Facebook Twitter
    Trending
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Buat lepasan SPM, ikuti langkah ini sebelum buat permohonan UPU

    Buat lepasan SPM, ikuti langkah ini sebelum buat permohonan UPU

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 16, 2022Updated:June 17, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Kementerian Pendidikan hari ini menunjukkan perkembangan positif apabila seramai 9,696 calon mencatatkan keputusan semua A walaupun Gred Purata Nasional (GPN) menurun kepada 4.86.

    Pastinya, para lepasan SPM sudah mula mengatur langkah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Ada banyak pilihan yang boleh dipertimbang lepasan SPM, baik melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, asasi, matrikulasi, Tingkatan 6 atau sijil kemahiran.  Semuanya ada kelebihan tersendiri.

    Buat mereka yang mahu membuat permohonan melalui Unit Pusat Universiti (UPU), ada beberapa langkah yang boleh diambil bagi memastikan peluang yang lebih baik untuk diterima dalam program pilihan.

    Relevan senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil lepasan SPM sebelum membuat permohonan UPU seperti yang dikongsikan Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Muhamad Ridzuan Hashim.

    • Kenal pasti minat sendiri

    Memilih program yang cocok dengan minat sendiri adalah penting kerana anda bukan sahaja perlu mempelajari subjek-subjek berkaitan dalam tempoh dua hingga enam tahun, malah anda berkemungkinan besar akan mendapatkan kerjaya seumur hidup dalam bidang sama.

    Dapatkan nasihat rakan-rakan, guru dan kaunselor serta keluarga tentang pilihan anda.  Lakukan juga sedikit kajian untuk mengetahui subjek-subjek yang akan dipelajari dalam program tersebut, kos peralatan yang diperlukan dan peluang kerjaya yang ada.

    Relevan ada berkongsi laluan pendidikan untuk beberapa bidang pengajian seperti pengurusan hotel, komunikasi dan media serta undang-undang.

    Walau bagaimanapun, jika anda belum dapat menetapkan minat sebenar, pilih program yang paling menarik di mata anda. Ini kerana, anda masih boleh mengubah bidang pengajian pada peringkat ijazah kelak. Pasaran pekerjaan juga lebih fleksibel sekarang, yang penting anda berusaha menajamkan kemahiran insaniah sepanjang pengajian.

    • Lihat syarat am dan syarat khas

    Setiap program pengajian menetapkan syarat am dan syarat khas kelayakan. Untuk syarat am, ia berbeza mengikut peringkat pengajian yang ingin dimohon. Sebagai contoh, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat asasi dan matrikulasi, calon perlu memperolehi lima kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan lulus untuk subjek Sejarah. Peringkat diploma pula perlu mendapat tiga kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah. Syarat am untuk peringkat lain juga boleh dilihat dalam infografik di bawah:

    Syarat khas pula akan berbeza mengikut program dan institut pengajian tinggi (IPT) yang dipilih. Calon digalakkan untuk melayari laman web IPT pilihan untuk melihat sendiri syarat khas yang ditetapkan. Aplikasi UPU Poket juga menyediakan e-Panduan yang menyenaraikan secara lengkap setiap program dan syarat khasnya.

    • Buat kiraan merit

    Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) menyediakan kalkulator merit di laman web dan aplikasi UPU Poket. Anda hanya perlu masukkan keputusan anda mengikut subjek dan markah merit akan dikira secara automatik.

    Markah merit anda dipecahkan kepada tiga komponen Akademik (90 peratus) dan merit kokurikulum (10 peratus). Tiga komponen akademik tersebut ialah mata pelajaran universal (MPU) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah yang merangkumi 40 peratus markah, mata pelajaran pakej (30 peratus) dan mata pelajaran terbaik.

    Markah merit anda akan memberi gambaran kelayakan anda untuk memohon satu-satu program. Dalam e-Panduan, setiap program disertakan dengan purata markah merit. Pastikan markah merit anda melebihi purata program untuk peluang yang lebih besar.

    Bagaimana jika markah merit anda lebih rendah berbanding purata program yang diminati? Muhamad Ridzuan mengesyorkan supaya program tersebut diletakkan dalam pilihan bawah antara 12 pilihan program dalam permohonan UPU.

    “Seboleh-bolehnya pilihan yang teratas mestilah melebihi purata markah merit,” katanya.

    • Susun pilihan program dalam permohonan UPU

    Anda akan diberikan 12 pilihan program dalam permohonan ke UPU. Muhamad Ridzuan menasihati supaya kesemua 12 program tersebut ialah program yang diminati pelajar.

    “Penyusunan program adalah mengikut minat pelajar kerana jika ditawarkan dan pelajar berubah fikiran, pelajar tidak akan berpeluang membuat rayuan. Rayuan hanya terbuka kepada pelajar yang tidak mendapat mana-mana tawaran dari 12 pilihan program yang dipilih.

    “Pelajar tidak akan ditawarkan program selain dari pilihan yang diisi,” katanya.

    Ini bermakna, jika calon mengisi pilihan ke-10, 11 dan 12 dengan program yang tidak diminati, dan mereka ditawarkan program tersebut, calon tidak lagi boleh membuat rayuan untuk program dalam pilihan 1 hingga 9.

    Pastikan pilihan program dibuat dengan teliti supaya calon tidak ditawarkan program yang tidak diminati, seterusnya membuatkan mereka tidak bersemangat untuk melanjutkan pelajaran. – RELEVAN

    featured pendidikan SPM 2021 upu
    Artikel Terkini

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023

    Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

    September 22, 2023

    Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

    September 21, 2023

    9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    September 21, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.