Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Inflasi Makanan meningkat 4.1% pada April, 89.1% item makanan naik harga

    Inflasi Makanan meningkat 4.1% pada April, 89.1% item makanan naik harga

    By May 25, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    INFLASI  Makanan meningkat 4.1 peratus pada April dengan 89.1 peratus item makanan bagi kumpulan Makanan dan Minuman merekodkan kenaikan harga.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kenaikan Inflasi Makanan yang merupakan komponen terbesar dalam wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.

    IHP pada April meningkat 2.3 peratus kepada 125.9 berbanding 123.1 pada bulan sama tahun sebelumnya. Kenaikan tersebut melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga April 2022 iaitu sebanyak 1.9 peratus.

    “Peningkatan bagi kumpulan makanan sebahagian besarnya berpunca daripada kenaikan ketara komponen makanan di luar rumah yang meningkat 4.4 peratus berbanding 4.0 peratus yang dicatatkan pada Mac 2022.


    “Sebagai contoh, sate dan nasi berlauk mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi sebanyak 7.1 peratus berbanding 6.6 peratus pada Mac. Masakan berasaskan sayur dan masakan berasaskan daging masing-masing meningkat 6.9 peratus berbanding 5.7 peratus pada Mac dan 5.7 peratus berbanding 5.2 peratus pada Mac.

    “Sementara itu, makanan di rumah yang merujuk kepada bahan mentah untuk penyediaan makanan di rumah meningkat 4.1 peratus berbanding setahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Jelas Mohd. Uzir, kesemua subkumpulan bagi Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan.

    Kata beliau, subkumpulan keju dan telur menunjukkan kenaikan tinggi sebanyak 7.2 peratus berbanding 7.0 peratus pada bulan sebelumnya. Ini diikuti kenaikan daging (6.2 peratus), sayur-sayuran (4.5 peratus) serta ikan dan makanan laut (3.8 peratus).

    “Peningkatan harga sayur-sayuran adalah disebabkan oleh cuaca tidak menentu telah menjejaskan kematangan sayur-sayuran dan menyebabkan penyusutan bekalan di pasaran. Selain itu, peningkatan harga ini juga disebabkan oleh peningkatan harga baja, kos logistik dan kekurangan sumber tenaga manusia di tapak pertanian.

    “Kerajaan telah melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2022 yang bermula 26 April sehingga 10 Mei 2022 sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran sebelum dan sehingga selepas perayaan.

    “Pelaksanaan SHMMP ini dijangka akan meredakan inflasi Mei 2022 terutamanya bagi kumpulan makanan,” katanya.

    Semua negeri juga menunjukkan peningkatan dalam inflasi di mana dua negeri menunjukkan peningkatan melepasi paras inflasi nasional 2.3 peratus.

    Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 3.1 peratus. Pahang (1.6 peratus) serta Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.4 peratus) pula mencatatkan peningkatan inflasi yang paling rendah.

    “Kesemua negeri mencatatkan peningkatan bagi inflasi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (5.7 peratus) diikuti Pulau Pinang (4.4 peratus), Perak (4.2 peratus) dan Johor (4.2 peratus).

    “Peningkatan yang berlaku adalah disebabkan kenaikan harga makanan di luar rumah pada April 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

    “Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol nasional iaitu 4.1 peratus pada April,” kata Mohd. Uzir. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.