Facebook Twitter
    Trending
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 langkah untuk kekal sihat pada usia emas

    10 langkah untuk kekal sihat pada usia emas

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 10, 2022Updated:July 11, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    RESAM hidup yang asas: umur kita akan terus meningkat dan jika usia panjang, kita pasti akan merasa tua. Satu doa yang sering menitip di bibir, pastinya agar kita dikurnia kesihatan yang berpanjangan.

    Namun, berdoa saja tidak cukup. Ia perlu diiringi usaha untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mental sendiri. Mungkin sebahagian kita masih muda namun penjagaan kesihatan perlu bermula dari awal. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Nanti sudah dijangkiti pelbagai penyakit baru kita nak sedar.

    Ancaman besar kepada kesihatan warga emas ialah penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang. Untuk mengelakkan penyakit-penyakit ini, penjagaan kesihatan yang konsisten perlu diamalkan.

    Kita perlu menuju penuaan sihat, kata pensyarah kejururawatan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Nordianna Seman. Penuaan sihat merujuk kepada proses membentuk dan mengawal fungsi badan agar kekal di tahap yang baik. Ini supaya warga emas dapat berdikari serta menguruskan diri sendiri dalam keadaan tubuh yang sihat.

    Sehubungan itu, Nordianna berkongsi 10 langkah mudah yang boleh diamalkan agar kesihatan yang optimum dapat dikekalkan ketika kita meniti usia yang tua.

    • Makan secara sihat

    Satu hal yang kita perlu tahu, penuaan mengubah corak pemakanan dan melambatkan proses metabolisme badan. Maka, kita perlu lebih teliti dalam menentukan diet harian supaya tubuh boleh terus berada dalam keadaan sihat. 

    Menurut Nordianna, warga emas perlu mengutamakan makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan supaya sistem pencernaan berada dalam keadaan baik. Makanan yang tinggi gula, karbohidrat dan lemak tidak sihat pula perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan.

    Minum air dengan kerap sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan susu juga boleh membantu meningkatkan sumber zat besi dan kalsium.

    • Kekal aktif

    Tubuh manusia masih memerlukan senaman dan pergerakan yang aktif walaupun pada usia tua. Bukanlah bermakna anda perlu melakukan sukan yang berat seperti bola sepak atau marathon, cukuplah melakukan senaman ringan seperti tai-chi atau berjalan perlahan.

    Senaman ringan membantu anda kekal cergas, memelihara fungsi sistem tulang dan otot serta melancarkan pengaliran darah.

    • Lakukan saringan kesihatan

    Perkara ini sering dipandang remeh. Saringan kesihatan yang berkala membantu anda mengenal pasti risiko penyakit lebih awal, sekali gus mencegah ia daripada berlaku. Saringan kesihatan boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan dan pastikan anda mematuhi temu janji bagi memastikan masalah kesihatan terkawal dan komplikasi lain dapat dielakkan.

    • Dapatkan pertolongan

    Kadang-kadang kita ada kemahuan untuk melakukan semua perkara dengan sendiri namun usia yang lanjut membataskan kudrat. Tidak salah untuk mendapatkan pertolongan orang lain seperti anak-anak. Ia penting supaya kita dapat mencegah risiko kemalangan atau kecederaan.

    • Bersosial

    Memastikan tubuh badan sentiasa tidak bermakna kita perlu terpuruk di rumah dan tidak bergaul bersama masyarakat. Berkomunikasi dan lakukan aktiviti yang menyihatkan bersama keluarga, rakan atau jiran. Anda juga boleh melibatkan diri dengan aktiviti seperti gotong-royong dan ibadat.

    • Tingkatkan fungsi kognitif

    Akal yang sihat akan mendorong tubuh yang sihat. Oleh itu, lakukanlah aktiviti yang melatih akal seperti teka-teki, teka silang kata atau catur dan permainan papan lain. Aktiviti sebegini dapat membantu membaharui semula ingatan dan meningkatkan kecerdasan.

    • Terima perubahan diri

    Proses penuaan mengorbankan banyak perkara. Kedut-kedut mula terbit di wajah, tenaga tidak lagi sekuat dulu, ingatan pula semakin lemah. Namun, ia merupakan kejadian alam yang normal. Penerimaan terhadap perubahan menjelang usia tua dapat mengekalkan fikiran yang positif. Dapatkan juga sokongan dari keluarga, anak-anak dan rakan-rakan. Nikmati proses penuaan anda dengan terbuka dan gembira.

    • Bersikap terbuka

    Bukan sahaja fizikal dan kognitif, kesihatan emosi kita juga perlu selalu dijaga. Mungkin banyak hal yang akan berubah apabila anda meniti usia emas, maka terbukalah dengan perubahan-perubahan itu. Dapatkan bimbingan dan sokongan daripada orang tersayang dan elakkan selalu berseorangan. Luangkan masa anda bersama keluarga dan rakan-rakan.

    • Lakukan perkara yang membahagiakan

    Waktu muda, kita sering kesuntukan masa. Disebabkan pekerjaan terutamanya, kita tinggalkan hobi dan aktiviti kegemaran. Pada usia tua, kita punya lebih masa, maka gunakanlah masa yang ada untuk melakukan aktiviti kegemaran semula. Minat muzik? Tiup habuk pada gitar, mula ‘menggoreng’ semula. Minat melukis? Dapatkan kanvas dan berus, lukis pemandangan kegemaran anda.

    • Utamakan kesejahteraan diri

    Diri anda layak dihargai. Sejak muda, anda memerah keringat untuk kesejahteraan keluarga. Ini masa untuk anda mengutamakan kesejahteraan sendiri dan menghargai kerja keras sendiri. Bergembiralah dengan kehidupan yang lebih tenang pada usia tua. Manjakan diri dengan perkara-perkara yang anda sukai. Penjagaan diri bukan sahaj dapat meningkatkan harga diri malah kesihatan dan kesejahteraan diri. – RELEVAN

    *Artikel ini diubah suai dari artikel “Sihat meniti usia emas dengan 10 langkah” oleh Nordianna Seman yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 5 Jun 2022.

    featured kesihatan tip kesihatan warga emas
    Artikel Terkini

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.