Facebook Twitter
    Trending
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Buku Hijau, Gerakan Bumijaya dan jaminan bekalan makanan negara

    Buku Hijau, Gerakan Bumijaya dan jaminan bekalan makanan negara

    By June 15, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KRISIS makanan bukanlah perkara yang baharu. Setiap kali berlaku kegawatan ekonomi, krisis makanan berkemungkinan akan berlaku khususnya dalam negara yang belum mampu mengeluarkan makanan rujinya sendiri.

    Dunia pada zaman ini sangat terhubung, lebih-lebih lagi dari sudut perdagangan. Komoditi didagangkan dengan sangat pesat seiring pesatnya sistem pengangkutan dan teknologi komunikasi.

    Disebabkan itu, kegawatan ekonomi berpotensi menyebabkan krisis makanan kerana banyak makanan yang diimport dari satu negara ke negara lain. Apabila sesebuah negara mengalami masalah ekonomi, ia turut memberi kesan kepada negara lain.

    Ambil contoh krisis peperangan Rusia dengan Ukraine. Disebabkan masalah di Ukraine, negara lain yang mengimport gandum daripadanya turut berdepan masalah.

    Untuk menjadi lebih kalis terhadap krisis, Malaysia perlu berusaha untuk mengeluarkan makanan yang cukup untuk rakyatnya dengan sendiri. Dan ini juga bukan idea baharu di negara kita. Sekurang-kurangnya, ia boleh dijejak sehingga 48 tahun dahulu.

    Rancangan Buku Hijau dan Gerakan Bumijaya

    Pada 20 Disember 1974, Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein melancarkan sebuah dasar yang dinamakan sebagai Rancangan Buku Hijau atau Gerakan Bumijaya. Rancangan ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan tanah di Malaysia untuk pertanian, sekali gus meningkatkan bekalan makanan negara.

    Dunia ketika itu berada dalam krisis. Perang Arab-Israel 1973 menyebabkan krisis minyak apabila negara-negara Arab melakukan sekatan eksport minyak ke atas Amerika Syarikat (AS), seterusnya mengakibatkan kesan berganda apabila kos pengangkutan dan eksport meningkat.

    Sepanjang 1973 hingga 1975, dunia berhadapan stagflasi – keadaan inflasi meningkat, pengangguran meningkat dan pertumbuhan ekonomi hampir terhenti. Walaupun pusat krisis itu di AS dan United Kingdom (UK), kesannya dirasai sehingga ke Malaysia.

    Antara isu yang membelenggu ketika itu ialah kejatuhan harga getah. Pada penghujung November sehingga awal Disember 1974, masyarakat petani di Baling dengan sokongan gerakan mahasiswa mengadakan demonstrasi selepas harga getah yang rendah merosotkan pendapatan mereka.

    Siri demonstrasi yang semakin besar menyebabkan kerajaan mengambil langkah tegas ke atas pemimpin mahasiswa dan melancarkan Rancangan Buku Hijau atau Gerakan Bumijaya untuk mengatasi masalah inflasi yang berlaku.

    Manfaatkan tanah

    “Rancangan ini sangat besar maknanya kepada negara kita, terutama dalam masa kita sedang menghadapi masalah inflasi serta ekonomi merosot atau stagflasi ini.

    “Oleh yang demikian, amatlah penting dan mustahak kita menjayakan dengan sepenuhnya rancangan ini supaya segala bahan makanan yang diperlukan oleh negara kita yang kaya dengan hasil bumi dan tanahnya yang cukup subur, dapat kita hasilkan sendiri,” ucap Tun Razak ketika melancarkan Rancangan Buku Hijau.

    Rancangan Buku Hijau menggalakkan aktiviti tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan dan pemeliharaan ikan air tawar yang dapat memberikan hasil dalam jangka pendek kepada orang ramai. Selain meningkatkan bekalan makanan, rancangan itu turut bertujuan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia.

    Antara yang digalakkan dalam rancangan tersebut ialah pertanian belakang rumah, yang mana setiap penduduk negara memanfaatkan ruang tanah yang ada di rumah untuk bercucuk tanam. Walaupun dilaksanakan secara kecil-kecilan, ia dilihat dapat membantu rakyat menyediakan bahan makanan secara sendiri dan juga memperoleh pendapatan tambahan melalui jualan.

    Pelajaran masa lalu

    Beberapa pihak mula membangkitkan semula Rancangan Buku Hijau yang dilihat sesuai dikembalikan ketika ini setelah negara berhadapan beberapa cabaran ekonomi yang berpotensi menyebabkan krisis makanan. 

    Rancangan Buku Hijau dihasilkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi negara sepanjang krisis ekonomi 1973 hingga 1975 namun ia masih relevan – dengan penambahbaikan yang bersesuaian – untuk dilaksanakan ketika ini. Keutamaan untuk negara berdikari dalam menghasilkan makanan sendiri sentiasa wajar merentasi masa.

    Walau bagaimanapun, Relevan tidak dapat menemui apa-apa rekod tentang kejayaan Rancangan Buku Hijau. Semangatnya diteruskan dalam pelaksanaan dasar-dasar pertanian seterusnya namun isu kecukupan makanan masih membelenggu negara sehingga hari ini.

    Hampir sedekad selepas pelancarannya juga, Malaysia mula berubah tumpuan daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian. Ini berkemungkinan mengurangkan pengaruh Buku Hijau dalam pembentukan dasar kerajaan, menyebabkan isu pertanian dan penghasilan makanan secara domestik tidak dapat diatasi secara menyeluruh sehingga kini. – RELEVAN

    Previous ArticleApa yang perlu dibuat selepas menerima keputusan SPM?
    Next Article 2,320 kes baharu Covid-19, 5 kematian dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026
    Artikel Terkini

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.