Facebook Twitter
    Trending
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Imbangi kerja lebih daripada satu, jangan sampai abaikan diri sendiri

    Imbangi kerja lebih daripada satu, jangan sampai abaikan diri sendiri

    By Zubaidah IbrahimFebruary 28, 2022Updated:March 18, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: wayhomestudio - www.freepik.com

    SERING kita dengar orang berkata, “hidup zaman sekarang tidak cukup jika melakukan satu pekerjaan”. Ia berikutan kos hidup yang sangat tinggi dan juga pada masa sama memenuhi tuntutan kemahuan yang tiada berpenghujung.

    Oleh itu, mahu atau tidak, kita perlu mencari satu atau lebih pekerjaan sambilan untuk menambah pendapatan dan menjalani hidup lebih selesa. Berikut tujuh tip yang dikongsikan oleh laman web carian kerja terkenal, Indeed.com untuk mengimbangi hidup sekiranya melakukan pekerjaan sambilan.

    1. Fleksibiliti maksimum

    Jika anda mempunyai pekerjaan sambilan pertama dan sedang memburu pekerjaan sambilan kedua. Cuba cari yang menawarkan fleksibiliti sebanyak mungkin. Ini akan memberi anda lebih peluang untuk membuat jadual mingguan dan mengurangkan tekanan bekerja.

    2. Pilih pekerjaan yang anda sukai

    Sebolehnya, pilih pekerjaan sambilan yang anda sukai atau minati walaupun agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang terlalu sempurna dalam semua aspek. Sebagai contoh, anda suka melukis pada masa lapang, pertimbangkan untuk bekerja sambilan sebagai guru lukisan.

    3. Luangkan masa untuk penjagaan diri

    Penjagaan diri sangat penting terutamanya apabila anda melakukan dua pekerjaan berbeza. Apabila melakukan pekerjaan sambilan lebih daripada satu, ia bermakna anda bekerja dalam tempoh yang sangat lama setiap hari selama seminggu. Oleh itu, pastikan anda meluangkan masa untuk diri sendiri seperti melakukan yoga, senaman atau ke spa bagi memanjakan diri dan membuatkan anda lebih cergas serta bahagia.

    4. Amalkan pengurusan masa yang baik

    Pengurusan masa yang baik adalah penting apabila melakukan dua pekerjaan. Anda perlu menyesuaikan dua jadual kerja yang berbeza dan boleh menjadi tertekan jika tidak menguruskan masa dengan betul. Walaupun sibuk bekerja, anda juga perlu mempunyai masa untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.

     5. Simpan matlamat dalam minda

    Adakalanya melakukan dua pekerjaan memberi cabaran yang cukup besar. Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa ingat matlamat utama anda melakukan pekerjaan itu. Sebagai contoh, mahu menambah pendapatan untuk membeli rumah impian atau pergi ke destinasi percutian idaman.

    6. Ambil rehat antara syif

    Jika anda menjalankan dua pekerjaan berturut-turut selama beberapa hari. Cuba cari waktu rehat sebelum syif sekurang-kurangnya sejam untuk cari tempat duduk yang tenang, makan dan lelapkan mata seketika. Cara ini boleh mengurangkan stres dan memberikan badan rehat sebelum memulakan tugas seterusnya.

    7. Tetapkan sempadan

    Membuat dua kerja berbeza boleh membebankan mental dan demi menyiapkan tugasan akhir memerlukan anda membawa pulang kerja itu ke rumah.

    Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengekalkan sempadan iaitu meninggalkan pekerjaan tersebut apabila pulang ke rumah. Ia membolehkan anda berehat dengan sepenuhnya tanpa sebarang gangguan kerja.- RELEVAN

    featured kerja kerja sambilan sibuk bekerja
    Artikel Terkini

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.