Facebook Twitter
    Trending
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 langkah cegah nyanyuk, jaga kesihatan fizikal dan mental  

    5 langkah cegah nyanyuk, jaga kesihatan fizikal dan mental  

    By June 11, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SETAKAT ini masih tiada rawatan untuk masalah nyanyuk dan pelupa (demensia).- GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    APABILA menganjak ke usia emas, bukan sahaja pergerakan semakin perlahan tetapi juga ingatan menjadi semakin pelupa dan nyanyuk. Ini antara senario yang perlu dihadapi oleh warga tua.

    Walaupun setakat ini masih tiada rawatan untuk masalah nyanyuk dan pelupa (Dimentia), namun para saintis telah mengenal pasti beberapa faktor yang boleh melindungi diri kita dari mengalami masalah ini.

    Sehubungan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad menyarankan lima langkah untuk diamalkan terutamanya mereka yang sudah ada masalah kesihatan, masalah ingatan dan ada sejarah keluarga yang ada masalah mental.

    1. Senaman dan aktiviti fizikal

    “Senaman dapat mencegah diri daripada penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, kanser kolon, kanser payudara dan masalah berkaitan kesihatan mental seperti sukar untuk tidur (insomnia), anxiety dan kemurungan (depression).

    “Dalam jangka panjang ia dapat mengelakkan diri dari penyakit nyanyuk dan pelupa (demensia).

    “Malah dalam beberapa kajian menunjukkan dengan melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang ringan secara istiqamah dapat membantu memulihkan masalah ingatan yang lemah bagi mereka yang telah pun mengalami masalah ingatan,” kongsi Dr. Zubaidi di laman Facebook miliknya.

    Lakukan aktiviti berjalan kaki dan senaman ringan seperti senaman Melayu Tua sudah mencukupi bagi mereka yang telah berusia dan mempunyai masalah kesihatan.

    Senaman amat penting bagi mereka yang mempunyai risiko mengalami penyakit alzheimer ketika tua kerana mempunyai genetik APOE4 gene variant.

    1. Mediterranean diet

    Sebagai orang yang tinggal di nusantara, agar sukar untuk kita mengamalkan diet Mediterranean. Namun, kita masih boleh mengamalkannya dengan mengambil ciri-ciri diet ini ke dalam pemakanan kita.

    Antara yang mungkin kita boleh tambah dalam pemakanan kita yang menyerupai Diet Mediteranean adalah pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, snek yang bersumberkan bijiran penuh (whole grains), kekacang (beans dan nuts) dan bijirin (seeds).

    Selain itu, tambahkan pengambilan minyak zaitun dan banyakkan makan ikan berbanding daging merah, susu dan tenusu (seperti yogurt dan keju). Pemakanan sihat ini terbukti dapat mengelakkan penyakit jantung dan merendahkan risiko mendapat penyakit kanser dan dementia.

    1. Tidur yang berkualiti

    Mendapat tidur yang berkualiti sangat diperlukan oleh tubuh. Dalam banyak kajian, tidur selama enam hingga lapan jam sangat penting untuk fungsi otak kerana proses pembelajaran dan mengingat dapat disimpan dalam otak semasa tidur.

    1. Latihan minda

    Banyak kajian mendapati mereka yang aktif melakukan latihan minda seperti membaca, menulis, melakukan permainan silang kata dan soduku serta melakukan perbincangan sihat sesama rakan dapat mengekalkan kekuatan minda dan ingatan apabila semakin berusia.

    Dr. Zubaidi turut melakukan aktiviti membaca dan menghafal di awal pagi sebelum dan selepas solat Subuh.

    1. Hubungan sosial

    Hubungan sosial dalam keluarga dan rakan dapat memberikan kesan baik pada kesihatan kita apabila semakin berusia.

    Banyak kajian mendapati mereka yang mengalami kemurungan (depression) dan masalah mudah lupa biasanya mereka yang rasa keseorangan.

    Cari rakan-rakan yang memahami dan membantu. Ia akan merendahkan tekanan dan menggembirakan kita. Ini mengelakkan kita mengalami masalah mental.

    Masalah nyanyuk dan pelupa adalah masalah yang semakin serius. Ramai mereka yang berusia seawal 40-an mula mengalami masalah ini tanpa mereka sedari.- RELEVAN

    featured fizikal kesihatan mental nyanyuk tua warga emas
    Artikel Terkini

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.