KERAJAAN Perpaduan akan mengumumkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 pada suku ketiga 2023 bagi melakar hala tuju pembangunan perindustrian. Pelan ini dikatakan menumpukan aktiviti berkualiti tinggi dan pengambilan bakat tempatan sebagai tenaga kerja. Berikut, Relevan senaraikan 15 peruntukan dari sudut pekerjaan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023. Mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi Selari dengan pelan yang disebutkan, agensi promosi pelaburan dan insentif pelaburan akan distrukturkan semula ke arah kadar cukai berperingkat berasaskan hasil. Antaranya ialah mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, mendalami rantaian bekalan dengan firma tempatan dan mewujudkan kelompok industri baharu. Pemantauan pelaburan yang menerima insentif juga akan diperkasa bagi memastikan manfaat…
Umi Fatehah
BELANJAWAN 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebutkan beberapa inisiatif bagi membantu kaum wanita dan ibu-ibu. Berikut, Relevan senaraikan peruntukan bagi 7 insentif yang disediakan khusus buat golongan wanita. Penyiasatan kes-kes melibatkan wanita dan kanak-kanak yang lebih agresif Oleh kerana permasalahan melibatkan wanita dan kanak-kanak dilihat masih membimbangkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes-kes seksual dalam kalangan wanita dan kanak-kanak. Sebuah pasukan khas di bawah D11 akan ditubuhkan khas sebagai usaha membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak dan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mencari pelaku. ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2023: 19 inisiatif Belanjawan 2023…
SEMALAM mencatatkan sebanyak 204 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 224 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,042,015 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 254 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,995,838 kes. Tiada kematian dilaporkan semalam. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,220 kes dengan 8,907 kes atau 96.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes…
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat. Ia merupakan belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan beliau. Kerajaan memperuntukkan RM388.1 bilion dalam Belanjawan 2023. Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding RM372.3 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan kerajaan terdahulu,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober tahun lalu. Merujuk kepada ucapan perdana menteri, Kementerian Pendidikan akan terus menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion bagi tahun 2022. Sejumlah RM2.3 bilion disediakan bagi memastikan penyediaan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran yang terbaik di semua sekolah buat anak-anak.…
PEMBENTANGAN Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan budaya ilmu dan tradisi akliah iaitu ilmu yang berdasarkan akal atau dalil rasional seperti ilmu falsafah, matematik, fizik dan lain-lain. Justeru itu, bagi belanjawan tahun ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menerima peruntukan sebanyak RM15.3 bilion berbanding RM14.5 bilion dalam Bajet 2023 yang dibentangkan pada Oktober lalu. Berikut merupakan lima perkara berkaitan universiti dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023. 1. Diskaun bayaran balik PTPTN Berkait tentang pinjaman pelajaran di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan bersetuju…
SEBANYAK 224 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 229 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,041,811 kes. 278 kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,995,584 kes. Tiada kematian dilaporkan semalam. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,270 kes dengan 8,952 kes atau 96.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat…
TANGGAL 22 Februari menandakan genap 31 tahun pemergian salah seorang penghibur legenda tanah air iaitu Allahyarham Sudirman Arshad. Meskipun beliau sudah meninggalkan kita sejak 1992, keberadaannya masih terasa kerana lagu-lagunya masih hidup berkumandang di corong radio. Sinonim dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri, lagu 31 Ogos dan Selamat Hari Raya dendangan beliau tidak pernah dilupakan. Sebagai anak Malaysia yang membesar dengan karya beliau, terdengar sahaja lagu-lagunya secara spontan lidah turut menyanyikan bait lirik, seakan-akan ia sudah sebati dalam darah. Latar belakang Mungkin ada antara generasi muda kini kurang mengenali siapakah insan yang memainkan peranan penting dalam industri seni…
ANGKA jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan sebanyak 229 kes semalam berbanding 184 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,041,587 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 227 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,995,306 kes. Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,324 kes dengan 9,001 kes atau 96.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan…
SEBELUM ini, Relevan banyak membincangkan dan mengupas bagaimana pelaburan boleh menjadi cara terbaik untuk menambah pendapatan. Meskipun terdapat pelbagai kelebihan dalam melakukan pelaburan atau menerima pelabur, orang ramai perlu berhati-hati dan lakukan semakan terperinci dahulu. Hal ini kerana ia berkaitan duit peribadi anda sendiri, bukankah nak cari duit itu memenatkan? Jadi, janganlah sampai sudah terhantuk kepala baru terngadah. Siasat dahulu latar belakang syarikat yang menawarkan skim pelaburan sama ada mereka beroperasi secara sah atau tidak. Oleh itu, Relevan senaraikan beberapa entiti yang disenaraikan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) buat perhatian para pelabur semua. Pixelvest Sdn. Bhd. dan…
JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 184 kes semalam berbanding 167 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,041,358 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 192 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,995,075 kes. Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,322 kes dengan 8,986 kes atau 96.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan…