Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memerdekakan wanita daripada renung lelaki

    Memerdekakan wanita daripada renung lelaki

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 30, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DALAM teori renungan lelaki, paparan wanita perlu mengikut kehendak mata lelaki. - GAMBAR RELEVAN

    DALAM teori kritikan filem, ada frasa renungan lelaki atau male gaze. Frasa itu merujuk kepada teknik-teknik dalam filem yang meletakkan watak wanita sebagai objek seksual lelaki.

    Watak wanita akan dipersembahkan dalam bentuk yang menyenangkan untuk mata lelaki – lenggok tubuhnya seksi dan pergerakan kamera menonjolkan bahagian tubuh yang menggiurkan.

    Idea renungan lelaki diperkenalkan pakar dan pembikin filem, Laura Mulvey pada 1975. Kata Mulvey, dalam media visual, wanita menjadi objek yang dilihat manakala lelaki merupakan pihak yang melihat.

    Maka, paparan wanita dalam filem akan dibentuk mengikut ‘kemahuan mata lelaki’.

    Kita cuba bawa keluar idea renungan lelaki dari konteks filem semata-mata; cuba lihat dalam konteks kehidupan keseluruhannya. Ini akan membawa makna sebenar renungan lelaki yang diperkenalkan Mulvey ke tahap ekstrem tetapi, demi melihat isu yang lebih besar, kita cuba.

    Bayangan ekstrem

    Idea renungan lelaki, secara asasnya, adalah tentang wanita yang dianggap sebagai pemuas mata lelaki. Tindak-tanduk wanita perlu mendapat restu mata lelaki.

    Wanita yang tidak dapat memenuhi kehendak lelaki dianggap gagal. Hidup wanita seperti gunung yang perlu didaki, di puncaknya restu lelaki. Ini bayangan ekstrem kalau kita hidup dalam idea renungan lelaki oleh Mulvey.

    Dalam bayangan itu, misalnya, wanita boleh dikasari atau dirogol bahkan dibunuh kalau tak memenuhi kehendak lelaki.

    Dalam bayangan itu, ketika syahwat lelaki memuncak, wanita perlu layan kehendak libido lelaki, walaupun lelaki itu seorang pemandu bas yang langsung tak dikenali wanita tersebut.

    Dalam bayangan itu, kalau suami tak mahu isteri bersalin melalui pembedahan Caesarean, dia boleh hina dan akhirnya menceraikan isteri tersebut.

    Dalam bayangan itu, kalau lelaki mahu menjalankan eksperimen seksual ke atas wanita, ia dibolehkan.

    Ini bayangan-bayangan ekstrem berdasarkan idea: dalam filem, paparan wanita perlu mengikut kemahuan mata lelaki.

    Bayangannya ekstrem, mungkin tak pernah berlaku.

    Dirantai digelangi restu

    Tapi kita baca kisah Farah Kartini dan Nuraina Humaira. Lama dulu, ada cerita Noor Suzaily Mokhtar, Canny Ong dan Nurin Jazlin. Di luar negara, ada Moumita Debnath, Junko Furuta, Eno Farihah dan entah berapa banyak lagi wanita yang menjadi mangsa kekejaman lelaki.

    Kisah-kisah ini betul-betul berlaku. Bukan sekadar bayangan ekstrem yang direka. Adakah kita sedang hidup dalam bayangan ekstrem renungan lelaki?

    Terma femicide kembali bergema baru-baru ini disebabkan beberapa kes pembunuhan melibatkan mangsa wanita. Kita juga tahu, dalam banyak kes bersifat domestik dan terpencil, wanita dirantai digelangi kehendak lelaki.

    Kita letak konteks idea itu pada bidang spesifik lain pula, misalnya politik. 

    Bagaimana layanan terhadap wanita dalam parti-parti politik? Adakah diperkasa atau masih dalam keadaan yang dipandang jelik Khatijah Sidek suatu masa dulu – wanita hanya dianggap penyokong para lelaki, bukan pemimpin utama?

    Konteks ekonomi pula, Indeks Jurang Jantina Malaysia 2022 menunjukkan, wanita menerima upah satu pertiga lebih rendah berbanding lelaki. 

    Jawatan tinggi, iaitu penggubal undang-undang, pegawai kanan dan pengurus juga lebih banyak diisi lelaki. Sedangkan dari segi kelulusan pendidikan, jumlah wanita jauh mengatasi lelaki.

    Maka, seperti lazimnya setiap tahun menjelang 31 Ogos, kita mencari konteks merdeka selain kemerdekaan negara. Tahun ini, eloklah kita usahakan supaya para wanita merdeka daripada renungan lelaki.

    Bebaskan wanita daripada mata gatal, ego besar, lampau kawal, stigma leceh dan libido liar para lelaki. Bina sebuah negara dan dunia yang selamat untuk wanita berjalan seorang diri. Yang selesa untuk mereka meneroka potensi diri.

    Jadikan itu azam merdeka kita, terutamanya para lelaki. – RELEVAN

    Previous ArticleSrikandi pembebasan: Lim Beng Hong
    Next Article Berkelah, berpuisi, mendedah diri di Piknik Puisi

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.