Facebook Twitter
    Trending
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    • Cara berjimat ketika harga barang naik 
    • Persiapan kewangan untuk orang muda
    • Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    • Berapa kali sehari kita patut buang air besar?
    • Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya
    • Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026
    • Kewangan

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026
    • Pendidikan

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026

      Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

      March 26, 2026
    • Kerjaya

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang anda perlu tahu tentang monkeypox?

    Apa yang anda perlu tahu tentang monkeypox?

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 6, 2022Updated:June 15, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BELUM selesai pandemik Covid-19, dunia dikejutkan dengan penularan virus lain pula. Cacar monyet (monkeypox) yang sekian lama menjadi endemik dalam negara-negara di Afrika Barat dan Afrika Tengah mula menular di negara-negara bukan endemik.

    Setakat Sabtu lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memaklumkan penyakit tersebut telah ditemui di 27 buah negara bukan endemik, termasuk Kanada, Amerika Syarikat (AS), Sepanyol dan United Kingdom (UK).

    Setakat ini belum ada kes yang dilaporkan di Malaysia. Namun, Kementerian Kesihatan telah melancarkan pelan strategik untuk berhadapan penyakit tersebut.

    Apakah sebenarnya penyakit cacar monyet ini? Adakah ia membawa ancaman sebesar Covid-19? Sudah wujudkan vaksin atau ubat untuk mengubatinya?

    Relevan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat berkenaan cacar monyet untuk anda dalam artikel ini.

    Apa gerangannya cacar monyet ini?

    Ada dua salah faham yang perlu dijelaskan terlebih dahulu berkenaan cacar monyet. Pertama, ia bukan penyakit baharu. Kedua, ia tidak datang dari monyet.

    Cacar monyet merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus bawaan binatang (zoonotik). Ia mula ditemui pada 1958 dalam koloni monyet di Afrika, maka ia disebut sebagai cacar monyet. Walaupun begitu, virus itu merupakan bawaan roden, terutamanya spesies roden di Afrika Tengah dan Barat.

    Kes pertama cacar monyet melibatkan manusia dikesan pada 1970 di Republik Demokratik Congo. Selepas itu, penularannya ada berlaku dalam kalangan manusia tetapi hanya terhad di sekitar Afrika Tengah dan Barat.

    Cacar monyet mempunya dua strain genetik utama, iaitu strain Afrika Tengah (Lembangan Congo) dan strain Afrika Barat. Strain Afrika Tengah lebih mudah merebak dan simptomnya lebih berat. Simptom strain Afrika Barat pula secara amnya lebih ringan. Yang ditemui di beberapa negara bukan endemik ketika ini ialah strain Afrika Barat.

    Kadar kematian untuk strain Afrika Tengah dilaporkan sebanyak 10 peratus manakala strain Afrika Barat kurang daripada tiga peratus. Ini bermakna, setakat ini, strain yang menular di negara-negara bukan endemik ialah strain yang kurang berbahaya baik dari segi kebolehjangkitan mahupun kadar kematian.

    Apa simptom dan bagaimana ia merebak?

    Virus cacar monyet tergolong dalam keluarga virus orthopox, sama seperti penyakit cacar lain. Cuma, berbanding cacar (smallpox), simptomnya kurang serius dan kebolehjangkitannya juga kurang. 

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), simptom cacar monyet bermula dengan demam, sakit kepala, sakit otot dan keletihan.Tempoh antara jangkitan kepada simptom kebiasaannya 7 hingga 14 hari, namun boleh juga meningkat kepada 5 hingga 21 hari.

    Dalam tempoh satu hingga tiga hari (boleh juga lebih) selepas demam, ruam akan muncul di tubuh pesakit, kebiasaannya bermula di bahagian muka kemudian merebak ke seluruh badan. Simptom ini biasanya bertahan sehingga dua ke empat minggu.

    Cacar monyet merebak melalui titisan pernafasan yang besar dan cecair tubuh. Ia sangat berbeza dengan Covid-19 yang boleh merebak dengan cepat tanpa sentuhan rapat antara manusia. Cacar monyet akan akan berjangkit jika pesakit mempunyai sentuhan rapat atau intim dengan manusia lain.

    Berbanding Covid-19, anda boleh dijangkiti hanya dengan berada di satu ruang dengan pembawa virus. Namun untuk cacar monyet, anda akan dijangkiti jika pesakit batuk di muka, meludah ke tubuh anda atau bercium dengan anda. Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku melalui pakaian atau cadar pesakit.

    Bagaimana penyakit ini dirawat?

    Seperti penyakit cacar lain, pesakit cacar monyet akan sembuh dengan sendiri selepas tempoh dua hingga empat minggu selepas kemunculan simptom. Pengasingan diri pada tahap ini digalakkan, namun tidak seketat pengasingan akibat Covid-19. 

    Setakat ini, tiada ubat spesifik untuk merawat cacar monyet, tetapi vaksin cacar dan ubat seperti cidofovir serta ST-246 boleh digunakan untuk mengawal penularannya.

    Cacar monyet tidak lagi mencapai tahap yang memerlukan vaksinasi besar-besaran seperti Covid-19, sebaliknya menggunakan kaedah vaksinasi sekitar (hanya pesakit dan kontak rapat divaksin).

    Ubat seperti cidofovir dan ST-246 belum terbukti dapat merawat cacar monyet dalam kalangan manusia, tetapi kedua-duanya terbukti berkesan merawat virus cacar dalam kalangan haiwan.

    Adakah aktiviti seks sejenis menyumbang kepada penularan cacar monyet?

    Kebanyakan kes di negara bukan endemik dikesan dalam komuniti homoseks, melibatkan lelaki yang menjalinkan hubungan seks dengan lelaki. Namun, ia tidak bermakna cacar monyet ialah penyakit sebaran hubungan seks (STD). Ia merebak melalui sentuhan rapat yang berlaku dalam hubungan seks. 

    Sentuhan rapat juga boleh berlaku dalam aktiviti selain seks dan lebih penting lagi, ia juga boleh merebak melalui hubungan seks berlainan jenis (heteroseks). Secara kesimpulannya, setakat pemerhatian pakar, cacar monyet bukan penyakit yang merebak secara seksual dan ia tidak merebak hanya dalam komuniti homoseks. 

    Menurut Universiti John Hopkins (JHU), berkemungkinan disebabkan simptom ruam cacar monyet hampir sama dengan sifilis, golongan yang lebih cakna tentang sifilis yang mendapatkan bantuan perubatan terlebih dahulu, menyebabkan kebanyakan kes mula dikesan dalam komuniti tersebut. – RELEVAN

    Previous Article5 eksperimen Sains yang boleh dilakukan bersama anak di rumah, hanya guna bahan dari rumah
    Next Article 1,330 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam

    Artikel berkaitan

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026

    Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

    April 1, 2026
    Artikel Terkini

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.