Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Semua orang boleh buat resume tapi bukan semua resume boleh dapat kerja

    Semua orang boleh buat resume tapi bukan semua resume boleh dapat kerja

    By Umi FatehahMay 27, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jelas Sara, rugi kalau resume anda tidak mesra ATS.

    SEKARANG, hampir semua orang mohon kerja secara dalam talian melalui platform seperti LinkedIn, JobStreet dan sebagainya.

    Jadi, penting untuk orang ramai ambil tahu kepentingan resume yang formatnya mesra applicant tracking system (ATS). 

    “Platform seperti JobStreet ada perisian ATS yang tersendiri. Rugi kalau resume anda tidak mesra ATS. 

    “Anda berkelayakan, berpengalaman dan sesuai dengan kerja yang ditawarkan di banyak syarikat tetapi disebabkan resume bukan dalam format ATS, profil tidak muncul dalam carian. Sistem ATS tolak sebab tak boleh dibaca. 

    “Secara keseluruhannya, jenis pencontoh (template) resume yang digunakan mempengaruhi peluang mendapat kerja,” kata Jurulatih Kerjaya dan Pengasas PAKARESUME, Saraladewi Subramaniam.

    Jelas Sara, ramai pencari kerja menggunakan pencontoh sedia ada yang boleh didapatkan percuma di platform seperti Canva dan sebagainya. Tidak mengapa sekiranya anda menggunakan pencontoh yang betul. 

    Ciri-ciri pencontoh di Canva yang boleh digunakan adalah dalam hitam putih, satu bahagian, boleh disimpan dalam format pdf dan perkataannya boleh disalin dan ditampal. 

    “ATS mengesan maklumat dalam resume dari kiri ke kanan. Kalau anda buat resume dua kolum atau dua bahagian, ia akan menyebabkan ATS keliru dan gagal mengesan maklumat penting. 

    “Lebih daripada lima kali gagal kesan maklumat, sistem akan menolak resume anda. Tidak kisahlah pengalaman yang anda ada sangat bagus sekalipun, kalau resume tidak dapat dibaca, sayanglah,” katanya lagi.

    Berdasarkan perkongsian Sara, satu lagi perkara penting yang perlu diingat, tidak ada istilah one resume fits all. Seeloknya, anda sesuaikan resume (maklumat, pengalaman) dengan kerja yang ingin dimohon.

    Apakah cara menulis deskripsi pengalaman kerja dengan betul?

    “Dalam membuat resume, perkara ini paling merunsingkan kepala ramai orang. Ada yang menyalin semula sahaja apa yang keluar dalam carian internet dan muatkan ke dalam resume.

    “Tetapi apa yang dijumpai di Internet itu tidak menceritakan tentang pengalaman dan kemahiran anda. Rugi sebenarnya kerana anda tidak dapat menonjolkan potensi dan kelayakan yang anda ada kerana maklumat yang dikongsikan di internet itu terlalu umum,” kata Sara.

    Sara berkata, untuk menulis deskripsi pengalaman kerja yang profesional dan baik, anda perlu mahir dalam bahasa, sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa yang baik akan memudahkan anda menulis deskripsi pengalaman kerja dengan baik.

    “Gunakan kata kerja dan sertakan bersama fakta seperti data atau apa-apa nilai angka (numeric value) untuk menguatkan resume. Sebagai contoh, bertanggungjawab menguruskan jabatan jualan dan pemasaran sehingga mencecah keuntungan sebanyak RM30,000 atau meningkatkan penjualan sebanyak 15 peratus. 

    “Contoh lain untuk kemahiran berkepimpinan: dilantik menjadi ketua jabatan sumber manusia dan memimpin 15 orang staf sehingga berjaya meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja sebanyak 25 peratus.

    “Kalau letak ada kemahiran berkemimpinan tetapi tidak ada bukti, resume tidak cukup kukuh. Jadi, pastikan anda nyatakan bukti untuk mengesahkan anda betul-betul mempunyai kemahiran ini dan berkelayakan untuk bekerja di syarikat bakal majikan,” katanya lagi.

    Selain itu, Sara juga ada kongsikan maklumat berkaitan perkara yang tidak perlu dimasukkan dalam resume. Berikut ialah maklumat yang tidak perlu disertakan dalam resume.

    – RELEVAN

    ATS featured kerjaya resume resume ATS
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.