Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » KBAT SPM 2023: Lebih 56,000 calon gagal jawab soalan dan data-data lain

    KBAT SPM 2023: Lebih 56,000 calon gagal jawab soalan dan data-data lain

    By May 28, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CALON SPM 2023 masih lemah dalam kemahiran mencipta. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PADA 2014, item-item yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mula diperkenalkan dalam kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2023 yang diterbitkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada 27 Mei, ada dimuatkan laporan ringkas berkenaan keupayaan calon menjawab item KBAT.

    Hal ini menarik untuk dilihat memandangkan SPM 2023 merupakan kali ke-10 item KBAT dimasukkan dalam peperiksaan terbesar peringkat menengah itu. 

    Relevan mengambil sedikit masa untuk meringkaskan laporan tersebut anda.

    Tentang KBAT

    KBAT merupakan elemen yang diserapkan dalam sistem peperiksaan untuk menguji keupayaan calon menggunakan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta idea secara kreatif atau inovatif dalam proses menyelesaikan masalah secara sistematik dalam situasi baharu dan kehidupan sebenar.

    Terdapat empat kemahiran yang diuji dalam KBAT, iaitu:

    • Mengaplikasi

    Menggunakan maklumat dan pengetahuan dalam situasi baharu dan bukan rutin.

    • Menganalisis

    Mencerakinkan atau mengelas maklumat kepada bahagian yang lebih kecil dan menentukan saling kait setiap bahagian dengan keseluruhan struktur atau matlamat supaya struktur organisasi lebih mudah difahami.

    • Menilai

    Membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui proses inkuiri, kritikan, hipotesis, justifikasi atau refleksi.

    • Mencipta

    Menghasilkan sesuatu yang baharu atau suatu inovasi, menyatukan elemen, menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula elemen kepada corak atau struktur yang baharu.

    SUMBER: LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2023

    Keempat-empat kemahiran tersebut bertepatan dengan empat tahap tertinggi Taksonomi Bloom (selepas semakan 2001). Oleh itu, keempat-empat kemahiran tersebut boleh juga dilihat dalam bentuk hierarki, yang mana mengaplikasi sebagai kemahiran paling ringkas manakala mencipta sebagai kemahiran paling rumit, dalam konteks KBAT.

    Pada permulaan pelaksanaannya, hanya 20 peratus soalan dalam kertas peperiksaan SPM melibatkan item KBAT. Ia kemudiannya meningkat secara berperingkat sehingga 2021.

    Bermula 2021, peratus item KBAT dalam SPM ialah 50 peratus.

    Prestasi keseluruhan

    Kualiti jawapan calon SPM 2023 untuk item KBAT dikategorikan kepada Sangat Rendah, Rendah, Sederhana dan Tinggi mengikut kriteria bagi setiap kemahiran.

    Kategori Sangat Rendah merujuk kepada calon yang mendapat markah kosong atau tidak menjawab soalan. Oleh itu, tahap penguasaan minimum KBAT dalam SPM 2023 hanya merangkumi jawapan calon dari kategori Tinggi, Sederhana dan Rendah.

    Secara keseluruhan, 84.96 peratus calon mempunyai tahap penguasaan minimum. Ini bermakna, baki 15.04 peratus lagi berada dalam kategori Sangat Rendah. Ini merangkumi sejumlah 56,178 calon.

    Mengambil kira setiap kemahiran, menganalisis mencatatkan peratus tahap penguasaan minimum tertinggi dengan 89.71 peratus, diikuti mengaplikasi (89.23 peratus), menilai (81.43 peratus) dan mencipta (79.47 peratus).

    Untuk penguasaan baik (kategori Tinggi dan Sederhana), peratus calon dalam tahap tersebut ialah 55.11 peratus. 

    Mengaplikasi merupakan kemahiran dengan peratus tahap penguasaan baik tertinggi, iaitu 61.21 peratus. Ini diikuti menganalisis (60.99 peratus), menilai (50.75 peratus) dan mencipta (47.5 peratus).

    Sekelumit yang rumit

    Melihat data tahap penguasaan minimum dan baik mengikut kemahiran, jelas bahawa penguasaan dua kemahiran paling rumit – menurut Taksonomi Bloom – iaitu menilai dan mencipta adalah yang paling lemah.

    Data peratusan kualiti jawapan calon mengikut kemahiran dalam KBAT juga menunjukkan jumlah yang rendah untuk pencapaian Sederhana dan Tinggi dalam kemahiran menilai dan mencipta.

    Kurang separuh calon mencapai tahap penguasaan baik dalam kemahiran mencipta memberi isyarat bahawa calon SPM 2023, secara keseluruhan, kurang menguasai kemahiran tersebut.

    Jumlah lebih 56,000 calon yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum untuk kesemua kemahiran juga membimbangkan, walaupun peratusnya tidak begitu besar.

    Lembaga Peperiksaan mencadangkan supaya KBAT sentiasa dipupuk dan dibudayakan dalam diri murid, terutamanya melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

    Katanya, pembudayaan KBAT seharusnya digalakkan melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran berasaskan inkuiri, projek, penyelesaian masalah, membuat keputusan, perbincangan, perbahasan dan sebagainya.

    “Selain itu, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam menyediakan ruang dan peluang untuk murid meningkatkan kemahiran berfikir.

    “Ini kerana penguasaan KBAT adalah penting kepada murid bagi memastikan mereka mampu menghadapi cabaran dan bersaing di peringkat global,” katanya dalam Laporan  Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2023. – RELEVAN

    featured KBAT keputusan SPM pendidikan sekolah spm SPM 2023
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.