LAPORAN Digital Horizons Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) menggambarkan bagaimana akauntan melihat peranan teknologi yang akan dimainkan pada masa hadapan. Profesional kewangan berkongsi rasa optimistik tentang transformasi digital termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI). Tinjauan dalam kalangan ahli ACCA melihat pelbagai manfaat organisasi utama dalam menerima pakai teknologi digital, termasuk fleksibiliti/kebolehsuaian dan kualiti produk dan perkhidmatan sebanyak 78 peratus (%) manakala prestasi kemampanan, ketelusan dan pematuhan peraturan sebanyak 72%. Sebanyak 1,074 maklum balas daripada ahli ACCA di seluruh dunia menyatakan bahawa profesional kewangan masih melihat manfaat utama teknologi sebagai menawarkan peningkatan kecekapan atau proses sebanyak 52% dengan kedudukan kecekapan, mengoptimumkan proses…
Zubaidah Ibrahim
KIRA-KIRA 422 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes, yang mana kebanyakan mereka tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Setiap tahun, sekitar 1.5 juta kematian dicatatkan secara langsung dengan penyakit ini. Namun, dengan kemajuan pesat dalam industri perubatan berupaya meningkatkan peluang pesakit dengan ketara dari segi diagnosis dan rawatan. Menurut Pakar Perunding Endokrinologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr. Teoh Wei Leng, diabetes ialah penyakit yang kronik apabila pankreas seseorang individu itu tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau apabila pankreas tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. “Insulin ialah hormon yang membantu glukosa diserap ke dalam sel-sel…
JERAGAT ialah bintik sawo matang atau coklat muda pada kulit. Ia terhasil daripada kelompok sel kulit yang mengandungi pigmen melanin dan terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari secara terus tanpa perlindungan. Pendedahan matahari menggalakkan melanosit menghasilkan lebih banyak melanin. Jeragat ialah timbunan melanin pada lapisan luar kulit anda. Walaupun tidak menyakitkan atau berbahaya, tetapi kemunculan jeragat meresahkan hati kerana ia ‘mengganggu’ kecantikan pada wajah. Lantas pelbagai rawatan disediakan untuk menghilangkannya. Memetik healthline, Relevan kongsikan 7 rawatan untuk menyelesaikan masalah jeragat. Pelindung matahari Pelindung matahari (sunscreen) tidak akan menghilangkan jeragat yang sedia ada, tetapi ia membantu mencegah kemunculan jeragat yang…
AUTISME atau Autistic Spectrum Disorder (ASD) merujuk kepada pelbagai keadaan perkembangan yang mempengaruhi cara seseorang individu melihat dunia dan berinteraksi dengan orang lain. Bagi kanak-kanak ASD, aktiviti seni dan kraf yang menggabungkan deria boleh menjadi cara yang berkesan untuk meningkatkan perhatian mereka, ekspresi diri dan mengurangkan sebarang anxiety berkaitan kebimbangan. Aktiviti deria ini boleh dilakukan dengan mudah di rumah tanpa memerlukan kos yang besar. Merujuk kepada Kids Konnect, Relevan kongsikan 7 aktiviti deria yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama anak-anak ASD di rumah. Buat botol deria Isikan botol plastik dengan campuran air, kilauan dan beberapa titis pewarna makanan untuk mencipta mainan…
BAHAN plastik seperti beg plastik, pembalut dan pembungkus plastik adalah item wajib yang digunakan dalam kehidupan seharian. Tanpa kita sedar, penggunaan plastik yang berterusan tanpa kawalan menyebabkan alam semakin tercemar dan sekali gus memberi kesan kepada keseluruhan hidupan di bumi. Menyedari perkara tersebut, Kelab Mahasiswa Kimia (KMK), Jabatan Kimia, Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program kesedaran mengurangkan penggunaan bahan plastik yang menyumbang kepada penghasilan mikroplastik dan nanoplastik kepada pengunjung di Pantai Morib, baru-baru ini. Penasihat program, Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman berkata, program We Protect We Survive (WPWS) ini memberi pendidikan kepada komuniti di Pantai Morib bahawa…
“JANGAN malu untuk mendapatkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) untuk anak autisme”, demikian pesanan Haryati Karim. Hayati,38, adalah salah seorang ibu yang dikurniakan dengan seorang anak mild autism (autisme tahap terkawal). Ada segelintir ibu bapa enggan mendaftarkan anak autisme sebagai OKU disebabkan stigma dicop sebagai cacat dan sebagainya. “Kad OKU banyak memberi faedah untuk anak-anak autisme, kenapa malu untuk mohon? Bukan perlu dipakai atas dahi sebaliknya hanya dikeluarkan jika perlu sahaja. “Seperti anak saya, Hayyan pada usianya 18 tahun dia akan menjalani semula pemeriksaan oleh doktor. “Jika dia okey, kad OKU akan ditarik balik dan dia akan menjalani kehidupan seperti…
KUKU bukan sekadar menjadi lambang keperibadian,kebersihan dan penampilan seseorang, tetapi ia juga boleh menjadi petunjuk kepada kesihatan. Penting untuk kita mengetahui tanda-tanda awal sebelum ia menjadi lebih teruk. Pun begitu, ingin diingatkan bahwa tanda-tanda yang kami kongsikan ini hanyalah secara umum. Jika anda merasakan kesakitan atau mengalami perubahan tahap kesihatan, berjumpa doktor dengan segera. Memetik daripada webmd, Relevan kongsikan 9 keadaan kuku yang menjadi petanda penyakit berbahaya seperti berikut: Kuku pucat Keadaan kuku ini juga dikenali sebagai leukonychia, menggambarkan kuku yang sebahagian atau sepenuhnya berwarna putih. Warna putih mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti trauma, anemia, kekurangan diet, penyakit jantung…
BOEHRINGER Ingelheim mengeluarkan kertas putih bertajuk ‘Moving towards a rabies-free Southeast Asia’ (Menuju Asia Tenggara Bebas Rabies) pada Federation of Asian Veterinary Association (FAVA) Congress 2023 baru-baru ini. Ia dirangka dengan kerjasama Eco-Business iaitu sebuah pertubuhan media dan kecerdasan perniagaan terbesar di Asia Tenggara yang komited pada pembangunan mampan dan prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Zero by 30 Kertas putih ini menyoroti cabaran khusus negara serta penyelesaian pakar untuk melaksanakan pendekatan One Health (Satu Kesihatan) dalam mencegah dan membanteras rabies di Asia Tenggara dengan fokus khas pada Malaysia, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Thailand. Kertas putih ini meneroka…
MINAT Anas kepada dandanan kucing telah tumbuh sejak dia berusia 15 tahun. Ketika itu dia bekerja sambilan di sebuah pasar untuk mencari wang tambahan bagi membantu keluarga. “Pasar adalah lokasi popular tempat orang membuang kucing. Sedih dan menyayat hati melihat keadaan haiwan itu sangat kotor, tidak terjaga dan ada yang sakit. “Saban hari jumlahnya semakin bertambah. “Saya cuba membantu kucing-kucing itu dengan memberinya makan, merawat dan membersihkan. “Melihat minat saya kepada kucing, ayah kepada seorang sahabat menawarkan kerja sambilan di kedai haiwan miliknya dan di sinilah saya belajar untuk mendandan kucing,” tuturnya. ARTIKEL BERKAITAN: Cat groomer bukan sekadar mandi, cantikkan…
KUCING bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi sudah dianggap sebagai keluarga dan teman paling rapat yang sangat memahami perasaan pemiliknya bahkan ia menjadi terapi untuk meredakan tekanan. Oleh itu, sebagai pemilik kucing, sudah pasti kita mahu ia berada dalam keadaan terbaik sama ada dari aspek kesihatan, kecantikan dan penampilan yang menarik. Semua itu dapat direalisasikan dengan bantuan daripada pendandan kucing profesional atau professional cat groomer yang sangat terlatih mengendalikan haiwan itu. Kesihatan dan kecantikan Mungkin kerjaya ini agak kurang dikenali berbanding kerjaya profesional yang lain tetapi besar peranannya dalam memastikan kucing kesayangan kita sentiasa terjaga dan sihat. Menurut pendandan kucing profesional,…