Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja?

    Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja?

    By Umi FatehahJune 10, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja? - GAMBAR HIASAN MUHAMAD IQBAL ROSLI

    KEHIDUPAN bekerja ini memenatkan, bukan? Tapi bila difikir-fikirkan semula, apa saja dalam hidup ini yang tak penat? 

    Selepas seharian bekerja dan akhirnya berpeluang untuk menghempaskan badan di katil pada jam 10 malam, pernah tak terlintas di fikiran: kita kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja? 

    Kedengaran rumit dan mendalam tapi sebenarnya, jawapan itu ada dalam diri masing-masing.

    Menurut Placement.com, sesetengah orang memilih hidup untuk bekerja. 

    Hidup untuk bekerja bermaksud mempunyai fikiran berorientasikan kerjaya (career-oriented mindset). Ini bermakna, mereka tetapkan matlamat kerjaya yang jelas, iaitu untuk memanjat tangga kerjaya sehingga ke puncak. 

    Individu jenis ini juga tidak kisah jika kebanyakan masa dalam kehidupan dihabiskan untuk bekerja. Fahamlah, ada cita-cita besar yang perlu direalisasi jadi mereka tak kisah kalau perlu bekerja sehingga lewat malam dan tidak cukup rehat. Asalkan kerja keras mereka dihargai dan ada hasilnya.

    Ada juga yang memilih keseimbangan antara kehidupan dengan kerjaya. Ini yang dikatakan sebagai bekerja untuk hidup.

    Mereka biasanya lebih memilih untuk meluangkan masa melakukan hobi atau bersosial dengan yang tersayang. 

    Jangan salah faham, ini bukan bermakna mereka tidak rajin bekerja tetapi menganggap kerja itu untuk mendapatkan wang agar kehidupan dapat diteruskan.

    Mereka juga tidak mempunyai matlamat besar untuk memanjat tangga kerjaya. Sudah bersyukur mempunyai kerja, gaji masuk tiap bulan dan dapat mengenyangkan perut ahli keluarga.

    Kedua-dua situasi ini tidak ada betul atau salahnya. Sesiapa sahaja bebas memilih apa yang terbaik untuk kehidupan, bergantung kepada matlamat masing-masing. 

    Mungkin juga, ada satu ketika dalam hidup kita perlu mengorbankan masa untuk keluarga dan sebaliknya. 

    Kurang-lebih

    Seperti yang disebutkan di atas, sama ada memilih kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja itu tidak ada betul atau salahnya. Cuma, yang membezakan kedua-dua situasi tersebut ialah kelebihan dan kekurangan serta keselariannya dengan matlamat hidup.

    Jika yang dipilih ialah kerja untuk hidup, anda mempunyai pekerjaan semata-mata untuk mendapatkan wang yang diperlukan bagi menyara diri dan keluarga. 

    Ada kalanya, mungkin timbul rasa benci perlu bangun awal pagi untuk bekerja dan perlu melayan kerenah manusia-manusia toksik. Namun, ia tidaklah seteruk mana. Hadap sahaja selama lima hari, hujung minggu akan tiba dengan nyaman.

    Kelebihan mentaliti sebegini, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk kehidupan peribadi kerana kurang mementingkan kemajuan secara profesional atau memperoleh kekayaan. 

    Tekanan kerja juga tidak terlalu tinggi kerana memikul beban kerja yang lebih kecil. Matlamat hidup pula hanyalah mahu mendapatkan wang yang mencukupi untuk hidup dengan selesa dan berpuas hati dengan gaya hidup lebih santai.

    Kelemahannya pula ialah besar kemungkinan anda tidak akan menjadi seorang usahawan yang megah atau menjadi kaya-raya. Selain itu, sekiranya tidak ada hati dengan pekerjaan semasa, anda mungkin perlu menghadap perasaan itu selama 40 jam seminggu dan berkemungkinan menyebabkan hidup yang kusut.

    Berbeza dengan hidup untuk kerja, anda mempunyai potensi untuk maju dalam dunia kerjaya hasil fikiran yang berorientasikan kerjaya. Jika mempunyai pemikiran sebegini, secara semula jadi anda akan suka dengan kerja yang digalas.

    Tetapi kelemahannya, anda cenderung mengalami keletihan. Bekerja secara berterusan dan hanya meluangkan sedikit masa untuk keluarga atau kehidupan peribadi akan memberi tekanan. Apabila mengalami tekanan yang melampau, kesejahteraan mental dan fizikal juga terjejas.

    Nak tahu cheat code untuk hidup bahagia? Tak perlu pilih sama ada mahu kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja. 

    Bekerja terlalu banyak boleh menyebabkan keletihan, tak kejar pangkat kerja lebih tinggi tak kaya-kaya pula. Jadi, seimbangkan kedua-duanya. Pilihlah mahu gemilang di tempat kerja dan gembira di rumah. – RELEVAN

    Previous ArticleSesat di Galeri Puteh: Lagu-lagu M. Nasir dalam seni tampak
    Next Article 16.56 juta penduduk bekerja di Malaysia, kadar pengangguran kekal 3.3% pada April

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.