Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerja luar bidang untuk persekitaran, gaji yang lebih baik

    Kerja luar bidang untuk persekitaran, gaji yang lebih baik

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 1, 2022Updated:August 3, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GRADUAN baharu tidak perlu takut mencuba pekerjaan di luar bidang pengajian asalkan ia bersesuaian dengan kemahiran dan mendatangkan pendapatan yang lebih lumayan. - GAMBAR OLEH Pavel Danilyuk (Pexels)

    TIDAK sukar untuk menemukan graduan yang bekerja di luar bidang pengajiannya. Saya sendiri sebahagian daripada mereka; mempunyai kelulusan ijazah pendidikan tetapi memilih untuk bekerja sebagai penulis portal.

    Faktor dan kesan fenomena ini telah dihuraikan dalam artikel sebelum ini melalui pandangan konsultan kerjaya. Bagaimana pula pandangan graduan itu sendiri? Apa faktor yang mendorong mereka mendapatkan pekerjaan di luar bidang pengajian dan lebih penting, adakah mereka gembira dengan pekerjaan mereka sekarang?

    Gaji tidak setimpal

    Nursyuhadah Hamzah, 26, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan. Bidang ijazahnya spesifik tetapi dia memilih untuk bekerja dalam bidang berbeza, iaitu sebagai pengendali kandungan media sosial.

    “Kebanyakan pekerjaan dalam bidang sains dan teknologi makanan memerlukan pengalaman antara tiga hingga lima tahun. Malah, gaji yang ditawarkan juga tidak setimpal.

    “Selepas graduasi, saya perlu mendapatkan pekerjaan untuk menampung hidup sendiri dan keluarga. Jadi, apabila ada peluang pekerjaan sebagai pengendali kandungan, saya cuba,” katanya yang sudah lebih setahun bekerja.

    Menurut Nursyuhadah, mendapatkan pekerjaan dalam bidang berbeza bukanlah mudah kerana kebanyakan jawatan yang dipohon memerlukan kelayakan pendidikan dari bidang tersebut.

    Namun, pasaran pekerjaan kini lebih terbuka dengan kewujudan jawatan yang tidak memerlukan pengkhususan bidang pendidikan seperti pengendali kandungan. Dalam permohonannya, syarat yang diletakkan adalah mempunyai ijazah sarjana muda tanpa memerlukan apa-apa pengkhususan bidang.

    “Selepas bekerja beberapa tahun dan mengumpul pengalaman, secara tidak langsung kita sudah mempunyai kelayakan untuk terus berada dalam bidang ini. Jadi, jika mahu lompat kerja dalam bidang sama, tidak ada masalah lagi,” jelasnya.

    Bagi Nursyuhadah, graduan baharu tidak perlu takut untuk mencuba pekerjaan di luar bidang pengajian jika pekerjaan tersebut menawarkan peluang dan gaji yang lebih bermaruah.

    “Kalau ada peluang, ambil sahaja. Mungkin ia akan membawa kepada laluan kerjaya yang lebih baik dan mencabar,” katanya.

    Tukar bidang demi minat

    Bagi Gheff Abd. Ghafar, 33, beliau memilih untuk mencuba pekerjaan di luar bidang pengajian apabila pekerjaan asalnya tidak memberikan persekitaran yang sesuai dengan minatnya. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Geosains Petroleum itu pernah bekerja dalam bidang geosains petroleum tetapi kini memegang jawatan sebagai Eksekutif Kanan Pentadbiran (Penginapan Pelajar) di sebuah universiti swasta.

    “Saya mahukan pekerjaan dengan persekitaran yang membolehkan saya meneruskan minat sampingan. Pekerjaan sebelum ini tidak memberikan kelebihan itu,” katanya.

    Menurut Gheff, permohonannya untuk pekerjaan semasa tidak sukar kerana dia sudah mempunyai rangkaian, memandangkan dia memohon kerja di alma maternya sendiri.

    “Ketika temu duga, apa yang ditekankan majikan ialah kemahiran dari pekerjaan lama yang saya boleh aplikasikan di sini. Sebagai contoh, di tempat kerja lama saya banyak mengendali dan menganalisis data. Sebagai Eksekutif Pentadbiran, kemahiran sama juga diperlukan walaupun datanya berbeza.

    “Saya diterima disebabkan kemahiran itu. Sebab itu kemahiran penting. Jika kita boleh pasarkan diri dengan kemahiran yang dipelajari dalam pengajian, apa-apa bidang pun kita boleh masuk jika kemahiran yang diperlukan itu bersesuaian,” jelasnya.

    Pada pandangan Gheff, pembaziran bakat mungkin berlaku apabila graduan bertukar bidang tetapi kemahiran insaniah yang dipelajari sepanjang pengajian tetap boleh dimanfaatkan.

    “Pemain yang berlatih bola sepak memang rugi apabila disuruh bertanding badminton tetapi masih ada kemahiran dari latihan bola sepak yang boleh digunakan dalam sukan badminton. Contohnya, kemahiran membuat keputusan cepat atau kecergasan yang diperlukan dalam mana-mana sukan pun.

    “Ada kemahiran yang kita pelajari dalam pengajian yang boleh digunakan dalam bidang lain. Terutamanya kemahiran insaniah, ia boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang,” katanya.

    Bagi Gheff, tidak ada masalah untuk graduan baharu mencuba pekerjaan dalam bidang berbeza, namun perlu ada analisis yang jelas berkenaan kemahiran yang mereka miliki. Graduan tidak boleh bergantung kepada minat atau kemahuan diri semata-mata.

    “Mereka perlu buat analisis. Apa kemahiran yang dipelajari dalam pengajian, adakah ia sesuai untuk dimasukkan dalam portfolio pekerjaan yang ingin dimohon?

    “Berbeza kalau kita mohon kerja dalam bidang sama, ia sangat mudah. Senaraikan saja apa yang dipelajari, pasti ia bersesuaian dengan kehendak majikan. Namun, kalau mahu tukar bidang, kita perlu lebih teliti. Apa kemahiran insaniah yang boleh tingkatkan peluang untuk kita dapatkan jawatan yang dimahukan,” katanya. – RELEVAN

    featured kerjaya kerjaya luar bidang
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.