Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Inflasi Malaysia meningkat 3.4% pada Jun, purata harga ayam RM10.02 sekilogram

    Inflasi Malaysia meningkat 3.4% pada Jun, purata harga ayam RM10.02 sekilogram

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 22, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HARGA ayam meningkat 17.2 peratus pada Jun lalu, berbanding peningkatan 13.4 peratus pada Mei. - Gambar: AMIR KHALID

    INFLASI Malaysia yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 3.4 peratus pada Jun lalu kepada 127.4 berbanding 123.2 pada bulan sama tahun sebelumnya. 

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan tersebut ialah indeks makanan yang meningkat 6.1 peratus. Semua kumpulan lain kecuali komunikasi turut merekodkan peningkatan dan mendorong kepada inflasi keseluruhan.

    Indeks pengangkutan meningkat 5.4 peratus diikuti dengan restoran dan hotel (5.0 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.2 peratus) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (2.2 peratus).

    “Pada Jun, kesemua subkumpulan bagi makanan dan minuman bukan alkohol menunjukkan peningkatan antara 2.8 peratus hingga 11.9 peratus. Sementara itu, komponen makanan di rumah dan makanan di luar rumah masing-masing meningkat 6.1 peratus dan 6.6 peratus, mendorong kepada kenaikan inflasi makanan.

    “Antara makanan di luar rumah yang menunjukkan kenaikan ialah roti canai (10.5 peratus),; nasi berlauk (9.7 peratus); masakan daging (7.8 peratus) dan makanan berasaskan mee (7.0 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd. Uzir menjelaskan, ayam yang mempunyai wajaran terbesar dalam subkumpulan daging (46.1 peratus) meningkat sebanyak 17.2 peratus berbanding peningkatan 13.4 peratus pada Mei.

    “Purata harga ayam mentah pada Jun adalah sebanyak RM10.02 sekilogram berbanding RM855 pada Jun 2021. Peningkatan harga ayam ini adalah selari dengan kenaikan input pengeluaran makanan dunia seperti jagung (14.8 peratus), gandum (60.9 peratus) dan kacang soya (19.9 peratus) yang merupakan komposisi terbesar penyediaan dedak ayam.

    “Selain itu, daging babi turut mencatatkan peningkatan 14.6 peratus berbanding 10.2 peratus pada bulan sebelumnya. Kenaikan harga daging babi disumbangkan oleh peningkatan harga makanan haiwan. Di samping itu, penularan penyakit demam babi Afrika telah memberi kesan kepada bekalan daging babi,” jelasnya.

    Menurut Mohd. Uzir, inflasi bagi suku tahun kedua 2022 meningkat 2.8 peratus kepada 126.6 berbanding 123.1 pada suku tahun sama tahun sebelumnya. Bagi perbandingan suku tahunan, inflasi meningkat 1.1 peratus berbanding suku tahun pertama 2022 (0.9 peratus).

    Kata beliau, inflasi bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 meningkat 2.5 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

    “Bagi perbandingan bulanan, inflasi meningkat 0.6 peratus berbanding Mei 2022. Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh pengangkutan serta restoran dan hotel yang mana kedua-duanya meningkat kepada 1.3 peratus, diikuti makanan dan minuman bukan alkohol (1.2 peratus).

    “Daripada 552 item, sebanyak 446 item (80.8 peratus) merekodkan kenaikan harga yang mana 48 item menunjukkan peningkatan melebihi 10.0 peratus berbanding 41 item pada Mei. 54 item lain menunjukkan penurunan dan 52 item kekal tidak berubah,” katanya.

    Walau bagaimanapun, peningkatan inflasi Malaysia masih rendah berbanding beberapa negara lain. Ini termasuk Zon Euro yang mencatatkan kadar inflasi 8.6 peratus pada Jun, meningkat daripada 8.1 peratus pada Mei. Ia didorong oleh inflasi tenaga (41.9 peratus); makanan, alkohol dan tembakau (8.9 peratus); barangan perindustrian bukan tenaga (4.3 peratus) serta perkhidmatan (3.4 peratus).

    Kadar inflasi di Amerika Syarikat pula meningkat 9.1 peratus pada Jun berbanding 8.6 peratus pada Mei. 

    “Perbandingan dengan negara-negara terpilih di rantau Asia Pasifik, kadar inflasi di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding China (2.5 peratus) namun lebih rendah daripada Thailand (7.7 peratus), Filipina (6.1 peratus), Republik Korea (6.0 peratus) dan Indonesia (4.4 peratus).

    “Sementara itu, antara negara yang mencatatkan peningkatan dua digit ialah Argentina (64 peratus), Sri Lanka (58.9 peratus) dan Pakistan (21.3 peratus),” katanya. – RELEVAN

    featured IHP inflasi kewangan
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.