SEMUA imbuhan lain berada di luar kata dasar. Baik imbuhan awalan, akhiran atau apitan; mereka tak menyibuk mahu menyelit di celah-celah huruf perkataan lain. Tapi tidak untuk imbuhan sisipan. Imbuhan berbaka langka ini (hanya ada empat, itupun salah satunya hanya wujud dalam satu perkataan) tidak malu untuk menghadirkan dirinya dalam kata dasar sehingga umat manusia terkeliru – ingatkan perkataan dengan imbuhan sisipan memang kata dasar yang asal. Lihat bagaimana lazimnya kita menggunakan perkataan seperti gemilang, selerak, serabut dan kelemumur. Tak seperti kata terbitan (perkataan yang diletakkan imbuhan) lain, kita boleh terus nampak yang mana imbuhan, yang mana kata dasar. Ya,…
KU SYAFIQ KU FOZI
PERBUALAN tentang pekerjaan yang wajar sudah berlangsung lama dan ia menjadi lebih signifikan apabila Keadilan Sosial dan Kerja Wajar untuk Semua diangkat sebagai tema Hari Pekerja global pada 1 Mei lalu. Kerja yang wajar meliputi pelbagai aspek. Pertumbuhan Buruh Antarabangsa (ILO) meletakkan empat lingkungan substantif, iaitu guna tenaga penuh dan produktif, hak di tempat kerja, perlindungan sosial dan galakan dialog sosial. Keempat-empat lingkungan tersebut boleh diukur melalui indikator-indikator dalam 10 sublingkungan. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam perkembangan tuntutan kerja wajar. Pada 2019, Program Negara Kerja Wajar (DWCP) telah dilancarkan. Ia merupakan rangka kerja yang melibatkan kerjasama ILO, kerajaan Malaysia, Persekutuan…
MOHD Supyan Abdul Rahman, atau yang orang kenal sebagai Pyanhabib meninggal dunia pada usia 66 tahun pada 4 Jun 2024. Tuhan beri subsidi umur tiga tahun kepadanya. Berita pemergiannya mula dikongsi rakan rapat Allahyarham, Azalan Hussain (Sinaganaga) di Facebook sebelum disahkan isteri Allahyarham, Zurina Zakaria, juga melalui Facebook. Tak lama sebelum itu, ketika melepak seperti kutu di tepi jalan Persiaran Barat, ada kawan saya mengajuk gaya deklamasi Pyanhabib, membaca sajak Bapaku Seorang YB. Ia bukan ejekan, saya tahu, sebaliknya sebuah homaj pada ikoniknya seorang Pyanhabib. Tapi bila ada kawan lain mahu rakam, saya halang. Takut ia jadi sensitif. Sering juga…
KAU berdiri di tengah laluan pejalan kaki di Bukit Bintang. Jarum pendek pada jam sudah melepasi nombor 10 tetapi Kuala Lumpur tidak gelap. Di sekeliling ada manusia yang berjalan berkumpulan, ketawa dengan jenaka rakan. Ada pasangan berpegangan tangan, cuba sembunyi cinta di balik pipi yang kemerahan. Kau berdiri tegak, berseorang. Selautan manusia, tiada satu pun yang dikenali. Tiada kenalan, apatah lagi rakan. Kaupulang ke bilik sewa. Beg dicampak, baju dibuka, katil berkeriut menyambut hempasan tubuh yang berat dengan soalan: “Lapan juta manusia di Kuala Lumpur, kenapa aku masih sunyi?” Lampu pendafluor yang benderang hilang fungsi. Bilik menggelap. Empat dinding putih…
BERITA anak muda tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau tak mahu melanjutkan pelajaran selepas SPM sentiasa boleh dikaitkan dengan persepsi mereka terhadap pasaran kerja. Anggapan bahawa pendidikan tinggi tidak menjamin peluang pekerjaan berkualiti bukan baru sehari dua berkumandang; sudah lama dan persepsi itu semakin memekat saban hari. Dan persepsi itu tidak sepenuhnya salah. Data Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir empat bagi setiap 10 siswazah berada dalam pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan pada 2023. Pada 2021, terdapat 15.8 peratus siswazah berada dalam sektor pekerjaan tidak formal, berbanding 8.6 peratus pada 2013. Itu antara statistik yang dikemukakan penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah…
KALI terakhir saya terpesona dengan penjelasan berkenaan perbezaan antara ilmu dengan maklumat adalah melalui sebuah video di Youtube. Saya tonton waktu masih bergelar mahasiswa. Video itu merupakan syarahan Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud. Yang bertanya soalan itu ialah Aliff Basri (yang ketika itu belum dikenal tapi sekarang menjadi kawan yang disyukuri kewujudannya). Khamis, 30 Mei 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulang hal yang hampir sama di pentas utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Tidaklah begitu mempesona (sebab ia hanya ucapan perasmian, bukan ruang meneroka dalam sesuatu isu seperti syarahan) tetapi saya yakin, Anwar cuba membawa rawi…
PADA 2014, item-item yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mula diperkenalkan dalam kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2023 yang diterbitkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada 27 Mei, ada dimuatkan laporan ringkas berkenaan keupayaan calon menjawab item KBAT. Hal ini menarik untuk dilihat memandangkan SPM 2023 merupakan kali ke-10 item KBAT dimasukkan dalam peperiksaan terbesar peringkat menengah itu. Relevan mengambil sedikit masa untuk meringkaskan laporan tersebut anda. Tentang KBAT KBAT merupakan elemen yang diserapkan dalam sistem peperiksaan untuk menguji keupayaan calon menggunakan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta idea secara kreatif atau inovatif…
KURIKULUM baharu, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mula diperkenalkan di sekolah-sekolah bermula 2017, sebelum ia mula digunakan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021. Dalam KSSM, mata pelajaran di peringkat menengah atas dikategorikan kepada lapan kumpulan, iaitu mata pelajaran Teras, mata pelajaran Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan), mata pelajaran Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi), mata pelajaran Elektif STEM (mata pelajaran Vokasional), mata pelajaran Elektif Bahasa, mata pelajaran Elektif Pengajian Islam, mata pelajaran Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas serta mata pelajaran Kesenian. Prestasi kesemua kumpulan mata pelajaran itu dalam SPM 2023 dijelaskan dengan komprehensif dalam Laporan Analisis Keputusan…
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menyaksikan peningkatan berbanding tahun sebelumnya, baik dari segi jumlah pelajar cemerlang mahupun Gred Purata Nasional (GPN). Seramai 11,713 calon mencatatkan keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, meningkat berbanding 10,109 calon pada 2022. GPN juga lebih baik – 4.60 untuk SPM 2023 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya. ARTIKEL BERKAITAN: 11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A Untuk gambaran yang lebih komprehensif, Relevan membaca keseluruhan Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2023 yang diterbitkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada 27 Mei. Berikut merupakan ringkasan daripada laporan tersebut. Daftar calon Seramai 395,924 calon…
DEBARAN menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 buat calon-calonnya akan berakhir pada 27 Mei. Cemerlang atau tidak, semuanya bakal terjawab. Namun, cemerlang atau tidak bukan tumpuan utamanya. Yang penting, semua calon akan dapat menuai hasil usaha mereka selama berbelas tahun bersekolah. Seperti biasa, Relevan selalu ada sebagai pemudah cara. Buat adik-adik calon SPM 2023, atau ibu bapa, atau adik-beradik, atau para penjaga – ini cara-cara untuk menyemak keputusan SPM yang mula dikeluarkan pada pukul 10 pagi, 27 Mei 2024. Di sekolah Untuk calon sekolah, mereka boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi, 27 Mei 2024. Ini…