KU SYAFIQ KU FOZI

PERNAH tak anda ke mana-mana kedai, nampak satu barang yang sangat diinginkan? Mungkin permainan, baju atau buku. Tapi harganya mahal. Hati rasa takut mahu minta duit daripada mak dan ayah. Akhirnya anda hanya mampu memendam hajat, lupakan niat untuk memiliki barang idaman hati. Saya ada cadangan. Apa kata anda simpan wang saku setiap hari sampai cukup untuk beli barang tersebut? Sikit-sikit, lama-lama jadi… Katakanlah barang itu berharga RM100. Duit belanja yang anda dapat RM10 sehari, RM5 untuk sekolah pagi dan RM5 untuk kelas agama waktu petang. Kalau simpan RM2 sehari, anda perlu 50 hari untuk capai jumlah RM100. Itu bersamaan…

Read More

KATASENI melihat jurang antara bidang penulisan dengan seni tampak, maka mereka cuba merapatkannya. Itu asas penganjuran Kataseni, sebuah program pementoran yang bertujuan melahirkan lebih banyak penulisan kritis tentang seni tampak di Malaysia. Pengarah Projeknya, Abdullahjones menekankan soal kefahaman dalam usaha melahirkan penulis dan pengkritik seni. Kata beliau, Kataseni mahu melahirkan lebih ramai penulis dan pengkritik yang betul-betul faham tentang seni. “Program ini adalah satu langkah awal yang penting dalam usaha melahirkan penulis dan pengkritik seni yang berkualiti. “Dengan pendedahan yang lebih mendalam terhadap dunia seni, kami berharap dapat membina satu generasi baharu yang bukan sahaja mampu menulis dengan baik tetapi…

Read More

TAHUN lalu, Ipoh diangkat sebagai Bandar Kreatif Muzik oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).  Dalam portfolio oleh Unesco dalam laman webnya, Ipoh diperkenalkan sebagai “Indie Rock City of Malaysia” dan tempat lahir banyak bakat independen serta bawah tanah. Ia menjadi nilai unik Ipoh berbanding bandar-bandar lain di Malaysia, jika penilaiannya tentang muzik. Banyak juga bakat independen terbit di bandar lain tetapi impak yang dibawa Ipoh berbeza.  Gerakan lapangan independen dari Ipoh lebih menyerlah dan subur, malah mereka membentuk identiti tersendiri dari segi sikap dan bunyi. Sebab itu Unesco turut mencatatkan kewujudan “bunyi Ipoh” atau “Ipoh sound”…

Read More

DALAM teori kritikan filem, ada frasa renungan lelaki atau male gaze. Frasa itu merujuk kepada teknik-teknik dalam filem yang meletakkan watak wanita sebagai objek seksual lelaki. Watak wanita akan dipersembahkan dalam bentuk yang menyenangkan untuk mata lelaki – lenggok tubuhnya seksi dan pergerakan kamera menonjolkan bahagian tubuh yang menggiurkan. Idea renungan lelaki diperkenalkan pakar dan pembikin filem, Laura Mulvey pada 1975. Kata Mulvey, dalam media visual, wanita menjadi objek yang dilihat manakala lelaki merupakan pihak yang melihat. Maka, paparan wanita dalam filem akan dibentuk mengikut ‘kemahuan mata lelaki’. Kita cuba bawa keluar idea renungan lelaki dari konteks filem semata-mata; cuba…

Read More

EMPAT bulan lalu saya menulis tentang pertumbuhan dan kecukupan dalam hidup. Tentang manusia yang diprogram untuk terus tumbuh, tumbuh dan tumbuh dalam hidup sampai tak tahu mana garis akhir pertumbuhan itu. Saya kaitkannya dengan kefahaman kita kepada kewangan. Sebab pertumbuhan sering dikait dengan wang: wang dan kekayaan seperti benih pokok yang perlu selalu disiram dan dibaja supaya ia terus tumbuh dan bertambah. ARTIKEL BERKAITAN: Hidup untuk tumbuh atau cukup? Artikel itu ditulis selepas saya membaca temu bual bersama Pipiyapong oleh zine Pancharoba dan temu bual bersama Ian MacKaye oleh majalah Huck. Baru-baru ini saya baca buku yang ditulis bekas pekerja…

Read More

TUNKU Abdul Rahman berucap dari corong radio, sehari sebelum sambutan kemerdekaan yang mustahak untuk Malaysia. Tahun itu, Malaysia berusaha meleraikan gumpalan titik hitam akibat rusuhan kaum 13 Mei melalui pengisytiharan Rukun Negara yang dijadualkan pada 31 Ogos 1970. Namun, ada pengumuman sayu menanti. Ada sesuatu yang akan berhenti. “Sehinggakan saya sering menganggap bahawa diri saya sebagai Perdana Menteri yang paling bahagia dalam dunia. “Sudah menjadi harapan dan cita-cita saya juga untuk menjadikan semua rakyat Malaysia orang yang paling bahagia dalam dunia.” Pengumuman tamat. 30 Ogos 1970, Tunku Abdul Rahman mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pertama. Perdana Menteri yang memerdekakan…

Read More

GARIS masa X saya penuh cerita Izara Aishah. Di Instagram pula, keluar video Fathia Latiff. Izara terpalit pelbagai kontroversi dalam tempoh kurang seminggu. Dakwaan xenofobik, tidak sensitif pada orang asli dan tuduhan merendahkan golongan miskin. Fathia pula bercerita tentang tatu yang dicacah ketika tertekan. Ada saja berita yang baik tentang seni di Malaysia tapi tak banyak melibatkan artis tahap popular. Nasib baik saya lebih banyak mengikuti artis independen dan alternatif. Dua EP W/SH kembali ke platform strim, saya gembira. Petai Belalang bikin gig menampilkan kugiran serba baharu pada 31 Ogos, saya teruja. Tapi untuk berita yang mendapat perhatian massa, begitulah.…

Read More

PERTANDINGAN inovasi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3, Samsung Solve for Tomorrow (SFT) kembali dengan edisi keenam tahun ini. Pertandingan tersebut merupakan hasil kerjasama Samsung dan Universiti Malaya (UM) yang bertujuan memupuk minat dan kemahiran awal dalam STEM dalam kalangan generasi baharu. Samsung dalam kenyataan akhbarnya berkata, pertandingan itu direka bagi memberi inspirasi kepada minda muda untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan menangani cabaran dalam komuniti menggunakan elemen STEM. Untuk edisi keenam, tema yang dipilih merupakan “Start with Can” dan ia terbuka kepada semua pelajar Malaysia berumur 13 hingga 15 tahun. Para pelajar diminta…

Read More

SALLEH BEN JONED memetik surah al-Qaf, tentang Tuhan yang lebih dekat dari urat tengkuk. Dalam buku Sajak-Sajak Saleh terbitan Fixi Retro, saya tersangkut pada sajak pertama Buku Kedua bertajuk Ria. Dalam Buku Pertama, nama Ria banyak tercatat. Saya faham Ria sebagai anak Salleh, selain Anna. Tapi saya tak pernah cuba mencari maklumat tentang kedua-duanya. Melalui sajak Ria baru saya tahu, dia anak yang tidak sempat hidup lama. Ceritanya ada dalam Buku Pertama tapi saya tak perasan. Saya baca blog Anna Salleh, catatan yang ditulis pada 19 Februari 2016. Ria, atau namanya yang lebih panjang, Maria, meninggal dunia pada 1972 akibat…

Read More

SOCRATES masuk ke padang tanpa lilitan kapten. Berbanding Piala Dunia 1982, reputasinya dalam kempen di Mexico pada 1986 lebih buruk. Pertembungan Brazil dengan Perancis pada suku akhir Piala Dunia 1986 antara yang paling diingati. Wisel penamat ditiup, mata seri 1-1. Perlawanan dilanjut ke penentuan sepakan penalti. Socrates mengambil sepakan penalti pertama untuk Brazil. Langkahnya sedikit – hanya dua – dan bola dituju ke kanan gawang. Penjaga gol Perancis, Joel Bats meregang tubuhnya dan menepis bola keluar. Setiap sepakan penalti selepas itu menerjah gawang, membawa Perancis ke separuh akhir dan menamatkan kempen Brazil. Bukan persembahan terbaik Socrates dalam sarungan jersi kuning…

Read More