Facebook Twitter
    Trending
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tunggak keempat, wartawan makan hati dan neo-journalism: kewartawanan dari lensa Ku Seman

    Tunggak keempat, wartawan makan hati dan neo-journalism: kewartawanan dari lensa Ku Seman

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 31, 2022Updated:July 12, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BANYAK sejarah dunia diukir dengan penglibatan wartawan dan organisasi media. Catatan-catatan golongan ‘perekod berita’ ini membolehkan kita mengetahui, merenung dan belajar dari peristiwa lama. Tanpa mereka, segala sejarah mungkin terkubur dalam jurang waktu.

    Di Malaysia, 29 Mei dipilih sebagai hari untuk meraikan para wartawan. Hari Wartawan Nasional (Hawana) ditetapkan pada tarikh itu setiap tahun sejak 2018 sempena mengingati kelahiran akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

    Dunia semakin tumbuh dan berubah. Kemunculan teknologi baharu mengubah cara manusia mencari dan menerima maklumat. Mungkin ada yang fikir, kerjaya wartawan kini semakin susut nilainya kerana kemunculan media sosial dan internet memudahkan maklumat untuk sampai kepada khalayak. Tidak perlu wartawan, cukup satu sesi live seorang pempengaruh, maklumat boleh sampai kepada orang ramai.

    Namun, pastilah berbeza seorang wartawan dengan pengguna media sosial. Dalam pelaporan seorang wartawan, ada panduan etika yang dipegang. Ada ilmu kewartawanan yang dituntut. Wartawan bukanlah kerjaya segera yang boleh dikuasai setiap orang tanpa panduan dan ilmu yang mendalam.

    Sempena Hawana 2022, Relevan mendapatkan pandangan bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Husain tentang kepentingan kerjaya wartawan, ciri wartawan yang baik dan situasi kewartawanan kini.

    Tunggak keempat

    Di negara-negara maju, media merupakan tunggak keempat (fourth estate) dalam hierarki pentadbiran. Selepas kehakiman, legislatif dan eksekutif yang menjawab kepada Parlimen, ada media yang menjawab kepada rakyat.

    Wartawan punya akses kepada banyak hal yang di luar jangkauan rakyat. Oleh itu, adalah tugas wartawan untuk menjadi mata kepala rakyat yang bertanggungjawab mewujudkan semak dan imbang dalam hal yang tidak dapat dicapai oleh rakyat.

    “Sejak awal tamadun manusia lagi, maklumat menjadi sebahagian daripada keperluan hidup. Bagaimanapun, wartawan bukan sekadar memberi maklumat tetapi pencerahan kepada rakyat.

    “Wartawan seharusnya menerangkan kepada masyarakat tentang kesan daripada sesuatu tindakan atau dasar kerajaan,” kata Ku Seman yang kini mengendalikan portal miliknya sendiri, KUSEMAN.COM.

    Sebagai tunggak keempat, wartawan mengawasi tindakan mereka yang berkuasa, baik ahli politik, korporat mahupun kerajaan. Segala tindakan yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat perlu dilapor dan seboleh-bolehnya, dianalisis serta dikritik. 

    Dengan tugas tersebut, Ku Seman melihat wartawan sebagai pendiri tamadun sesuatu bangsa apabila mereka bertanggungjawab mewujudkan pemimpin serta masyarakat yang beramanah. 

    Jelas beliau, kecil atau luasnya ruang tugas wartawan menentukan kualiti kepimpinan sesebuah negara atau kerajaan.

    “Kalau ruang tugas (disebut juga sebagai kebebasan media) luas, maka kualiti kepimpinan berada pada tahap tinggi. Mereka tidak gusar apa-apa kerana wartawan tidak boleh menulis apa-apa yang tidak benar mengenai mereka,” katanya.

    Namun, Ku Seman menolak untuk menggunakan istilah kebebasan media kerana bagi beliau, definisi kebebasan media di Barat berbeza dengan Malaysia. 

    “Barat merujuk kebebasan media mutlak sedangkan hakikat kehidupan tidak ada kebebasan sepenuhnya.

    “Kebebasan media cara Barat akan mengambil ruang kebebasan pihak lain. Mereka bebas melaporkan sesuatu yang palsu atas nama kebebasan. Ini memberi kesan kepada pihak yang menjadi sasaran,” jelasnya.

    Sehubungan itu, Ku Seman menekankan, kerjaya wartawan perlu dipandu oleh etika kewartawanan. Malah, beliau berpandangan bahawa peranan setiap wartawan adalah untuk mendirikan dan meluruskan etika kewartawanan.

    “Kemuliaan kerjaya ini diukur pada skala pematuhan pada etika kewartawanan,” ujarnya.

    Membentuk wartawan sejati

    Keupayaan menulis atau bercakap (bagi wartawan penyiaran) boleh dilihat seperti aising pada kek. Ia perlu tetapi bukan asas. 

    Bagi Ku Seman, wartawan diukur dengan pengalaman dan pemikiran kerana beliau melihat kewartawanan sebagai praktis yang berterusan, bukan sekadar teori.

    “Semestinya (wartawan) individu yang berpendirian dan mempunyai hala tuju pemikiran yang jelas. Mesti mempertahankan pendirian yang dibina daripada pengalaman dan pengamatan terhadap sesuatu perkara.

    “Ini kerana di hujung mata pena seorang wartawan ada berbaur dua perkara – kepentingan material dan amanah diri. Kalau terlebih pada kepentingan material, barang kali akan mengikis kepentingan menjalankan tugas dengan amanah.

    “Kriteria penting seorang wartawan tidak lain, bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang dilakukan dengan fikiran yang waras,” katanya yang percaya, teknologi terkini dalam kewartawanan tidak lebih sekadar alat yang memudahkan, namun yang memandunya tetap manusia.

    “Bagi saya perubahan drastik dalam teknologi hanya mengubah budaya kerja. Pada era digital, semua kerja perlu pantas kerana nilai berita terletak pada kepantasan ia sampai kepada sasaran. Pada era surat khabar bercetak, tidak ada istilah berita basi kerana berita hari ini, esok baru sampai kepada pembaca.

    “Hal ini berbeza dengan era digital yang diukur pada masa sebenar kejadian berlaku. Kemudian terpaksa berlawan dengan media sosial yang tidak dipandu oleh etika kewartawanan. Wartawan zaman ini perlu berubah kepada budaya kerja yang pantas tetapi tepat faktanya,” katanya.

    Makan gaji, makan hati

    Ungkapan legenda Sasterawan Negara, A. Samad Said dalam novel Hujan Pagi menjelaskan keadaan ramai wartawan. Kata bekas wartawan Utusan Melayu dan Berita Harian itu, wartawan jati jarang makan gaji tanpa makan hati.

    Maknanya mendalam, mampu menghuraikan dilema kebanyakan wartawan yang terpaksa memendam hasrat murni demi menurut kehendak majikan. Ku Seman menganggap kata-kata itu terus relevan dalam dunia kewartawanan baik tempatan mahupun dunia.

    “Kecenderungan politik pemilik organisasi media tidak dapat dielakkan. Cuma wartawan yang bijak boleh memenuhi kecenderungan politik pemilik dan menyuntik pemikiran serta menegaskan prinsipnya.

    “Maka benarlah kata Pak Samad. Dalam waktu kita makan gaji, ada masa yang saya terpaksa makan hati kerana terpaksa melanggar prinsip. Bagaimanapun, inilah hakikat cabaran kerjaya kewartawanan di mana-mana sahaja,” ujarnya.

    Neo-journalism

    Landskap kewartawanan kini telah berubah. Platform digital menjadi perantara berita yang lebih utama berbanding akhbar cetak. Keadaan ini menumbuhkan puluhan, jika tidak ratusan, portal berita baharu yang beroperasi dengan kos rendah, malah sebahagiannya menjadikan amalan menyalin berita dari organisasi lain sebagai asas operasi.

    Ku Seman menyedari keadaan tersebut dan mengesan satu fenomena baharu dalam dunia kewartawanan yang disebut sebagai neo-journalism.

    “Tetapi bukan new journalism (kewartawanan baharu) yang diperkenalkan pada tahun 1970-an. Neo-journalism merujuk kepada kecenderungan organisasi media yang tidak mempersiapkan wartawan terlatih.

    “Ini disebabkan menubuhkan portal berita tidak memerlukan modal seperti syarikat surat khabar, maka banyak yang mencuba bidang ini. Malangnya, sesetengah hanya melihat keuntungan material (dari iklan), bukan kualiti penulisan oleh wartawan terlatih.

    “Neo-journalism ini menjadi perosak utama etika kewartawanan, sekali gus mengancam kerjaya kewartawanan. Dalam masa yang singkat, lambakan wartawan begini akan membentuk satu gaya baharu yang menjadi ikutan kepada yang memburu material,” jelasnya. – RELEVAN

    featured hari wartawan nasional kerjaya wartawan
    Artikel Terkini

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023

    Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

    September 22, 2023

    Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

    September 21, 2023

    9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    September 21, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.