Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    By Umi FatehahOctober 24, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Rahsia minum air sejurus bangun tidur. - GAMBAR HIASAN ENGIN AKYURT/UNSPLASH

    ADA perkongsian di media sosial mengenai amalan meminum air kosong sejurus bangun tidur dapat membantu menguruskan badan dengan lebih cepat. 

    Ada juga pihak yang mendakwa mereka berjaya menurunkan berat badan hanya dengan menambah amalan ini setiap pagi.

    Adakah ini benar atau satu lagi rekaan semata-mata? 

    Minum air setiap pagi boleh menjadikan anda kurus?

    Menurut Medical News Today, jawapannya ialah YA. Memang ada asas saintifik di sebalik dakwaan itu tetapi ia tidak bermakna meminum segelas air setiap pagi mencukupi untuk membantu seseorang menjadi kurus.

    Apabila kita bangun daripada tidur, badan berada dalam keadaan dehidrasi selepas berjam-jam tidak menerima sebarang cecair. Dalam keadaan ini, segelas air kosong pada waktu pagi membantu mengaktifkan semula sistem metabolisme iaitu proses tubuh menukar makanan kepada tenaga.

    Metabolisme yang aktif bermakna tubuh mula menggunakan tenaga lebih awal, sekaligus membantu membakar kalori dengan lebih berkesan sepanjang hari. Ia juga memberi isyarat kepada organ penting seperti hati dan buah pinggang untuk kembali berfungsi pada tahap optimum selepas tidur semalaman.

    Selain itu, meminum air sebelum sarapan boleh mengurangkan rasa lapar dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Ini membantu mengawal pengambilan kalori pada waktu pagi.

    Apabila air kosong menggantikan minuman bergula seperti kopi manis atau teh tarik, jumlah kalori yang diambil akan berkurangan secara semula jadi. Dalam jangka panjang, tabiat ini boleh membantu menurunkan berat badan secara perlahan dan sihat.

    Namun, pakar mengingatkan bahawa minum air sahaja tidak mencukupi untuk kurus. Kesan terbaik hanya berlaku apabila ia digabungkan dengan gaya hidup sihat termasuk pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal yang konsisten.

    Selain bantu kurus, ini kelebihan lain minum air pada waktu pagi

    1. Meningkatkan prestasi mental

    Otak kita terdiri daripada hampir 75 peratus air. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan air boleh menjejaskan tumpuan dan daya ingatan jangka pendek. Dengan memulakan pagi dengan segelas air, otak menjadi lebih segar dan bersedia untuk berfungsi pada tahap optimum.

    1. Memperbaiki mood dan tenaga

    Dehidrasi ringan boleh menyebabkan seseorang cepat letih, mudah marah dan susah fokus. Kajian mendapati bahawa bila badan kembali cukup air, tahap tenaga dan mood juga bertambah baik. 

    Jadi, segelas air selepas bangun tidur bukan sekadar menyegarkan badan. Minda juga akan lebih segar dan cergas.

    1. Menyokong kesihatan kulit

    Air membantu mengekalkan kelembapan kulit dan memperkukuh lapisan pelindungnya (skin barrier). Kajian mendapati pengambilan air mencukupi boleh menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan lembap dari dalam. Namun, untuk mencegah kedutan, tanda penuaan atau masalah kulit lain, anda tetap perlu menggunakan produk rawatan kulit.

    1. Menyokong fungsi badan secara keseluruhan

    Air memainkan peranan besar dalam menjaga fungsi organ penting seperti:

    • Buah pinggang: Menyingkirkan bahan buangan dari badan.
    • Saluran kencing: Membantu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Jantung dan saluran darah: mMngekalkan tekanan darah pada tahap normal.
    • Sendi: Melincirkan sendi dan mengurangkan rasa kaku atau sakit.

    Tapi, jangan minum berlebihan

    Minum air memang baik untuk kesihatan tetapi terlalu banyak air dalam masa singkat boleh menyebabkan water toxicity yang berlaku disebabkan keseimbangan garam dalam badan terganggu. Ia boleh menyebabkan rasa mual, pening dan dalam kes serius, menjejaskan fungsi otak.

    Jika seseorang hanya minum air pada waktu pagi tetapi tidak meneruskannya sepanjang hari, mereka masih berisiko mengalami dehidrasi.

    Jadi, teruskan amalan meminum air setiap pagi. Ia mampu membantu penurunan berat badan tetapi langkah kecil yang membawa banyak kebaikan untuk keseluruhan badan. – RELEVAN

    Previous ArticleLSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026
    Next Article Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.