SAKIT pada mana-mana bahagian kaki memang menyeksakan. Kita guna kaki untuk hampir semua pergerakan, kalau sakit banyak hal tergendala. Antara bahagian yang menyeksakan apabila sakit ialah tumit. Kulit tumit memang keras dan tebal tetapi ia tidak menjamin bahagian itu kalis dari sebarang sakit. Biasanya, sakit tumit berlaku pada bahagian bawah atau belakang tumit. Sakit tumit biasa dialami mereka yang aktif, seperti pelari jarak jauh atau mereka dengan pekerjaan yang banyak berjalan. Ini kerana setiap kali berjalan, kita meletakkan tekanan yang besar pada tumit. Berikut Relevan kongsikan lima punca lazim sakit tumit, menurut pakar perubatan podiatrik (penyakit berkaitan kaki) dan pakar…
KU SYAFIQ KU FOZI
ADA hal meloyakan yang berlaku apabila kita membaca atau menonton laporan media Barat tentang penghapusan bangsa oleh Israel terhadap Palestin. Media-media Barat simpati kepada Israel kerana dua perkara: pertama, mereka tidak mahu mencari keadilan, mereka mahu menegakkan agenda songsang Zionis dan kedua, mereka dungu membaca sejarah. Demi simpati terhadap sebuah negara pengganas bernama Israel, laporan-laporan media Barat kebanyakannya dibingkai untuk menunjukkan, dalam kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin, Israel sebenarnya mangsa. Pembingkaian itu akan dimulakan dengan penegasan, secara langsung atau tidak langsung, bahawa kejahatan yang berlangsung di bumi Gaza bermula disebabkan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023. Falasi…
PEKERJAAN sebagai ahli politik adalah yang paling kurang dipercayai di seluruh dunia, menurut tinjauan yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan pasaran, Ipsos. Tinjauan bertajuk Kepercayaan Terhadap Pekerjaan itu mendapati, pekerjaan sebagai ahli politik secara am hanya mendapat 20 peratus kepercayaan di Malaysia dan 14 peratus di seluruh dunia. Ini menjadikan pekerjaan sebagai ahli politik menduduki tempat yang lebih rendah berbanding eksekutif pengiklanan dan menteri kerajaan yang turut berada dalam tiga tangga terbawah. Sementara itu, doktor merupakan pekerjaan yang paling dipercayai di Malaysia dan dunia, masing-masing dengan mata 58 peratus. Di peringkat dunia, saintis menduduki tempat kedua dengan 57 peratus manakala di Malaysia…
SAYA memang sangat banyak mendengar lagu. Saya juga pernah ralit membaca sajak. Fikiran saya mudah dibentuk oleh dua aliran seni ini. Dalam hal kemanusiaan, besar juga impak lagu Wajah oleh Laila’s Lounge kepada pandangan alam saya. Ia mengajar saya berempati, meletakkan diri dalam kedudukan orang yang ditindas dan hidupnya jarang disapa aman. Seperti yang dilagukan Hadi Jaafar: https://www.youtube.com/watch?v=ZOL1Crc3RNk “Pulangkan milik si anak ini Yang kau raguti Hapuskan tangisan si ibu ini Yang mengalir sepi Halaman ini usah kau lacuri Ia milik mereka” Stanza ini membawa saya memijak tanah Palestin yang berpuluh tahun dalam perang. Di situ, saya dikelilingi runtuhan bangunan,…
TOPIK kewangan, terutamanya yang negatif seperti kekurangan wang, hutang yang tinggi dan belanja yang melulu, jarang dibualkan dengan jujur sesama ahli keluarga. Ada perisai ego dipasang. Tahap tabu isu kewangan setaraf isu seksual. Ia hal peribadi yang tidak patut dicampur orang, termasuk ahli keluarga sendiri. Kadang-kadang, sikap ahli keluarga juga mendorong kita menyembunyikan masalah kewangan yang ada. Ia jadi sensitif kerana perkongsian masalah kewangan sering datang dengan pengadilan prejudis. Sebab berkongsi kita dimarahi, dihukum, dinasihat berjela dan lebih buruk lagi, diumpat sesama saudara. Lebih baik tidak berkongsi. Jurulatih kewangan, Tammy Lally belajar tentang hal itu melalui tragedi. Abangnya menelefon untuk meminjam…
NAKBA 1948 menjadi titik mula penderitaan Palestin apabila ratusan ribu rakyat negara itu dibunuh dan diusir keluar, menjadi pelarian di negara-negara jiran. Menurut Pusat Sumber untuk Hak Kependudukan dan Pelarian Palestin (BADIL), seramai 852,491 rakyat Palestin menjadi pelarian di Jordan, Lubnan, Syria dan wilayah dalam Palestin sendiri, iaitu Gaza dan Tebing Barat. Selepas peristiwa Nakba, Israel menguasai 78 peratus wilayah Palestin manakala 22 peratus lagi ditadbir Mesir (Gaza) dan Jordan (Tebing Barat). Selepas 1948, ribuan pelarian Palestin cuba melintasi sempadan untuk kembali ke rumah masing-masing atau pulang bertemu keluarga. Malangnya, antara 1949 hingga 1956, dianggarkan 2,000 hingga 5,000 pelarian ditembak…
SEBANYAK 76.5 peratus isi rumah di Malaysia memiliki rumah pada 2022, menurut Laporan Survei Kemudahan Asas 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan pada 31 Oktober. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pemilikan rumah di kawasan bandar mencatatkan peratusan yang lebih rendah, iaitu 73.3 peratus berbanding 87.6 peratus di kawan luar bandar. Kata beliau, hampir 98 peratus isi rumah Malaysia juga tinggal berdekatan institusi kesihatan awam dengan jarak kurang daripada lima kilometer. “Peratusan akses isi rumah kepada rendah dan sekolah menengah dengan jarak kurang daripada lima kilometer masing-masing pada 98.5 peratus dan 95.3 peratus. “Peratusan akses isi rumah kepada…
SEBANYAK 20,322 kematian atau 16.1 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan di Malaysia pada 2022 adalah disebabkan penyakit jantung iskemia. Itu merupakan sebahagian daripada dapatan dalam Perangkaan Sebab Kematian Malaysia yang diterbitkan Jabatan Perangkaan pada 30 Oktober. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, penyakit jantung iskemia kekal sebagai sebab kematian utama di Malaysia sejak lebih dua dekad, dengan pengecualian pada 2021 apabila Covid-19 menjadi punca kematian utama. Penyakit jantung iskemia juga merupakan punca kematian utama untuk lelaki (13,817 kes, 18.2 peratus) manakala pneumonia menjadi punca kematian utama untuk perempuan (7,201 kes, 14.3 peratus). “Penyakit jantung…
KITA biasa dengar kes kaki patah disebabkan kemalangan atau kecederaan sukan tetapi tahukah anda, banyak kes kaki patah disebabkan tulang yang lemah, yang biasa dialami golongan warga emas? Tulang yang lemah, rapuh dan mudah patah dikaitkan dengan osteoporosis, penyakit yang ramai gelar sebagai ‘penyakit senyap’. Menurut Perikatan Kesihatan Tulang Malaysia (BHAM), ancaman osteoporosis dijangka akan meningkatkan kes kaki patah di Malaysia sebanyak 3.5 kali ganda dalam tempoh 2018 sehingga 2050. Peningkatan drastik yang merupakan tertinggi di Asia itu juga akan melibatkan kos perkhidmatan kesihatan melebihi RM530 juta menjelang 2050. Sehubungan itu, BHAM mempergiat usahanya untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang…
KATAKANLAH, selepas merangka belanjawan bulanan, anda dapati ada lebihan RM100 yang tak tahu nak dibuat apa. Jumlahnya mungkin sedikit, terutamanya dalam ekonomi semasa. Namun, ada beberapa pilihan yang boleh dipertimbang. Sama ada untuk disimpan, dilabur atau dibelanja, berikut merupakan pilihan yang boleh anda ambil. Simpan dalam tabung kecemasan Jika anda belum ada tabung kecemasan, buat tabung dengan RM100 itu. Jika anda sudah ada tabung kecemasan, tambah simpanan dengan RM100 itu. Nampak macam tak banyak tapi kalau anda konsisten menyimpan (atau tambah simpanan) RM100 sebulan, lama-lama jadi bukit juga. Pakar mencadangkan tabung kecemasan dengan nilai tiga hingga enam bulan perbelanjaan. Kalau…