Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

    4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

    By Umi FatehahOctober 27, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia. - GAMBAR HIASAN

    EMPAT universiti dari Malaysia tersenarai dalam QS World University Rankings 2026 yang diumumkan oleh QS TopUniversities Jun lalu.

    Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di Malaysia apabila disenaraikan di tangga ke-58 dunia dengan skor keseluruhan 80.1, membuktikan reputasi akademik, penyelidikan dan kebolehpasaran graduan.

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-126 dunia dengan skor 65.2, diikuti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang masing-masing berkongsi kedudukan ke-134 dunia dengan skor keseluruhan 64.1.

    Pencapaian ini meletakkan Malaysia dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan tinggi paling kompetitif di rantau Asia Tenggara.

    Beberapa universiti lain dari Malaysia mencatatkan peningkatan kedudukan dalam senarai QS 2026. Antaranya ialah:

    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – tangga ke-153, skor 61.6
    • Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) – tangga ke-251, skor 50.2
    • Taylor’s University – tangga ke-253, skor 50
    • UCSI University – tangga ke-269, skor 48.5
    • Sunway University – tangga ke-410, skor 36.7
    • Universiti Utara Malaysia (UUM) – tangga ke-491, skor 32.6
    • INTI International University – tangga ke-509, skor 31.9
    • Universiti Teknologi MARA (UiTM) – tangga ke-542, skor 30.3

    Kaedah penilaian

    Menurut QS, QS World University Rankings 2026 menggunakan metodologi penilaian yang ketat dan komprehensif merangkumi lapan kriteria utama. Lima daripadanya merupakan komponen tradisional yang menilai aspek akademik dan penyelidikan manakala tiga lagi bagi menilai keberlanjutan dan impak sosial universiti.

    Antara kriteria utama termasuk:

    • Reputasi akademik (40 peratus) – Berdasarkan pandangan ahli akademik di seluruh dunia terhadap universiti yang mereka anggap cemerlang dalam bidang masing-masing.
    • Reputasi majikan (10 peratus) – Menilai pandangan majikan global terhadap kemampuan graduan universiti memenuhi keperluan pasaran kerja.
    • Nisbah fakulti/pelajar (20 peratus) – Mengukur kualiti pengajaran melalui jumlah fakulti berbanding pelajar.
    • Pemetikan setiap fakulti (20 peratus) – Menilai impak penyelidikan berdasarkan jumlah pemetikan per fakulti melalui data daripada Scopus.
    • Nisbah pelajar dan fakulti antarabangsa (5 peratus + 5 peratus) – Menunjukkan kepelbagaian komuniti akademik serta keupayaan universiti menarik bakat antarabangsa.

    Untuk edisi 2025/26, QS turut memperkenalkan tiga metrik baharu yang menonjolkan peranan universiti dalam dunia moden:

    • Kelestarian (5 peratus) – Mengukur komitmen universiti terhadap isu sosial dan alam sekitar.
    • Hasil pekerjaan (5 peratus) – Menilai keberkesanan universiti dalam meningkatkan peluang kerjaya graduan.
    • Rangkaian penyelidikan antarabangsa – Mengukur sejauh mana universiti terlibat dalam kolaborasi penyelidikan antarabangsa.

    Kedudukan terbaharu ini membuktikan keupayaan universiti-universiti tempatan untuk berdiri sebaris dengan institusi terkemuka dunia, bukan sahaja dalam bidang akademik dan penyelidikan tetapi juga dalam membina impak sosial dan memperkukuh jaringan global. – RELEVAN

    Previous ArticleKenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN
    Next Article Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.