Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lebih 50,000 gagal peroleh sijil SPM 2021

    Lebih 50,000 gagal peroleh sijil SPM 2021

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 8, 2022Updated:August 9, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CALON SPM 2021 yang gagal mendapat sijil tersebut boleh menduduki kertas SPM Ulangan tahun ini atau menduduki SPM sebagai calon persendirian pada tahun berikutnya. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SERAMAI 56,207 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal mendapat sijil tersebut untuk sesi 2021, menurut jawapan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin di sidang Parlimen hari ini. 

    Jumlah itu merangkumi 10,681 calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan dan 45,526 calon yang menduduki peperiksaan tetapi gagal mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah atau kedua-duanya.

    RADZI JIDIN

    Dalam keputusan yang diumumkan Jun lalu, seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki SPM 2021 memperoleh keputusan semua A. Seramai 71,842 atau 18.8 peratus calon pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

    Sementara itu, calon yang mendapat keputusan lulus pula seramai 129,796 atau 33.96 peratus manakala 125,454 atau 32.83 peratus lagi gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

    Dalam jawapan lisannya kepada Senator Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali, Radzi berkata, calon yang gagal mendapat sijil SPM boleh menduduki peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) yang dilaksanakan setiap tahun.

    Kata beliau, SPMU menawarkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Untuk tahun ini, SPMU akan dilaksanakan pada September.

    “Selain daripada itu, calon juga boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian pada tahun-tahun berikutnya. Keputusan bagi peperiksaan ini boleh digabungkan dalam satu sijil peperiksaan sahaja melalui perkhidmatan patching sijil peperiksaan SPM.

    “Calon yang telah memperoleh sijil SPM kali pertama mulai 2009 layak untuk memohon perkhidmatan ini. Dengan cara ini, calon masih berpeluang mendapatkan sijil SPM atau membaiki keputusan mereka,” katanya.

    SERAMAI 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki SPM 2021 memperoleh keputusan semua A.

    Calon SPM 2021 merupakan kohort pertama yang menggunakan format baharu dalam mata pelajaran, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

    Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid, pelaksanaan KSSM menyediakan calon dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

    “KSSM memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti komunikasi, kolaboratif serta pemikiran kritis dan kreatif,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleJangkitan baharu Covid-19 menurun ke angka 2,000
    Next Article MAHA 2022 pamer 8 taman ‘keajaiban’

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.