Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Samsung Solve for Tomorrow kembali, tawar hadiah terkumpul RM80,000

    Samsung Solve for Tomorrow kembali, tawar hadiah terkumpul RM80,000

    By August 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERTANDINGAN Samsung SFT kembali untuk edisi keenam. - GAMBAR IHSAN SAMSUNG

    PERTANDINGAN inovasi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3, Samsung Solve for Tomorrow (SFT) kembali dengan edisi keenam tahun ini.

    Pertandingan tersebut merupakan hasil kerjasama Samsung dan Universiti Malaya (UM) yang bertujuan memupuk minat dan kemahiran awal dalam STEM dalam kalangan generasi baharu.

    Samsung dalam kenyataan akhbarnya berkata, pertandingan itu direka bagi memberi inspirasi kepada minda muda untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan menangani cabaran dalam komuniti menggunakan elemen STEM.

    Untuk edisi keenam, tema yang dipilih merupakan “Start with Can” dan ia terbuka kepada semua pelajar Malaysia berumur 13 hingga 15 tahun.

    Para pelajar diminta untuk mengenal pasti isu-isu tempatan yang mendesak dan mencipta penyelesaian inovatif dengan STEM untuk membawa perubahan positif dalam komuniti.

    “(Peserta) berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM80,000 dalam bentuk teknologi dan bekalan bilik darjah,” katanya dalam kenyataan pada 14 Ogos.

    Memupuk generasi inovatif

    Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia, Datuk Roh Jae Yeol berkata, generasi terkini, iaitu Alfa berada dalam dunia yang celik teknologi, kreativiti serta keberanian dalam meneroka dan mempelopori inovasi.

    Kata beliau, trend tersebut sejajar dengan pasaran kerja masa hadapan dalam pelbagai bidang, termasuk kecerdasan buatan, internet kebendaan (IoT) dan teknologi canggih.

    “Di Samsung, kami percaya minda-minda muda boleh mengatasi cabaran komuniti melalui inovasi, dedikasi dan semangat.

    “Samsung SFT adalah lebih daripada sekadar pertandingan; ia berperanan sebagai pemangkin – memperkasa semua remaja Malaysia untuk merealisasikan keupayaan dan mengubah idea menjadi penyelesaian nyata yang menyumbang kepada masa depan lebih baik,” katanya.

    Pengarah Pusat STEM UM, Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar pula mahu melihat semua penginovasi remaja yang terlibat dalam pertandingan tersebut mengatasi halangan bahasa dan mempamerkan kreativiti mereka.

    Mewakili UM, beliau mempunyai kepercayaan penuh bahawa minda muda yang terlibat kelak mempunyai potensi untuk mengubah dunia.

    “Sebagai pendidik, kami bertanggungjawab mempersiap mereka untuk mengemudi sempadan digital dan membawa perubahan positif.

    “Inisiatif ini juga menandakan komitmen penting kami untuk memupuk pendidikan STEM di peringkat awal, (yang merupakan) satu langkah kritikal dalam memupuk kumpulan bakat yang akan memacu pembangunan ekonomi negara,” katanya.

    Lima hadiah lumayan

    Pertandingan Samsung SFT 2024 memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara untuk mempamerkan idea inovatif dengan menangani masalah dunia sebenar menggunakan prinsip STEM melalui penulisan 800 perkataan.

    Penyertaan akan dinilai oleh Samsung Malaysia dan UM berdasarkan pelbagai kriteria, seperti perkaitan isu, kreativiti, kebolehlaksanaan, aplikasi STEM dan pembentangan penyelesaian inovatif.

    Hasil penilaian, 10 pasukan teratas akan mara ke pusingan seterusnya, yang mana idea yang terpilih akan ditambah baik dan dibentangkan.

    Penyertaan terpilih untuk Samsung SFT 2024 akan diumumkan di laman web program pada Oktober 2024. Peserta yang terpilih juga akan mendapat bimbingan dan panduan untuk memperhalus idea mereka dan membangunkan prototaip di bengkel Design to Win.

    Pemenang akan ditentukan melalui proses pembentangan (pitching) yang kompetitif pada Disember 2024. Berikut merupakan hadiah yang ditawarkan:

    Hadiah Pertama: Produk Samsung bernilai kira-kira RM28,000

    Hadiah Kedua: Produk Samsung bernilai kira-kira RM24,000

    Hadiah Ketiga: Produk Samsung bernilai kira-kira RM19,000

    Hadiah Keempat: Produk Samsung bernilai kira-kira RM6,000

    Hadiah Kelima: Produk Samsung bernilai kira-kira RM3,000

    Pendaftaran SFT telah dibuka dan peserta boleh menghantar penyertaan sehingga 16 September ini. – RELEVAN

    featured pendidikan pertandingan Samsung sekolah STEM Universiti Malaya
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.