Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu
    • Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan
    • Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian
    • Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu
    • Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis
    • Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’
    • Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini
    • 5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

      May 9, 2026

      5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik

      May 4, 2026

      Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan

      May 4, 2026

      Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

      May 1, 2026

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026
    • Kewangan

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026
    • Pendidikan

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Socrates: Si geliga menyepak bola

    Socrates: Si geliga menyepak bola

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 15, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SOCRATES (kiri) ketika mewakili Brazil dalam Piala Dunia 1986. - GAMBAR AFP

    SOCRATES masuk ke padang tanpa lilitan kapten. Berbanding Piala Dunia 1982, reputasinya dalam kempen di Mexico pada 1986 lebih buruk.

    Pertembungan Brazil dengan Perancis pada suku akhir Piala Dunia 1986 antara yang paling diingati. Wisel penamat ditiup, mata seri 1-1. Perlawanan dilanjut ke penentuan sepakan penalti.

    Socrates mengambil sepakan penalti pertama untuk Brazil. Langkahnya sedikit – hanya dua – dan bola dituju ke kanan gawang. Penjaga gol Perancis, Joel Bats meregang tubuhnya dan menepis bola keluar.

    Setiap sepakan penalti selepas itu menerjah gawang, membawa Perancis ke separuh akhir dan menamatkan kempen Brazil.

    Bukan persembahan terbaik Socrates dalam sarungan jersi kuning ikonik Brazil tetapi dia tetap mendapat perhatian. Sepanjang kempen dahinya dililit kain yang tertulis “Mexico Sigue En Pie” yang bermaksud “Mexico terus berdiri”.

    Itu laungan semangatnya untuk seluruh rakyat Mexico yang diuji gempa bumi dan ketidakadilan.

    Begitulah Socrates Brasileiro Sampaio de Souza Vieira de Oliveira atau Socrates, bekas kapten pasukan bola sepak Brazil yang diingati kerana kemahiran sukan dan kebijakan akalnya.

    Doktor di atas padang

    Untuk apa diceritakan tentang Socrates dalam ruangan ini? 

    Mata dunia banyak terarah ke acara sukan sempena kehangatan Olimpik Paris 2024. Kami fikir, ini peluang baik untuk memperkenalkan manfaat sukan kepada pelajar-pelajar.

    Cuma ada satu masalah. Di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT), sukan dan akademik sering dipasangkan secara bertentangan.

    Maksudnya, ramai beranggapan pelajar yang aktif sukan susah nak cemerlang akademik dan begitu juga sebaliknya. Maka, Relevan bawakan tokoh yang berjaya menggabungkan kedua-duanya.

    SOCRATES – GAMBAR JORGE DURAN/AFP

    Socrates cemerlang dalam sukan bola sepak sejak usia muda. Bakatnya semula jadi – larinya lebih perlahan dan tubuhnya tidak sekuat yang lain tetapi dia mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran yang tidak tertanding rakan seusia.

    Dia memasuki akademi bola sepak Botafogo sebagai hobi dan aktiviti luar kurikulum. Keutamaannya mahu cemerlang akademik dan bergelar doktor.

    Kontrak bola sepak pertama tiba ketika Socrates berumur 18 tahun tetapi dia menolak. Menjadi pemain bola sepak profesional bukan impiannya. Sekali lagi, dia mahu jadi doktor dan ketika itu, dia memang dalam pengajian dalam bidang perubatan.

    Namun, Botafogo tak mahu mengalah. Kontraknya diubah suai supaya Socrates tidak perlu turun latihan. Hari perlawanan, masuk padang, main. Ini menyenangkan kerana pengajiannya tak terganggu.

    Dia menamatkan pengajian ijazah perubatan pada 1977 tetapi Botafogo tak mahu melepaskannya. Tawaran gaji lumayan dihantar, lebih lumayan berbanding gaji seorang doktor.

    Sejak itu, Socrates memilih untuk menjadi pemain bola sepak profesional. Kerjayanya menyinar, terutamanya bersama kelab Corinthians dan pasukan kebangsaan Brazil sehinggalah dia bersara pada 1989.

    Sebelum itu, pada 1987, Socrates pernah memasuki kursus di universiti untuk menghidupkan semula kelayakannya dalam bidang perubatan.

    Sukan untuk akademik, akademik untuk sukan

    Socrates ialah contoh jelas bahawa anda boleh aktif sukan dan akademik dalam masa sama. Dia berjaya menamatkan ijazah perubatan ketika aktif bermain bola sepak pada peringkat profesional.

    Ini mungkin bercambah dari kefahamannya sendiri terhadap bola sepak. Dia dikenali sebagai pemain geliga – dia percaya bola sepak dimainkan dengan minda, tubuh hanya perkakas yang melaksanakan imaginasi dari otak.

    Dengan kefahaman itu, kita tahu bahawa mengasah otak juga antara latih tubi yang diperlukan pemain sukan.

    Dalam kerjaya pendeknya sebagai jurulatih dan pemain di kelab kecil England, Garforth Town, Socrates memuji pengurus kelab itu, Simon Clifford dengan berkata:

    “Dia menggunakan sukan, secara tepatnya bola sepak, untuk bantu mereka (pemain) bersosial dan membangunkan fizikal”.

     

    Bagi Socrates, sukan memberi manfaat yang pelbagai. Bukan sahaja tubuh menjadi sihat, malah ia menajamkan akal dan memperkaya hubungan sosial.

    Maka, para pelajar, jangan takut untuk libatkan diri dalam sukan. Dengan pengurusan masa dan tenaga yang baik, anda boleh menyeimbangkan sukan dengan akademik.

    Kedua-dua sukan dan akademik mempunyai manfaat yang besar untuk kanak-kanak dan remaja. Malah, kelebihan sukan boleh digunakan dalam akademik dan kelebihan akademik juga boleh dimanfaatkan dalam sukan. Itu yang ditunjukkan Socrates.

    Kejar cita-cita anda dalam apa bidang sekalipun. Yang penting, jaga kesihatan agar potensi tubuh boleh dimanfaatkan sepenuhnya. – RELEVAN

    Previous ArticleMerabakkan sembah dan belajar untuk tidak beri apa-apa tahi
    Next Article Henti kerja lebih masa! Utamakan hidup seimbang dan sihat

    Artikel berkaitan

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    May 9, 2026

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026

    Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

    May 5, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    May 9, 2026

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.