Facebook Twitter
    Trending
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 pemimpin berpengaruh dunia pada 2022

    7 pemimpin berpengaruh dunia pada 2022

    By July 29, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TAHUN 2022 sudah melepasi garis tengahnya. Berbagai-bagai peristiwa berlaku tahun ini; dari krisis kesihatan yang tiada penghujung sehingga krisis makanan dan keselamatan, semuanya dimuatkan dalam satu tahun yang mencabar.

    Kata orang, waktu sukar melahirkan pemimpin yang baik. Diharapkan, dunia akan bertemu pemimpin-pemimpin yang baik dalam waktu sukar ini supaya kita warganya dapat menempuh keluar segala krisis dan generasi seterusnya dihadiahkan dunia yang lebih baik untuk mereka.

    Sehubungan itu, Relevan ingin memperkenalkan anda kepada tujuh pemimpin berpengaruh tahun ini, menurut senarai yang dikeluarkan oleh majalah TIME. Kami memberikan anda pengenalan, maklumat selanjutnya tentang mereka boleh anda cari sendiri selepas ini.

    • Mia Mottley (Barbados)

    Mia Amor Mottley merupakan Perdana Menteri kelapan Barbados. Lahir pada 1 Oktober 1965, beliau mengambil alih tampuk kepimpinan Barbados dan menjadi wanita pertama yang memegang jawatan berkenaan pada Mei 2018. Beliau memimpin Parti Buruh Barbados (BLP) sejak 2008 dan sebelum itu mempunyai kerjaya sebagai peguam.

    Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala  menyifatkan Mottley sebagai pemimpin yang berani, tiada gentar dan mempunyai intelek serta akal yang tajam. Di peringkat dunia, Mottley lantang memperjuangkan pengurusan alam sekitar yang mampan dan kesaksamaan kekayaan.

    • Volodymyr Zelensky (Ukraine)

    Volodymyr Oleksandrovych Zelensky ialah Presiden keenam Ukraine. Dilahirkan pada 25 Januari 1978, beliau terkenal kerana perubahan statusnya dari seorang pelakon komedi kepada pemimpin negara. Mula mentadbir sejak 2019, Zelensky memimpin Ukraine dalam tempoh sukar apabila berhadapan pandemik Covid-19, kegawatan ekonomi dan bermula Februari lalu, peperangan Rusia.

    “Kami ada di sini,” itu ucapan keramat Zelensky yang tampil dengan pakaian rakyat biasa dalam satu video ketika dunia dikejutkan dengan berita pencerobohan Rusia ke wilayah Ukraine Februari lalu. Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyifatkan Zelensky sebagai pemimpin yang mempunyai keazaman teguh untuk mempertahankan kehidupan dan keamanan rakyatnya.

    • Ketanji Brown Jackson (Amerika Syarikat)

    Ketanji Onyika Brown Jackson merupakan wanita kulit hitam pertama yang dilantik sebagai hakim Mahkamah Agung AS. Lahir pada 14 September 1970, Jackson mengangkat sumpah jawatannya pada 30 Jun lalu selepas dicalonkan oleh Presiden, Joe Biden pada 25 Februari dan disahkan pelantikannya oleh Senat AS pada 7 April.

    Senator New Jersey, Cory Booker menyifatkan pelantikan Jackson sebagai jelmaan impian terbesar nenek moyang bangsa kulit hitam di Amerika Syarikat. Dengan rekod cemerlang sebagai hakim, Jackson menerima sokongan sebulat suara Dewan Senat dan membanggakan jutaan wanita kulit hitam di negara itu.

    • Xi Jinping (China)

    Xi Jinping merupakan Presiden Republik Rakyat China sejak 2013. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis China dan Pengerusi  Suruhanjaya Ketenteraan Pusat sejak 2012. Lahir pada 15 Jun 1953, Xi dilihat sebagai pemimpin yang berkuasa dan berpengaruh, malah dilihat berada sebaris dengan Deng Xiaoping dan Mao Zedong.

    Memimpin negara dengan populasi terbesar di dunia, Xi berjaya membawa China ke puncak dari segi ekonomi dan ketenteraan. Di bawah kepimpinannya, China menjadi ancaman buat ekonomi besar dunia termasuk AS dengan rancangan perdagangan Inisiatif Jalur dan Jalan. Bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand, Phinij Jarusombat melihat Xi sebagai pemimpin yang berpemikiran terbuka, punya keazaman tinggi dan kreatif.

    • Ursula von der Leyen (Jerman)

    Ursula von der Leyen merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah. Lahir pada 8 Oktober 1958, beliau juga mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Menteri Pertahanan Jerman, memegang jawatan tersebut bermula pada 2013 hingga 2019.

    Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg melihat von der Leyen sebagai pemimpin yang berkesan dan tenang, tidak mudah tunduk dengan cabaran serta sentiasa menemui jalan penyelesaian dalam konflik. Dianggap sebagai wanita paling berkuasa di Eropah, von der Leyen bertanggungjawab menyusun rancangan pemulihan pandemik Eropah, European Green Deal untuk perubahan iklim, sekatan perdagangan ke atas Rusia oleh Kesatuan Eropah (EU) dan sokongan EU terhadap Ukraine.

    • Ron DeSantis (Amerika Syarikat)

    Ronald Dion DeSantis merupakan Gabenor ke-46 Florida. Beliau yang lahir pada 14 September 1978 memegang jawatan tersebut sejak 2019. Di Amerika Syarikat, Florida di bawah pimpinan DeSantis mengambil jalan berbeza dengan kebanyakan negeri apabila tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka, membenarkan perniagaan beroperasi dan tidak mewajibkan pemvaksinan sepanjang pandemik Covid-19. Tindakan kontroversinya ini menjadikan Florida negeri contoh di negara tersebut dari segi kebebasan peribadi, pertumbuhan ekonomi dan kecemerlangan pendidikan.

    Bekas Gabenor Florida, Jeb Bush juga melihat Desantis sebagai jaguh alam sekitar apabila beliau membuat pelaburan besar-besaran untuk memulihkan Taman Negara Everglades, memulihara dan mengembangkan koridor hidupan liar serta melindungi laluan air Florida.

     

    • Joe Biden (Amerika Syarikat)

    Joseph Robinette Biden Jr. merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke-46. Beliau mengambil alih peranan tersebut dari Donald Trump pada 20 Januari 2021. Lahir pada 20 November 1942, Biden berikrar untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada kegawatan akibat pandemik dan membina semula ekonomi negara tersebut.

    Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton melihat Biden sebagai pemimpin yang mampu melaksanakan tugasnya dengan baik dan berjiwa rakyat. Tumpuan utama Biden ketika ini adalah untuk menangani peningkatan inflasi di Amerika Syarikat tanpa mencetuskan kegawatan ekonomi yang lebih teruk dan di mata Clinton, Biden ialah pemimpin yang mampu menjayakannya. – RELEVAN

    featured pemimpin dunia pendidikan pengetahuan am
    Artikel Terkini

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.