ada sebabnya mengapa ia dijual pada harga yang mahal. Bagi mendapatkan 1kg safron, sebanyak 120,000 kuntum bunga safron perlu dikumpulkan. Proses menuainya juga sangat rumit dan memerlukan tenaga kerja yang banyak dan lama. Untuk mendapatkan hasil safron yang berkualiti, pekerja perlu bekerja sekurang-kurangnya 40 jam. Meskipun asal usul safron masih menjadi tanda tanya, ada kemungkinan ia berasal daripada Iran. Di Iran, safron ditanam dan dituai bagi tujuan perubatan. Justeru itu, Relevan senaraikan lima khasiat…

Read More

PENDUDUK Gaza telah menempuh satu lagi malam yang diisi dengan serangan udara daripada zionis Israel, termasuk di kawasan selatan Khan Younis dan Rafah.  Pada asalnya, pihak tentera Israel memaklumkan seluruh penduduk Gaza agar beredar ke Khan Younis dan Rafah untuk mendapatkan perlindungan.  Namun, di saat sahabat dan saudara seislam kita mahu lari mendapatkan perlindungan, langit Gaza dihujani bom yang dihantar oleh Israel, tanpa ihsan kemanusiaan. Sudahlah mereka hidup terumbang ambing, rumah dimusnahkan. Bekalan makanan, air dan elektrik juga disekat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bekalan air, elektrik dan bahan api yang ada sekarang hanya mampu menampung dan digunakan selama 24…

Read More

SITUASI pasaran tenaga kerja Malaysia pada tahun 2020 penuh ketidakpastian, kehilangan dan kesukaran seiring dengan ekonomi global yang terkesan akibat pandemik Covid-19.  Kehilangan pekerjaan, pengurangan waktu bekerja dan kehilangan pendapatan menjadi isu penting kerana pelbagai negara mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal penyebaran wabak ini.  Malaysia juga tidak terkecuali daripada kesan ekonomi dan sosial yang tidak dijangka. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran negara mencapai lebih daripada empat peratus untuk pertama kali dalam hampir tiga dekad. Menurut Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), kadar pengangguran pada 2020 mencatatkan 4.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun sebelumnya yang merupakan kadar tertinggi sejak 1993. Bilangan…

Read More

BELANJAWAN MADANI Kedua kali ini memperuntukkan sebanyak RM58.7 bilion berbanding RM55.2 bilion tahun lepas. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sangat menitikberatkan pendidikan. Katanya, pembangunan bakat tempatan perlu segera dilakukan mengikut piawaian supaya selari dengan kehendak majikan dan industri. Berikut merupakan lima perkara yang dibentangkan berkaitan industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kursus peningkatan kemahiran.  Rombakan pendidikan TVET Tahun hadapan, peruntukan keseluruhan melibatkan TVET berjumlah RM6.8 bilion.  Belanjawan MADANI Pertama telah memulakan secara rintis usaha merombak pendidikan TVET negara melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.  Setakat 5 Oktober lalu,…

Read More

PEMBENTANGAN Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan penanda aras untuk Malaysia berada di kedudukan ke-25 dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Antara kriteria yang mengukur HDI termasuklah tahap pendidikan dan kesihatan rakyat sesebuah negara. Justeru itu, bagi Belanjawan 2024, sektor pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan MADANI Kedua. Kementerian Pendidikan khususnya akan menerima peruntukan sebanyak RM58.7 bilion berbanding RM55.2 bilion tahun lepas. Berikut merupakan 10 perkara berkaitan pendidikan peringkat arus perdana yang melibatkan pelajar sekolah, guru dan ibu bapa. Peruntukan untuk KEMAS Perdana menteri…

Read More