Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

    Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

    By Umi FatehahOctober 28, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

    PADA setiap hujung minggu, pasti ada kawan-kawan yang mengajak untuk melepak di kafe hipster terutama yang baru dibuka Mereka mahu meneliti menu, apa yang sedap apa yang tidak tanpa mengira harga.

    Sebarang pempengaruh menjadikan restoran ini sama terkenal seperti penyanyi atau ahli politik.

    Tetapi budaya melepak ini ada kosnya. Dan ia boleh menipiskan dompet atau simpanan.

    Bagaimana untuk katakan “tidak” kepada ajakan melepak yang membabitkan duit yang banyak? Majalah Forbes menyenaraikan lima cara untuk menolak tekanan rakan sebaya agar tidak berbelanja di luar kemampuan tanpa menjejaskan persahabatan atau kewangan peribadi.

    1. Bawa tunai sahaja

    Walaupun dunia semakin digital, wang tunai masih ‘raja’. Kajian menunjukkan pengguna berbelanja sehingga 18 peratus lebih banyak apabila menggunakan kad debit atau kredit berbanding wang tunai.

    Jadi, jika sukar menolak ajakan keluar bersama kawan, bawa jumlah tunai yang hanya cukup untuk berbelanja secara berhemah.

    Kaedah sistem sampul juga mungkin berkesan. Sediakan sampul berlabel seperti “hiburan”, “minyak” dan “makan luar”. Setiap kali gaji masuk, masukkan jumlah tertentu dalam setiap sampul. Bila duit dalam sampul ‘hiburan’ habis, itu tanda anda dah sampai had perbelanjaan sosial bulan tersebut.

    1. Cari kawan sekufu 

    Bukan mencari pasangan untuk berkahwin sahaja perlu sekufu, ketika mencari rakan juga sama pentingnya.

    Kawan yang sekufu dari segi gaya hidup dan cara berbelanja akan membuat kita lebih tenang. Kita tak perlu berpura-pura mampu dan mereka tidak akan mengajak ke tempat yang jelas di luar bajet.

    Kalau kawan faham keadaan sebenar, mereka takkan berkecil hati bila dengar kita cakap, “aku tak ikut bulan ni” atau “aku tengah jimat sikit.” Malah, mereka mungkin turut rasa lega sebab sebenarnya mereka juga dalam situasi yang sama.

    Persahabatan yang sihat tidak menekan kita untuk berbelanja lebih, sebaliknya saling menyokong untuk capai matlamat kewangan masing-masing.

    Kawan sekufu ini boleh menjadi penyokong moral bila anda rasa nak ‘terbabas’. 

    1. Sediakan strategi keluar

    Rancang jalan keluar sebelum dompet anda ‘terkorban’. Kalau sudah maklum dengan perangai kawan-kawan jenis selepas makan wajib karaoke, tetapkan had masa untuk pulang.

    Anda boleh meminta seseorang untuk menelefon supaya Boleh pulang kerana ada urusan lain. Nampak kecil, tapi strategi ini boleh selamatkan anda daripada perbelanjaan spontan.

    Satu lagi tip klasik tetapi relevan, jangan jadi orang pertama tiba atau yang terakhir balik. Semakin lama masa di luar, semakin banyak duit yang ‘mengalir keluar’. 

    1. Sertai sekadar yang anda mampu

    Kalau tahu takkan mampu untuk mengikut nafsu kawan-kawan yang suka makan mahal, elak mengikut mereka. 

    Berterus terang sahaja. “Aku tengah jimat sikit bulan ni. Lain kali aku ikut”. Nada jujur dan ringan jauh lebih mudah diterima berbanding alasan panjang. 

    1. Fokus pada matlamat akhir

    Seperti dinasihatkan oleh Stephen Covey dalam 7 Habits of Highly Effective People, sentiasa fikirkan matlamat sebenar dalam kehidupan.

    Sebelum ikut nafsu membeli, tanya diri:

    “Aku nak beli kopi mahal yang rasanya biasa-biasa ni, atau lebih baik simpan duit tu untuk perbaharui cukai jalan dan insurans kereta?”

    Apabila matlamat besar anda jelas – sama ada membeli rumah, melunaskan hutang atau menabung untuk masa depan, keputusan kewangan harian jadi lebih mudah. 

    Tekanan untuk berbelanja boleh datang daripada rakan, media sosial dan budaya gaya hidup moden. Namun, kesedaran diri serta keberanian untuk menetapkan had, kita tetap mampu menikmati hidup sambil menjaga kewangan dan kesejahteraan diri. – RELEVAN

    Previous ArticleMakanan yang beri tenaga buat pelari maraton
    Next Article 5 tabiat urus kewangan pada usia muda

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.