Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kesusahan hati orang yang kaya mendadak

    Kesusahan hati orang yang kaya mendadak

    By June 11, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEKAYAAN mendadak boleh mengundang pelbagai komplikasi. - GAMBAR HIASAN/SASHA FREEMIND (Unsplash)

    “JANGAN mesej aku lagi,” tulis Johan ringkas, buat Rizal terkedu di rumah. Rakannya yang pernah sama-sama susah seakan mahu memutuskan hubungan.

    Baru seminggu Johan jadi orang kaya baharu. Ayahnya meninggalkan dunia dengan warisan harta bernilai hampir RM10 juta.

    Bagi Rizal, Johan masih kawan yang sama. Angka di akaun bank tidak mengubah perasaannya pada kawan yang dahulunya pernah menghirup mi segera dari mangkuk sama.

    Ketika itu, Johan tidak berhubungan langsung dengan bapa kandung yang bercerai dengan ibunya sejak dia sekolah rendah.

    Dia tahu bapanya ada di Kuala Lumpur. Dia tahu bapanya ahli politik berjaya tapi dia memilih untuk menganggap bapanya tak wujud. Mungkin rasa marah kerana ditinggal sehelai sepinggang dengan ibunya tak pernah lesap.

    Hanya kira-kira sebulan sebelum bapanya pergi, ibunya dihubungi. Ikut cerita ibu, bapanya menyesal dan rasa berdosa kerana mengabaikan keluarga pertama selama puluhan tahun. Harta yang diwariskan adalah percubaan terakhir bapanya menebus dosa.

    “Kau tahu aku benci dia tapi mak aku yang yakinkan, duit warisan itu hak aku. Mak aku cakap, itu untuk semua nafkah yang dia abaikan dan penghargaan untuk segala usaha aku jaga mak,” kata Johan pada Rizal, betul-betul selepas dia dapat tahu tentang harta warisan tersebut.

    Rizal sentiasa ada dengan Johan tapi kira-kira seminggu selepas rakannya itu menjadi jutawan, sikapnya berubah. Dia menjauhkan diri dengan kenalan rapat, termasuk kekasihnya.

    Menjadi OKB

    Ini cerita rekaan. Rizal dan Johan tidak wujud, cuma dua watak itu direka untuk anda mendapat gambaran tentang sindrom kaya mendadak.

    Sebab bila sebut orang kaya baharu (OKB), perubahan sikap yang lazim dibayangkan ialah sombong, kuat membazir dan tiba-tiba hilang kompas moral. Tak ramai yang sedar, kekayaan mendadak juga berpotensi membawa gelisah, tekanan dan kekeliruan kepada OKB.

    Sindrom kaya mendadak, atau sudden wealth syndrome, menurut Investopedia, bukanlah diagnosis psikologi yang rasmi. 

    Istilah itu dicipta ahli psikologi kekayaan, Dr. Stephen Goldbart yang memerhati simptom pada pesakit-pesakitnya selepas mendapat kekayaan dengan mendadak.

    Jelas Calda Clinic, pesakit Goldbart berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan di sekelilingnya – mungkin sebab pilihan berbelanja yang tiba-tiba terbuka luas atau rakan dan keluarga yang tiba-tiba datang menyapa.

    Simptom tersebut termasuk krisis identiti, kemurungan, insomnia dan kegelisahan.

    Seperti Johan, dia menolak Rizal bahkan kekasihnya jauh dari hidup selepas tiba-tiba jadi kaya. Selepas menolak insan rapat seperti itu, dia cari kawan dan kekasih baharu atau pilih untuk berseorang?

    Jika berseorang, hidup berteman gelap, sepi dan sunyi, mungkin Johan menghidap sindrom kaya mendadak. Dia sedang celaru dengan dirinya yang baharu.

    Identiti/penyamar

    Bukan sekadar harta warisan yang tiba-tiba diturunkan entah dari mana. Menang loteri, judi, pertandingan atau keuntungan pelaburan kripto juga boleh membawa kekayaan yang mendadak. 

    Pastinya, wang banyak yang diterima tiba-tiba memberi banyak kesenangan tetapi bersamanya turut dibawa tekanan.

    Menurut pakar psikiatrik dan perubatan psikoterapeutik, Claudia M. Elsig, antara simptom jelas yang diperhatikan Goldbart terhadap OKB ialah krisis identiti.

    Ia berlaku apabila OKB merasakan dirinya berbeza daripada kawan, keluarga, malah diri sendiri yang lama. Mereka mempersoal kedudukan diri dalam hidup – “Apa peranan aku dalam dunia? Apa langkah yang perlu aku ambil sebagai seorang manusia yang baharu?”

    OKB juga mudah diserap rasa seperti penyamar. Mereka rasa tak layak mendapat segala kekayaan yang datang tiba-tiba. Terbit rasa bersalah dan tertekan, seperti lazimnya mereka dengan sindrom penyamar (imposter syndrome).

    Jelas Elsig, sindrom penyamar kewangan (financial imposter syndrome) boleh menyerang mereka yang kaya mendadak, menyebabkan mereka sukar menerima kekayaan sendiri.

    Berubah dan beresah

    Selain krisis identiti dan sindrom penyamar, secara lebih spesifik, sindrom kaya mendadak turut melibatkan perubahan tingkah laku dan cabaran emosi.

    Elsig menyenaraikan tujuh perkara seperti berikut:

    • Tempoh bulan madu

    Keseronokan dan euforia yang dialami pada fasa awal menerima kekayaan mendadak diistilahkan sebagai tempoh bulan madu oleh Elsig. 

    Kedengaran positif tapi yang dirisaukan adalah apabila fasa tersebut tamat. Selepas emosi melonjak tinggi, jatuhnya curam. Kesannya mungkin lebih besar untuk mereka yang sedia ada menghidapi keadaan mental seperti bipolar.

    • Gelisah dan rasa bersalah

    Orang sekeliling mahu kita gembira apabila menerima kekayaan mendadak dan itu juga boleh jadi punca gelisah dan rasa bersalah. Krisis identiti dan sindrom penyamar bukan mudah untuk ditangani; beban emosinya berat.

    • Takut dan paranoid

    Mereka yang tak pernah kaya akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan status baharu. Ia boleh menimbulkan paranoid – jenis takut yang melampau.

    Kawan-kawan dan keluarga mula disangsi. Semua yang datang dianggap mahu ambil kesempatan. Ia merosakkan hubungan dan keseorangan akan menjemput masalah lain pula.

    • Menjadi perahsia 

    Perubahan hidup yang mendadak boleh mendatangkan kekeliruan. Dalam keadaan ini, pelbagai perasaan dan kecelaruan boleh singgah, baik takut, tertekan, gelisah atau bimbang. Ini mendorong seseorang menjadi perahsia – dia sendiri tak tahu apa nak diberitahu orang, maka diam menjadi jalan terbaik.

    Ini juga, sekali lagi, terkait dengan sindrom penyamar. Kerana rasa tak layak dan bersalah, seseorang menjadi perahsia. Kekayaannya tidak mahu didedah kerana malu.

    • Sunyi dan terasing

    Krisis identiti mendorong OKB mengasingkan diri, seperti gambaran watak Johan dalam awal artikel. Dia keliru dan celaru, maka semua ikatan rapat diputuskan. Dia akhirnya menjemput sunyi.

    Kesunyian yang melampau dan berpanjangan menyebabkan banyak kecelaruan psikiatri lain, termasuk kemurungan, penyalahgunaan alkohol, sikap baran, masalah tidur dan kecelaruan personaliti.

    • Foya dan punah diri

    Selain kesan-kesan yang gelap dan murung, ada juga OKB yang terus terjerumus dalam kefoya-foyaan, berbelanja sakan dan tingkah laku punah diri (destructive). Wang yang banyak mengaburi mata dan moral.

    • Cabaran hubungan

    Wang boleh memberi kesan kepada hubungan manusia. Boleh jadi OKB sendiri mula berubah dan mengeruhkan hubungan dengan orang sekitar atau orang sekitarnya yang mula memberi layanan berbeza. – RELEVAN

    featured kesihatan mental kewangan OKB sindrom kaya mendadak
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.