Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 16.56 juta penduduk bekerja di Malaysia, kadar pengangguran kekal 3.3% pada April

    16.56 juta penduduk bekerja di Malaysia, kadar pengangguran kekal 3.3% pada April

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 10, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LEBIH ramai penduduk bekerja dicatatkan pada April berbanding Mac. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BILANGAN penduduk bekerja di Malaysia adalah seramai 16.56 juta orang pada April, meningkat 0.1 peratus berbanding 16.53 juta pada Mac.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pasaran buruh pada April kekal stabil, mencerminkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang menggalakkan.

    Sehubungan itu, kata beliau, bilangan tenaga buruh pada April turut meningkat 0.1 peratus, mencatatkan 17.12 juta orang dengan kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.3 peratus.

    “Bilangan penganggur pada bulan tersebut mencatatkan sedikit penurunan, iaitu sebanyak 0.04 peratus kepada kira-kira 566,400 orang, berbanding kira-kira 566,600 pada Mac.

    “Kadar pengangguran pada April kekal pada 3.3 peratus, seperti yang direkodkan bulan lalu,” katanya dalam kenyataan pada 10 Jun.

    Guna tenaga

    Berkenaan guna tenaga, Mohd. Uzir berkata bahawa kategori pekerja merangkumi 75.1 peratus daripada jumlah penduduk bekerja pada April.

    Jelas beliau, kumpulan itu meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 12.43 juta berbanding 12.42 juta pada Mac.

    “Pada masa sama, kategori penduduk bekerja sendiri terus berada pada trend menaik, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 0.3 peratus kepada 3.04 juta orang,” katanya.

    Sektor ekonomi

    Dari segi sektor ekonomi pula, sektor perkhidmatan terus merekodkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja, terutamanya dalam aktiviti maklumat dan komunikasi; perkhidmatan makanan dan minuman serta pengangkutan dan penyimpanan.

    Malah, menurut Mohd. Uzir, trend sama turut ditunjukkan dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta sektor pertanian pada April.

    Situasi pengangguran

    Sementara itu, berkenaan situasi pengangguran, beliau menyatakan bahawa 79.7 peratus daripada jumlah penganggur ialah penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan.

    “Kategori ini berkurang sedikit, iaitu sebanyak 0.03 peratus kepada kira-kira 451,400 orang.

    “Dalam kalangan penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan merangkumi 61.7 peratus manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebih setahun adalah sebanyak 6.7 peratus.

    “Begitu juga, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif turun sedikit, iaitu sebanyak 0.05 peratus kepada kira-kira 115,000,” katanya.

    Pengangguran belia

    Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun tidak berubah, iaitu pada 10.6 peratus, merekodkan kira-kira 305,900 penganggur belia.

    Pada masa sama, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun ialah 6.5 peratus, dengan kira-kira 434,900 penganggur belia.

    Penduduk di luar tenaga buruh

    “Bagi kumpulan tidak aktif, bilangan penduduk di luar tenaga buruh pada April mencatatkan sedikit peningkatan, iaitu sebanyak 0.01 peratus kepada 7.23 juta orang.

    “Sebab utama penduduk berada di luar tenaga buruh adalah disebabkan kerja rumah atau tanggungjawab keluarga dengan peratus sumbangan sebanyak 42.7 peratus, diikuti bersekolah atau latihan pada 41.4 peratus,” kata Mohd. Uzir. – RELEVAN

    Previous ArticleKerja untuk hidup atau hidup untuk kerja?
    Next Article 5 langkah cegah nyanyuk, jaga kesihatan fizikal dan mental  

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.