Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » “Perdana Menteri paling bahagia dalam dunia”

    “Perdana Menteri paling bahagia dalam dunia”

    By August 28, 2024Updated:September 19, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WALAUPUN berhadapan pelbagai cabaran, Tunku Abdul Rahman tetap menganggap dirinya sebagai Perdana Menteri paling bahagia dalam dunia. - GAMBAR KOLEKSI PUSAT MAKLUMAT DAN ARKIB MEDIA MULIA

    TUNKU Abdul Rahman berucap dari corong radio, sehari sebelum sambutan kemerdekaan yang mustahak untuk Malaysia.

    Tahun itu, Malaysia berusaha meleraikan gumpalan titik hitam akibat rusuhan kaum 13 Mei melalui pengisytiharan Rukun Negara yang dijadualkan pada 31 Ogos 1970. Namun, ada pengumuman sayu menanti. Ada sesuatu yang akan berhenti.

    “Sehinggakan saya sering menganggap bahawa diri saya sebagai Perdana Menteri yang paling bahagia dalam dunia.

    “Sudah menjadi harapan dan cita-cita saya juga untuk menjadikan semua rakyat Malaysia orang yang paling bahagia dalam dunia.”

    Pengumuman tamat. 30 Ogos 1970, Tunku Abdul Rahman mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pertama. Perdana Menteri yang memerdekakan negara.

    Perdana Menteri paling bahagia dalam dunia.

    Penyatu bangsa

    Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lahir pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Beliau mewarisi darah kepemimpinan ayahandanya, Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

    Kepemimpinan dan pentadbiran tidak asing bagi Tunku. Kerjayanya bermula sebagai pegawai kadet di Pejabat Penasihat Undang-Undang di Kedah selepas menamatkan pengajian undang-undang Kolej St. Catherine, Universiti Cambridge.

    Di Cambridge, Tunku menubuhkan Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK) bagi mewakili pelajar Melayu di universiti tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Senarai menteri Kabinet pertama negara, sebelum dan selepas merdeka

    Sepulangnya ke Tanah Melayu, Tunku memegang banyak jawatan dalam perkhidmatan awam sebelum membuat keputusan untuk menjadi ahli politik.

    Bermula sebagai Pengerusi UMNO Kedah pada 1949, karisma sebagai pemimpin mengangkat beliau menjadi Presiden UMNO pada 1951, menggantikan pengasas parti tersebut, Dato’ Onn Jaafar.

    New York Times dalam belasungkawanya berkata, keperibadian Tunku tidak menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang boleh memimpin kaum Melayu dan Cina di Tanah Melayu tetapi Tunku membuktikan sebaliknya.

    Beliau membuka jalan kerjasama politik antara Melayu dengan Cina melalui gabungan UMNO-MCA, sebelum membentuk Parti Perikatan yang turut dianggotai MIC dalam Pilihan Raya Umum 1955. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Perdana Menteri Malaysia pertama sehingga kini

    Gabungan tersebut hanya kalah satu kerusi, membolehkan Tunku menjadi rakyat tempatan pertama mengetuai kerajaan sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

    Pentadbiran tempatan pertama tersebut membuka ruang untuk Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan. Tunku mengetuai delegasi pada 1956 dalam perbincangan meja bulat yang dinamakan Persidangan Malaya Merdeka di London. 

    Rundingan demi rundingan akhirnya membolehkan Persekutuan Tanah Melayu mengecap kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

    Atmanya aman, jiwanya damai

    Tunku merupakan putera raja yang berani turun dan bersaing dengan rakyat lain dalam lapangan politik.

    New York Times menyifatkan beliau sebagai putera raja yang suka berkawan. Perjalanan hidupnya juga menunjukkan beliau seorang yang merakyat walaupun pembuluhnya beralir darah monarki.

    Satu hal tentang Tunku, beliau selalu mencari penyelesaian yang aman dalam apa-apa konflik. Ada yang menggelarnya “man of peace”. Namun, itu tidak bermakna beliau tidak tegas.

    Rundingan Baling 1955 menjadi bukti ketegasannya dalam mencari damai. Tunku tidak tunduk pada kehendak Parti Komunis Malaya (PKM) walaupun percaya, perseteruan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan parti itu perlu dihentikan demi mencapai kemerdekaan.

    Kecenderungan Tunku terhadap keamanan menjadi roh yang meresap dalam jasad negara bernama Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan terakhir Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri

    Kita berkongsi banyak persamaan dengan negara jiran, Indonesia dari segi sejarah. Malah, sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, tanah Malaysia dan Indonesia dianggap satu – Alam Melayu. Namun, kedua-dua negara dipimpin orang yang berbeza.

    Tunku dengan senyum dan kelembutan, Sukarno dengan gelak dan kekerasan. Tunku memimpin negara ketika berkonfrontasi dengan Indonesia disebabkan usaha untuk menubuhkan Malaysia.

    Sikap Indonesia terhadap Malaysia keras. Slogan mereka: “Ganyang Malaysia”. Tapi Tunku tidak membalas kekerasannya. 

    Ketika diminta untuk memijak lambang Pancasila Indonesia, Tunku menolak. Tapi tubuhnya diangkat pemprotes sehingga beliau duduk di atas lambang tersebut. Bekas Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Khalid Yunus yang turut mengangkat Tunku masih ingat, ketika itu Tunku sedih dan berkata, “Awatlah hang buat aku macam ni?”.

    Beliau turut bersedih ketika peristiwa 13 Mei berlaku. Khabarnya ada sekeping gambar Tunku sedang menangis di kediamannya di Bukit Tunku ketika melihat pusat bandar Kuala Lumpur dijilat api. Namun, bukti gambar tersebut, menurut Eddin Khoo dalam buku Rukunegara: Selayang Pandang, “jarang sekali dapat dilihat”.

    Duka, hiba, lara, nestapa

    Tak mudah untuk menjadi Tunku Abdul Rahman. Namanya akan sentiasa diingati sebagai Bapa Kemerdekaan tetapi duka hiba sepanjang menjadi Perdana Menteri hanya beliau dan Tuhan saja tahu.

    Tunku memimpin negara mengharungi kemerdekaan, pembentukan Malaysia, konfrontasi dan rusuhan kaum. 

    Malah, dunia juga sedang bergolak ketika itu. Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet masih berlangsung selepas kematian Joseph Stalin. Ketika itu juga tercetusnya Perang Vietnam.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

    Pada penghujung tempoh beliau sebagai Perdana Menteri, pemerintahan negara diambil alih Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dipimpin Tun Abdul Razak Hussein. Walaupun masih bergelar Perdana Menteri, fungsi Tunku lebih bersifat kemajlisan – sebagai jurucakap dan wajah hadapan kerajaan.

    Pasti ada lara nestapa yang mengisi dada Tunku sepanjang menjadi Perdana Menteri. Namun, tetaplah dia tersenyum untuk rakyat Malaysia. Tetaplah dia menjadi Perdana Menteri paling bahagia dalam dunia. – RELEVAN

    featured Merdeka pendidikan politik sejarah Tokoh Relevan Tunku Abdul Rahman
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.