Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerap menggosok mata, pemuda ini jalani pemindahan kornea

    Kerap menggosok mata, pemuda ini jalani pemindahan kornea

    By Zubaidah IbrahimMay 30, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MUHAMMAD ZABIDI perlu menjalani pemindahan kornea kerana kerap menggosok mata.- FOTO TikTok @im.bidi

    MATA gatal atau rasa tidak selesa pada mata yang berlaku berterusan tidak boleh dipandang ringan kerana jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan akan menjadikannya semakin buruk.

    Jika tidak bernasib baik, seseorang itu berdepan risiko kehilangan penglihatan.

    Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok seorang pemuda bernama Muhammad Zabidi yang berkongsi keadaan dirinya yang perlu menjalani pemindahan kornea kerana kerap menggosok mata.

    Pemuda berusia 21 tahun itu mengalami alahan resdung sejak kecil dan dia tidak menyangka akan berakhir dengan sangat teruk.

    Sejak kecil lagi dia akan menggosok mata sehingga menjadi merah dan keadaan menjadi semakin teruk apabila dia meningkat remaja.

    Ketika berusia 15 tahun, dia mula mengalami penglihatan kabur di mata kanannya dan keadaan bertambah buruk.

    Lalu dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor. Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor tersebut mendapati korneanya tercalar teruk kerana selalu menggosok mata dan kini dia memerlukan kornea yang baharu.

    KEADAAN korneanya yang sudah berparut akibat menggosak mata sejak sekian lama.- FOTO TikTok @im.bidi

    “Sejak kecil saya suka menggosok mata kerana ada alahan resdung. Kadang-kadang saya menggosok mata sehingga merah.

    “Saya perasan penglihatan mula kabur pada usia 15 tahun. Ia menjadi semakin kabur dari semasa ke semasa.

    “Pada usia 21 tahun, sudah ada parut pada kornea saya,” Kongsi Zabidi di akaun TikToknya yang dikenali sebagai @im.bidi

    Pemuda itu baru-baru ini menjalani pemindahan kornea, satu prosedur di mana korneanya yang rosak telah dikeluarkan dan digantikan dengan yang baru.

    Dia diletakkan di bawah anestesia am, jadi tidak ada rasa sakit, tetapi masa pemulihannya agak lama.

    Doktor memberitahunya bahawa dia akan dapat membuka matanya dalam beberapa bulan dan memerlukan masa bertahun-tahun untuk pulih sepenuhnya.

    “Sekarang keadaan saya stabil, tetapi mata kanan masih tidak boleh dibuka.

    “Doktor memberitahu, mata kanan ini mengambil masa dua bulan untuk dibuka dan dua tahun untuk pulih sepenuhnya,” kongsi Muhammad Zabidi.

    Sementara itu, video perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang terkejut dan tidak menyangka yang perbuatan menggosok mata boleh merosakkan kornea.

    Ada juga yang bertanyakan prosedur pembedahan dan rawatan. Ramai juga yang mendoakan dia cepat sembuh.

    Selain menggosok mata, menetapkan kecerahan paparan telefon pintar yang terlalu tinggi juga boleh merosakkan kornea.- RELEVAN

    Previous Article“Selamat tinggal yang tersayang” – Selepas itu nak buat apa?
    Next Article Anwar di pesta buku: tentang maklumat, ilmu dan hikmah

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.