DUNIA sekarang semua orang mahu bergerak pantas dan buat segalanya dengan cepat. Ia telah mendorong saintis untuk menghasilkan alat untuk mencapai tujuan tersebut. Baru-baru ini, sekumpulan saintis dari Universiti Chung-Ang, Korea Selatan telah mencipta exosuit ultra-ringan yang boleh membantu pelari menempuh jarak dekat dengan lebih pantas. Penciptaan itu dibentangkan oleh santis di Sekolah Kejuruteraan Mekanikal Universiti Chung-Ang di Korea Selatan. Mereka mencipta alat yang beratnya hanya sekitar 2.5 kilogram (kg) atau bersamaan 5.5 paun tetapi boleh membantu orang biasa berlari pecut 200 meter hampir sesaat lebih pantas berbanding tanpa sut. “Melebihi had tubuh manusia adalah keinginan asas manusia. “Hasil kami…
Zubaidah Ibrahim
SESAK nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik. “Sesak nafas akut adalah gejala yang datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah rawatan. “Berbeza dengan sesak nafas kronik yang mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka waktu yang lama,” katanya menerus perkongsian di Facebook miliknya Tambah beliau, sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan…
SEBUT sahaja nama Yahudi, pasti kita tergambar kekejaman yang tidak terjangkau dek akal ke atas rakyat Palestin. Sudah lupakah mereka suatu ketika dahulu merayu perlindungan di tanah Palestin akibat kekejaman Jerman? ‘Bagai melepaskan anjing tersepit’, sedikit demi sedikit tanah Palestin di rampas dan kini rakyat Palestin berada di penjara terbesar dunia menanti ajal datang menjemput. Kita semua perlu tahu asal usul bangsa Yahudi agar tidak terus tertipu dengan penyebaran berita yang cuba menimbus kebenaran dan menutup kezaliman mereka. Asal usul Yahudi Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Dungun, Terengganu, Dr. Abdul Wahab Md. Ali…
PENUAAN adalah lumrah kehidupan tetapi kesan penuaan tidak berlaku secara seragam dan boleh dipengaruhi oleh amalan serta tindakan kita pada hari ini. Terdapat beberapa aspek penuaan yang kurang dibincangkan secara umum. Salah satu daripadanya adalah sarkopenia. Apa itu Sarkopenia? Apabila kita semakin berumur, kita kehilangan jisim dan kekuatan otot tulang secara beransur-ansur. Keadaan ini dikenali sebagai sarkopenia. Menurut Ketua Pegawai Kesihatan dan Pemakanan, Herbalife Nutrition, Kent L. Bradley, sarkopenia boleh menimbulkan kesan serius. Satu contoh yang sangat jelas ialah pertambahan kes patah tulang pinggul seiring peningkatan usia. “Patah atau retak tulang pinggul menunjukkan salah satu kesan ketara penuaan dan juga…
KEHADIRAN semut tidak menyenangkan semua orang. Makanan terpaksa ditutup rapat, apatah lagi kalau yang manis dan bergula memang kesukaan serangga kecil ini. Panas hati dibuatnya kalau ternampak sekumpulan semut dalam makanan. Hendak makan jadi terbantut kerana yang tinggal hanyalah sisa gigitan. Itu belum lagi kalau terkena gigitan semut, sakit dan gatal dibuatnya. Walaupun begitu banyak persepsi negatif manusia kepada makhluk bernama semut ini, tetapi tahukah anda serangga ini menjalankan fungsi yang sangat besar dalam kehidupan kita? Ahli entomologi dan ahli ekologi berpendapat bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa semut. Mengejutkan bukan? Saintis telah menerangkan dan menamakan lebih 12,000 spesies semut…
PASUKAN penyelidik dari Belanda mendapati bahawa burung murai dan gagak menggunakan pancangan logam untuk mengukuhkan sarang burung itu dan melindunginya daripada penceroboh. Menariknya, pancangan logam itu sebenarnya direka khas untuk menghalang burung gagak dan murai daripada menceroboh kawasan manusia namun, sebaliknya yang terjadi. Para saintis telah mengetahui sejak sekian lama bahawa burung murai dan burung gagak adalah antara burung yang paling pintar di dunia, tetapi mereka juga bingung dengan keupayaan menakjubkan burung itu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran bandar. Sudah menjadi kebiasaan bagi burung untuk menggunakan sampah dan serpihan sebagai alat serta bahan binaan untuk membuat sarang. Tetapi, tindakan membuat…
MEMILIH tempat pengajian tidak mudah, terutamanya jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti dari aspek lokasi, kos sara hidup, yuran pengajian, keperluan visa pelajar dan penginapan. Sudah pasti, perbelanjaan pengajian di luar negara bukanlah jumlah yang sedikit. Oleh itu, membuat senarai semak sangat penting untuk membantu anda merancang perbelanjaan sepanjang pengajian di sana. Menurut data daripada syarikat teknologi global Wise, pelajar Malaysia membuat pemindahan pembayaran yuran lebih RM69.9 juta dalam setahun. Sehubungan itu, berikut Relevan kongsikan empat negara dengan kos yang perlu dibelanjakan sebagai panduan untuk anda yang mahu melanjutkan pengajian di luar…
BAYI dan kanak-kanak melalui fasa untuk membina sistem imun yang lebih baik. Apabila sistem imun ini mulai matang secara beransur-ansur, ia menghadapi pelbagai cabaran yang berpunca daripada kuman dan alahan alergi. Adakalanya perkara ini menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai penyakit kulit. Menurut Pakar Perunding Dermatologi Pediatrik di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Dr. Heah Sheau Szu setiap keadaan kulit mempunyai pendekatan pengurusan yang unik. “Diagnosis yang tidak tepat boleh membawa kepada rawatan yang mungkin tidak berkesan, sekali gus melambatkan pemulihan atau boleh memudaratkan.” “Terdapat pelbagai jenis penyakit kulit dan sebahagiannya adalah lebih kerap berlaku berbanding jenis yang lain,” katanya.…
PADA 13 Oktober lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 yang mencakupi pelbagai aspek penting dalam kehidupan seperti pendidikan, kesihatan dan juga pekerjaan. Selain bantuan tunai, rakyat juga ternanti-nanti mengenai inisiatif-inisiatif berkaitan pekerjaan yang sangat penting untuk pendapatan atau gaji yang lebih baik dan sekali gus, dapat menjalani kehidupan sejahtera. Sehubungan itu, Relevan bawakan Konsultan Kerjaya, Nik Akmal Nik Othman untuk mengupas lebih lanjut mengenai Belanjawan 2024 yang berfokus kepada aspek pekerjaan. OKU, warga emas dan bekas banduan Menurut Nik Akmal, secara keseluruhan belanjawan itu telah menyentuh semua golongan dengan sangat baik…
PEMAKANAN yang sihat dan seimbang bukan sahaja baik untuk tubuh badan, tetapi juga dapat meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan memberikan makanan berkhasiat sejak di usia bayi. Sehubungan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad kongsikan sembilan makanan yang sangat baik untuk merangsang kecerdasan otak anak-anak seperti berikut: Ikan “Pakar sering menyarankan untuk memilih ikan yang mengandungi asid lemak bermanfaat seperti salmon kerana ia sumber terbaik asid lemak omega-3 yang penting untuk fungsi dan pertumbuhan otak anak. “Beberapa kajian juga membuktikan, mereka yang gemar memakan ikan mengandung omega-3 memiliki daya fikiran tajam dan mencatat hasil baik dalam ujian…