PENYUMBANG terbesar kepada pembebasan gas rumah hijau adalah penggunaan bahan api fosil seperti minyak petroleum, arang batu dan gas asli yang menjadi sumber utama tenaga dunia. Gas rumah hijau yang terperangkap dalam atmosfera mempunyai pelbagai kesan negatif kepada ekosistem global. Ia boleh menyebabkan kenaikan paras air laut, kemarau, perubahan cuaca yang melampau, pemanasan global dan isu-isu lain berkaitan alam sekitar. Oleh itu, ramai sudah membuka mata dan sedikit demi sedikit beralih kepada Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) yang lebih bersih dan selamat. RE ialah tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya matahari, angin, hujan, ombak dan geoterma (tenaga haba…
Zubaidah Ibrahim
PENYELIDIK dari Universiti California, Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini mencipta tampalan tekak berkuasa sendiri yang menggunakan pembelajaran mesin untuk menterjemah pergerakan otot kepada pertuturan. Sekali gus, membantu mereka yang mengalami masalah pita suara untuk bercakap. Penolong Profesor Kejuruteraan Bio di Universiti California, Jun Chen, mencetuskan idea untuk menghasilkan peranti pemboleh pertuturan yang tidak invasif selepas merasakan pita suaranya letih akibat bersyarah selama beberapa jam pada satu-satu masa. Bermula sejak itu, dia memikirkan cara untuk membantu seseorang bercakap tanpa menggunakan pita suara mereka. Dengan bantuan rakan sekerjanya di Universiti California dia mereka bentuk tampalan inovatif yang melekat pada kerongkong pengguna…
APABILA menganjak ke usia emas, bukan sahaja pergerakan semakin perlahan tetapi juga ingatan menjadi semakin pelupa dan nyanyuk. Ini antara senario yang perlu dihadapi oleh warga tua. Walaupun setakat ini masih tiada rawatan untuk masalah nyanyuk dan pelupa (Dimentia), namun para saintis telah mengenal pasti beberapa faktor yang boleh melindungi diri kita dari mengalami masalah ini. Sehubungan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad menyarankan lima langkah untuk diamalkan terutamanya mereka yang sudah ada masalah kesihatan, masalah ingatan dan ada sejarah keluarga yang ada masalah mental. Senaman dan aktiviti fizikal “Senaman dapat mencegah diri daripada penyakit jantung, diabetes, tekanan darah…
BANYAK makanan pelik di dunia ini dan salah satu yang sukar diterima akal ialah kopi daun bawang. Ada yang nak mencubanya? Bawang dan kopi semestinya tidak dicipta untuk ‘bersama’ tetapi lain pula di China, latte yang digabungkan bersama daun bawang menjadi kegilaan di negara itu pada ketika ini. Ramai pencinta kopi di negara itu tidak melepaskan untuk mencuba latte daun bawang dan memuat naik video serta gambar di media sosial masing-masing. Carian mudah dengan tanda pagar #springonionlatter di TikTok atau Instragram akan memperlihatkan foto dan video latte daun bawang. Latte daun bawang mula tular bulan lalu, apabila beberapa media membuat…
KEJELITAAN model kepintaran buatan (AI) kini dipertandingkan dalam arena ratu cantik Fanvue Miss AI buat pertama kalinya di dunia. Pertandingan ini akan menilai peserta dari aspek kecantikan, pengaruh media sosial dan penggunaan alat AI oleh pencipta mereka. Pertandingan yang bermula pada April oleh Fanvue itu menjadi topik perbualan hangat seluruh dunia dan juga mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet. Berdasarkan populariti model AI seperti Aitana Lopez dan Emily Pellegrini di media sosial, acara sebegini ini pasti akan berlaku dan ada signifikannya. Kira-kira 1,500 gadis yang dijana AI telah diserahkan oleh pencipta mereka dari seluruh dunia, tetapi hanya 10 daripada yang layak…
HORMON banyak mempengaruhi kehidupan seseorang manusia dan salah satunya ialah mengawal emosi. Sekiranya hormon ini tidak seimbang, ia akan menyebabkan seseorang mengalami pelbagai perasaan negatif. Dalam badan kita terdapat empat jenis hormon ‘gembira’ yang membantu seseorang itu kekal positif, berasa gembira dan seronok. Menurut healthline, terdapat empat hormon ‘gembira’ dan fungsinya seperti berikut: Dopamin: Dikenali sebagai hormon ‘rasa baik’ (feel good), dopamin ialah neurotransmitter yang merupakan bahagian penting dalam sistem ganjaran otak. Ia dikaitkan dengan sensasi yang menggembirakan bersama dengan pembelajaran, ingatan dan banyak lagi. Serotonin: Hormon dan neurotransmitter ini membantu mengawal mood anda serta tidur, selera makan, penghadaman, keupayaan…
SYARIKAT teknologi Jepun, Kirin Holdings baru-baru ini melancarkan versi komersial sudu penambah rasa digelar Elecispoon yang meningkatkan persepsi rasa garam. Sekali gus, menjadikan rasa makanan lebih enak. Kirin Holdings merupakan syarikat yang membangunkan teknologi penambah rasa. Sejak beberapa tahun lalu, mereka telah bekerjasama dengan saintis dari Universiti Meiji untuk membangunkan barisan peralatan dapur pintar yang menggunakan elektrik untuk menjadikan rasa makanan lebih masin dan lebih enak daripada yang sebenarnya. Pada ketika itu, mereka menguji sudu dan mangkuk pintar yang berfungsi bersama-sama untuk membuat makanan berasa masin kira-kira 1.5 kali ganda daripada rasa sebenar, tetapi hanya sudu yang berjaya ke pasaran.…
KEMATIAN mengejut sangat menakutkan dan punca utama keadaan ini disebabkan oleh serangan jantung yang datang secara tiba-tiba. Hati-hati, penyakit ini boleh membunuh dalam senyap. Sebenarnya, sesiapa sahaja berisiko mendapat serangan jantung meskipun menjalani gaya hidup aktif. Lebih menyeramkan, penyakit ini banyak menyebabkan kematian dalam tidur. Trend penyakit ini juga sudah berubah. Jika dahulu ia banyak dialami oleh orang berusia 60 tahun ke atas, sejak lima tahun kebelakangan ini semakin ramai orang muda mendapat serangan jantung. Menurut Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr. Richard Chan Tze Ming, serangan jantung berlaku apabila saluran darah dalam jantung atau koronari tersumbat 100…
MATA gatal atau rasa tidak selesa pada mata yang berlaku berterusan tidak boleh dipandang ringan kerana jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan akan menjadikannya semakin buruk. Jika tidak bernasib baik, seseorang itu berdepan risiko kehilangan penglihatan. Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok seorang pemuda bernama Muhammad Zabidi yang berkongsi keadaan dirinya yang perlu menjalani pemindahan kornea kerana kerap menggosok mata. Pemuda berusia 21 tahun itu mengalami alahan resdung sejak kecil dan dia tidak menyangka akan berakhir dengan sangat teruk. Sejak kecil lagi dia akan menggosok mata sehingga menjadi merah dan keadaan menjadi semakin teruk apabila dia meningkat remaja. Ketika berusia…
PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijemput untuk memohon program Biasiswa Khazanah oleh Yayasan Khazanah. Permohonan untuk Biasiswa Khazanah Global (A-Level), Khazanah Watan (Asasi) dan Wakalah PayNet-Yayasan Khazanah (Asasi) dibuka sehingga 5 Jun 2024. Yayasan Khazanah yang merupakan rakan strategik Yayasan Hasanah telah diamanahkan untuk memupuk dan menyokong individu luar biasa yang akan menggalas peranan kepimpinan dalam organisasi terkemuka negara, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia. Program Biasiswa Khazanah bukan sahaja menawarkan pembiayaan untuk perbelanjaan pendidikan tetapi juga mengasah pembangunan diri khususnya dalam bidang kepimpinan. Pada tahun 2023, Yayasan Khazanah telah menganugerahkan 115 biasiswa kepada para individu luar biasa…