Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rindu Salleh pada Ria dalam 9 bahagian

    Rindu Salleh pada Ria dalam 9 bahagian

    By August 15, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SAJAK Ria dimuatkan dalam Buku Kedua Sajak-Sajak Saleh: Poems Sacred and Profane. - GAMBAR FACEBOOK SALLEH BEN JONED

    SALLEH BEN JONED memetik surah al-Qaf, tentang Tuhan yang lebih dekat dari urat tengkuk.

    Dalam buku Sajak-Sajak Saleh terbitan Fixi Retro, saya tersangkut pada sajak pertama Buku Kedua bertajuk Ria.

    Dalam Buku Pertama, nama Ria banyak tercatat. Saya faham Ria sebagai anak Salleh, selain Anna. Tapi saya tak pernah cuba mencari maklumat tentang kedua-duanya.

    Melalui sajak Ria baru saya tahu, dia anak yang tidak sempat hidup lama. Ceritanya ada dalam Buku Pertama tapi saya tak perasan.

    Saya baca blog Anna Salleh, catatan yang ditulis pada 19 Februari 2016. Ria, atau namanya yang lebih panjang, Maria, meninggal dunia pada 1972 akibat kemalangan kereta. Dia adik kepada Anna.

    Sajak Ria ditulis dalam sembilan bahagian di Sandy Bay, Tasmania, Australia pada 1972. Saya memahaminya sebagai usaha kuat Salleh untuk meredai pemergian anak tersayang.

     

    i 

    Saya tersentak ketika membaca baris akhir. Baris-baris awal masih kabur.

    Dia bercerita tentang seseorang. Tentang kenangan. Pagi musim luruh dan keceriaan yang melesap.

    Apabila Salleh menulis tentang garis miring cahaya yang menembus dewan gelap berlumut, nada bacaan saya dalam kepala jadi perlahan dan merendah. Ada hal gelap dan sedih yang sedang dituju, saya fikir.

    Stanza empat dan lima sukar untuk saya visualkan. Mungkin ia memang asing untuk dibayangkan atau mungkin saya yang lemah bahasa Inggeris.

    Tapi baris akhirnya menyentak.

    “Anak awak sudah tiada”.

     

    ii

    Di hari pengebumian, cahaya melimpah. Dunia Salleh yang gelap menjadi terik yang sebenar terik; membutakan mata.

    “dengan keiyaan deriaku / kenafian pengetahuanku”

     

    Menerima hakikat pahit bukanlah mudah. Salleh mengulang hal garis cahaya.

    Pada hari dia kuburkan Ria, angin meniup debu, cahaya musim luruh bergaris miring dan udara berbau manis madu.

     

    iii

    Penafian ialah tahap pertama perkabungan. Hal sedih yang sukar diterima biasa dimulakan dengan penafian.

    Begitulah Salleh. Dia mimpikan jasmani Ria kembali. Wajah ceria dan bau tubuhnya seakan melekat pada karpet.

    Ria anak Salleh. Salleh kenal sepenuhnya anak yang sejak keluar dari rahim sudah ada dalam dakapan dia.

    Kedekatan dan keintiman ditandakan dengan idiosinkrasi – keanehan dan keunikan seseorang yang hanya kita tahu. Dan itu yang dikisahkan Salleh.

    Tentang kucup kekupu pada sisi leher, bulu mata yang gelap, mata kiri yang pelik, kejaga-jagaan Ria.

    Semua itu buatkan Ria dekat pada Salleh, lebih dekat dari urat tengkuk.

     

    iv

    Nama Maria diguna orang dari seluruh dunia. Tapi bila dipendekkan sebagai Ria, ia menjadi Melayu.

    Kali ini, ingatan terhadap Ria lebih abstrak dan rohani. Kewujudan Ria menjadikan Salleh lebih matang, malah mengukuhkan kasihnya dengan isteri. Tapi, kata Salleh,

    “pertumbuhan serentak kita, rosak sejak awal”. 

     

    Mungkin kerana rindu dan rasa kehilangan, Ria yang meninggal sebelum mencecah umur 5 tahun digambarkan seperti seorang dewasa. Salleh membandingkan mindanya dengan Ria.

     

    v

    Perjalanan Salleh dari penafian ke penerimaan sangat jauh. Malam pengebumian Ria menyenangkan. Ceria Ria menjadi buah mulut.

    Tetapi hari-hari seterusnya Salleh bergelut untuk menerima pemergian Ria. Dia terasa kosong. Bangun tidurnya berat. Semangat hidupnya luntur.

    Dia membayangkan tinggal di pulau Circe – perempuan sihir dalam mitos Yunani yang menyumpah lelaki menjadi singa, serigala dan babi.

    Dia menjadi Penelope – isteri Odysseus dalam mitos Yunani yang memberi alasan mahu menenun kain selama bertahun untuk mengelak disunting lelaki lain, demi menunggu suaminya balik dari perang yang panjang.

    Tapi Ria bukan Odysseus.

     

    vi

    Daging watan dan langit tropik. Salleh melihat gemulah Ria dengan ingatan pada tanah airnya.

     

    vii

    Salleh seperti mengulang bahagian iii dengan perincian yang berbeza. Dia masih bermimpikan Ria, kali ini sedang duduk di bucu katil. Kehadiran Ria menyucikan segala; kemahuan tertanam, pengkhianatan terhadam dan yang sensual jadi mandul.

    Sekali lagi, Salleh teringat idiosinkrasi – Ria menyilang kaki, seperti mengajuk gaya Salleh acah jantan.

    Walaupun mimpi itu indah, saya membacanya sebagai sengsara. Kerinduan pada orang yang tiada tidak terubat dengan kehadirannya dalam mimpi. Realitinya, dia masih tiada. Walau hadirnya dalam mimpi meninggalkan bayang rasa nafas yang seolah betul.

     

    viii

    Pada tahap apa sebuah pengetahuan menjadi beban? Apabila pengetahuan tertentu membawa rasa gelap bergumpal-gumpal dalam dasar dada. Ia tak boleh dicapai untuk dibuang, tak boleh juga dipadam dengan mudah.

    Mungkin itu yang dirasakan Salleh ketika dia duduk membelakangi sinar matahari, menulis dan menulis untuk memujuk hati sendiri. 

    “Tiada ria melainkan Ria”

    – ditulis dalam sajak Rasa, pada 1983. Mungkin itu yang dirasakan Salleh pada detik dia duduk dengan jari lebam.

     

    ix

    Bahagian ini dirujuk Anna dalam blognya. Katanya, ia menunjukkan keinginan Salleh untuk kembali ke tanah air dan mengubati lukanya. 

    Mungkin pemergian Ria menjadikan Tasmania sebuah pulau duka untuk Salleh. Dia pulang ke tanah air pada 1973, membawa Ria bersama dalam cahaya matahari lamanya.

    Perasaan

    Rujuklah mana-mana penulisan atau video yang mengenangnya, kebanyakannya akan mengangkat sisi berontak, nakal dan cabul Salleh. Itu memang kualiti terbesar Salleh dalam dunia persuratan Melayu.

    Mungkin juga sebab itu, saya lebih tertarik pada sajak Ria. Ia menonjolkan sisi berbeza Salleh – sebagai seorang ayah, seorang lelaki dan seorang manusia yang ada perasaan.

    Tema kematian dalam Ria disampaikan dengan mentah dan jujur, sedikit berbeza dengan yang ditunjukkan dalam Endgame, contohnya.

    Semoga di alam sana, Salleh sempat bertemu Ria. Membunuh semua hiba gelap yang tersimpan sejak Ria pergi lebih 50 tahun lalu. – RELEVAN

    featured pendidikan puisi Salleh Ben Joned sastera
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.