Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Malaysia kekurangan tenaga mahir dalam pemasangan solar

    Malaysia kekurangan tenaga mahir dalam pemasangan solar

    By July 5, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MEREKA yang ingin bekerja sebagai juruteknik pemasang solar perlu memiliki sijil Niosh TNB Safety Passport (NTSP) dan Work at Height (WAH). Gambar hiasan/Senivpetro/Freepik

    PENYUMBANG terbesar kepada pembebasan gas rumah hijau adalah penggunaan bahan api fosil seperti minyak petroleum, arang batu dan gas asli yang menjadi sumber utama tenaga dunia.

    Gas rumah hijau yang terperangkap dalam atmosfera mempunyai pelbagai kesan negatif kepada ekosistem global. Ia boleh menyebabkan kenaikan paras air laut, kemarau, perubahan cuaca yang melampau, pemanasan global dan isu-isu lain berkaitan alam sekitar.

    Oleh itu, ramai sudah membuka mata dan sedikit demi sedikit beralih kepada Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) yang lebih bersih dan selamat.

    RE ialah tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya matahari, angin, hujan, ombak dan geoterma (tenaga haba diekstrak daripada kerak bumi) yang boleh diperbaharui secara semula jadi.

    Kelestarian alam 

    Menurut Pengurus Persatuan Industri Tenaga Boleh Diperbaharui Dan Alam Sekitar (Pintare), Wan Faziati Wan Sa’ari, peralihan kepada RE adalah langkah penting untuk kelestarian alam sekitar.

    “Salah satu RE yang menjadi tumpuan ialah tenaga solar memandangkan negara kita terletak di garisan khatulistiwa dan menerima sinaran matahari sepanjang tahun.

    “Bahagian utara tanah air seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menerima paling banyak cahaya matahari. 

    “Di Pantai Timur pula, rakyat Kelantan paling sesuai menggunakan tenaga solar disebabkan penerimaan cahaya matahari yang lebih tinggi berbanding negeri lain,” katanya.

    Tambah beliau, peralihan ke tenaga solar juga selari dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon menjelang tahun 2030.

    Pintare yang merupakan konsortium untuk syarikat-syarikat RE di Malaysia memberi sokongan penuh kepada hasrat kerajaan dengan memperkasa pemain-pemain industri dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam industri RE.

    Tenaga mahir

    Wan Faziati berkata, salah satu cabaran yang dihadapi oleh industri solar di Malaysia adalah kekurangan tenaga mahir dalam pemasangan solar terutamanya daripada generasi muda dan warga tempatan.

    Bagi mengatasi masalah tersebut, Malaysia Industrial Skills Academy (MISA), YEG Academy, Pintare dan Meatech School of Engineering menjalin kerjasama dalam melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang solar.

    Terbaharu, mereka yang ingin bekerja sebagai juruteknik pemasang solar perlu memiliki sijil Niosh TNB Safety Passport (NTSP) dan Work at Height (WAH).

    Ketua Pegawai Operasi MISA, Siti Patimah Hussin berkata, kerjasama strategik ini dilakukan untuk memenuhi keperluan pasaran kerja dalam industri tenaga boleh diperbaharui yang kini menjadi sumber ekonomi baharu.

    “Fokus utama kerjasama ini adalah untuk melatih dan menyediakan tenaga kerja yang mahir dalam bidang RE. Antaranya ialah juruteknik, khususnya sebagai pemasang dan penyelenggara sistem tenaga solar.

    “Pelajar akan mengikuti latihan komprehensif dan berstruktur untuk mempersiapkan mereka dengan kecekapan yang diperlukan oleh industri RE.

    “Program sebegini dapat menyumbang kepada ekonomi negara dengan mencipta peluang pekerjaan baharu dalam sektor RE yang semakin berkembang pesat,” katanya.

    Latihan Teknikal dan Vokasional 

    Menurutnya, Kursus Tenaga Boleh Diperbaharui (Juruteknik Solar) dibuka kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

    Syarat akademik yang ditetapkan sangat minimum iaitu mempunyai sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan berumur 18 hingga 35 tahun. 

    Para pelajar akan menjalani kursus tersebut selama tiga bulan iaitu sebulan teori dan dua bulan latihan praktikal bersama syarikat RE hasil padanan daripada Pintare.

    Peluang untuk terus diserap bekerja di syarikat RE selepas menjalani latihan praktikal juga sangat tinggi kerana negara kekurangan tenaga mahir dalam bidang ini.

    “Masyarakat masih belum sedar potensi dalam bidang RE terutamanya sebagai juruteknik solar dan ramai juga tidak tahu cara untuk menceburi bidang ini.

    “Kira-kira 70 peratus pekerja pemasang solar dipelopori oleh warga asing. Sayang jika anak muda tempatan tidak mengambil peluang ini.

    “Juruteknik solar menawarkan gaji yang tinggi iaitu gaji pokok sebanyak RM3,000 sebulan,” terangnya.- RELEVAN

    juruteknik kerja mahir Malaysia solar tenaga
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.