Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 cara jimat belanja barang dapur

    7 cara jimat belanja barang dapur

    By Umi FatehahMay 20, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 cara jimat belanja barang dapur. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    BELAKANGAN ini, perasan atau tidak harga barang semakin mahal? Ia makin jelas terasa apabila membeli barangan dapur seperti ayam, daging dan sebagainya. 

    Apa yang dilabel sebagai keperluan dalam kehidupan juga perlu dikira-kira, apatah lagi komitmen lain. 

    Sudah tentu, jumlah yang dibelanjakan untuk barangan keperluan bergantung pada tempat, apa yang dibeli dan bilangan isi rumah. Namun, tak kira berapa yang perlu dibelanja, sentiasa ada cara untuk berjimat.

    Berikut ialah tujuh cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan kos perbelanjaan membeli barangan runcit keperluan.

    1. Senaraikan barang perlu dibeli

    Senaraikan barang yang perlu dibeli mengikut keutamaan. Senarai ini dapat membantu anda berbelanja apa yang diperlukan sahaja dan meminimumkan risiko perbelanjaan di luar jangkaan. 

    Selain itu, rancang juga menu-menu yang akan dimasak. Kemudian, beli barangan mengikut menu tersebut. 

    Dengan cara ini, anda akan menggunakan segala item yang dibeli dan mengurangkan pembaziran makanan. 

    1. Makan masakan di rumah

    Makan di luar adalah harga sebuah kemalasan yang mahal. Banyak makanan yang dipesan di restoran boleh dimasak di rumah dengan kos yang lebih murah. 

    Kopi juga boleh dibancuh sendiri, tidak perlu belanjakan RM20 semata-mata untuk satu cawan yang – kita akui saja – taklah banyak mana kopinya. Bancuh sahaja kopi sendiri di rumah dalam kuantiti yang banyak dan boleh dinikmati sehingga dua ke tiga cawan. 

    1. Beli barang yang ada diskaun

    Pasar raya kerap melakukan pelbagai promosi yang boleh membantu anda menjimatkan wang, bermula dari makanan ruji seperti susu dan telur atau barang mandian. 

    Pertimbangkan untuk membeli barang yang diberi diskaun terutamanya jika harga asalnya mahal. Item diskaun sering dipaparkan di lokasi yang menonjol di seluruh kedai seperti di pintu masuk dan hujung lorong.

    1. Beli secara pukal

    Pembelian pukal boleh menjimatkan banyak wang. Beli-belah di peruncit pukal juga boleh menjimatkan kos kerana kebiasaannya, pembelian secara pukal lebih menjimatkan berbanding anda membeli item tersebut dalam jumlah yang kecil tetapi berulang kali. 

    Sebagai contoh, barangan seperti air mineral, lampin bayi dan makanan dalam tin seeloknya dibeli secara pukal.

    1. Beli barang di rak bawah

    Kedai dan pasar raya selalunya meletakkan barang yang paling mahal di rak paras mata. Untuk mencari barangan yang lebih murah, lihat rak bawah. Selain itu, lihat sekeliling makanan berjenama kerana kebiasaannya anda boleh menemui alternatif generik yang lebih murah. 

    Produk label generik selalunya hampir sama dengan barangan jenama terkenal dan selalunya dihasilkan di kilang yang sama, jadi jangan bayar untuk pembungkusan dan jenama semata. Apa yang anda inginkan ialah makanan di dalamnya.

    1. Bandingkan harga di kedai yang berbeza

    Jika anda tinggal berhampiran dengan pelbagai jenis kedai dan pasar raya, pertimbangkan untuk lakukan tinjauan dan bandingkan harga. Anda boleh mengetahui kedai mana yang mempunyai barang yang diperlukan dengan harga yang lebih murah. 

    Cuba beli-belah di dua kedai yang berbeza untuk mengoptimumkan penjimatan. Perkara ini mungkin agak menyusahkan tetapi pastinya akan menjimatkan. Jika anda kini membeli-belah di kedai runcit mewah, pertimbangkan untuk beralih ke kedai yang terkenal dengan harga yang lebih berpatutan. 

    1. Kurangkan kekerapan untuk berbelanja

    Mengurangkan kekerapan ke pasar raya bukan sahaja mengurangkan risiko pembelian tidak dijangka, malah akan meminimumkan petrol yang digunakan.

    Perasan atau tidak, kebiasaannya kalau kita ke kedai untuk membeli daun pandan sahaja tetapi akhirnya kita ‘terbeli’ biskut atau makanan lain yang tidak ada dalam senarai. 

    Jadi, lebih baik anda beli kesemua barang dapur secara bulanan. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan kekerapan berbelanja dan risiko terlebih belanja. – RELEVAN

    bajet barang runcit featured harga barang harga barang naik jimat kewagan perbelanjaan
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.