KU SYAFIQ KU FOZI

MELIHAT kanak-kanak kecil dalam lingkungan tiga hingga enam tahun bermain telefon pintar atau tablet sudah menjadi kebiasaan. Kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 2020 mendapati 47 peratus kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 17 tahun menggunakan internet. Ia meningkat dengan mendadak berbanding hanya 18.4 peratus pada 2016. Ramai ibu bapa mengizinkan anak-anak menggunakan gajet kerana sedar kebaikan yang boleh diperolehi daripada aktiviti tersebut, lebih-lebih lagi melalui video-video pendidikan yang boleh ditonton secara percuma. Namun, aktiviti tersebut turut membawa keburukan. Sehubungan itu, ibu bapa perlu bijak mengawal masa anak-anak dengan gajet yang jika berlebihan, boleh memberi kesan buruk yang…

Read More

PEMBELIAN barangan secara dalam talian sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19, lebih ramai yang selesa membeli barang dalam talian berbanding secara fizikal. Trend tersebut berterusan sehingga kini walaupun pergerakan tidak lagi terbatas seperti dahulu. Menurut laporan  Digital 2022, terdapat 14.43 juta rakyat Malaysia berbelanja secara dalam talian pada Februari 2022 dengan nilai perbelanjaan tahunan mencecah AS$8.17 bilion (RM37.31 bilion). Walau bagaimanapun, masih ramai pengguna di Malaysia yang tidak peka dengan caj tambahan atau bayaran tersembunyi yang dikenakan apabila membeli barangan dari negara luar. Begitu juga apabila melancong ke luar negara. Ramai yang terperangkap apabila pelbagai caj…

Read More

RASUAH merupakan musuh besar kepada ekonomi sesebuah negara. Dari kerajaan purba hingga moden, hampir semua ketamadunan pernah berhadapan masalah rasuah. Pada zaman ini, negara dengan ekonomi membangun dan baru muncul lebih terdedah kepada masalah rasuah.  Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dibangunkan Transparency International menunjukkan tiada negara yang terlepas daripada persepsi mengamalkan rasuah (markah terbaik diperolehi Denmark, Finland dan New Zealand pada 2021, iaitu 88 markah). Namun, gambaran yang lebih jelas dapat dilihat ialah negara-negara maju mempunyai markah yang lebih baik dalam indeks tersebut. Negara dengan ekonomi membangun dan baru muncul cenderung mencatat markah yang rendah. Malaysia menduduki tangga ke-62 daripada…

Read More

SEJAUH mana bencinya kita kepada pemimpin yang mengamalkan rasuah?  Antara pemimpin yang rasuah dengan pemimpin yang melakukan dosa peribadi seperti makan babi atau minum arak, mana yang lebih kita benci? 36 tahun lalu, pakar sosiologi terkemuka dunia, Profesor Datuk Dr. Syed Hussein Alatas pernah menulis yang kita lebih marahkan pemimpin yang makan babi berbanding pemimpin yang mengamalkan rasuah. Kata Syed Hussein dalam rencananya di Berita Harian Singapura pada 3 April 1986, orang Islam waktu itu tidak begitu kuat emosinya dalam menentang rasuah, tetapi akan sangat marah jika pemimpinnya makan babi. “Kalau umpamanya kita katakan pemimpin itu suka makan babi, mudah sekali,…

Read More

KEKELIRUAN penggunaan istilah yang tepat, sama ada bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sudah berlangsung lama. Bermula dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, istilah bahasa Malaysia mula muncul dan sering bertukar ganti dengan penggunaan bahasa Melayu. Istilah bahasa Malaysia diperkenalkan untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Istilah ini diguna pakai sejak penubuhan Malaysia sehingga 1986, apabila istilah tersebut digantikan semula dengan bahasa Melayu, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun, pada 2007, keputusan itu sekali lagi dibalikkan apabila kerajaan mengarahkan supaya istilah bahasa Malaysia menggantikan bahasa Melayu.  Kekeliruan ini berterusan sehingga pernah terjadi, buku teks bahasa Melayu…

Read More

SETIAP tahun, Oxford Languages akan memilih satu perkataan atau ungkapan yang mempunyai pengaruh serta menarik perhatian ramai dalam tahun tersebut. Sejak 2004, perkataan yang dipilih kamus popular ini dijadikan panduan untuk mengimbau peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dunia pada tahun tersebut. Menurut Oxford Languages, setiap tahun perkataan-perkataan yang mencerminkan semangat (ethos), suasana (mood) atau perhatian pada tahun tersebut akan dibahaskan oleh panel lantikan mereka. Satu lagi ciri penting untuk pemilihan Perkataan Tahun Ini (Word of the Year) oleh Oxford ialah potensinya untuk kekal sebagai perkataan yang membawa kepentingan budaya. Perkataan tersebut dipilih melalui pengumpulan data yang ekstensif oleh pasukan Oxford…

Read More

KENAIKAN kadar dasar semalaman (OPR) kali ketiga berturut-turut pada 8 September lalu boleh melonjakkan tahap hutang isi rumah negara yang ketika ini berada pada paras 89 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin berkata, pihaknya kecewa dengan kenaikan tersebut dan menyangkal hujah-hujah yang mengatakan ia baik untuk rakyat. Kata beliau, justifikasi yang diberikan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan adalah dangkal dan bersifat ikut-ikutan. “Kami mempersoalkan fungsi wakil luar lantikan Menteri Kewangan dalam Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC). “Wakil yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat seolah-olah tidak mempedulikan keadaan rakyat yang sedang…

Read More

RATU Elizabeth II mangkat awal pagi hari ini selepas berada dalam pemantauan doktor sejak semalam. Baginda merupakan pemegang takhta paling lama dalam sejarah monarki Britain, iaitu selama lebih 70 tahun. Keluarga diraja Britain mempunyai sejarah yang sangat panjang. Ia boleh dijejak dari kerajaan Anglo-Saxon England dan zaman pertengahan Scotland pada abad ke-10.  Sejarah monarki pada zaman ini agak rumit kerana melibatkan banyak keluarga diraja, seperti House of Wessex, House of Normandy, House of Denmark dan sebagainya. Untuk mengikuti sejarah keluarga diraja Britain terkini, lebih mudah untuk memahami jalur takhta yang bermula dari Raja George V, yang mana semua turutan pewaris…

Read More

JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) dalam mesyuaratnya hari ini membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.50 peratus. Ia merupakan kenaikan kali ketiga berturut-turut sejak Mei lalu selepas kekal pada kadar 1.75 peratus selama hampir dua tahun. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus. Kata bank pusat negara itu, ekonomi global ketika ini terus berkembang, meskipun pada kadar sederhana, disebabkan oleh tekanan kos yang semakin meningkat, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta langkah-langkah pembendungan yang ketat di China. Walau…

Read More

INI bukan masalah yang baharu. Sejak berpuluh, malah mungkin beratus tahun, teori konspirasi tentang rancangan-rancangan jahat manusia elit sangat mudah menangkap perhatian ramai. Lebih ramai yang percayakan khabar tanpa bukti berbanding fakta-fakta sahih. Teori konspirasi yang popular di Malaysia termasuk agenda Aturan Dunia Baharu (New World Order) yang dikaitkan dengan keluarga jutawan, Rothschild dan pertubuhan Illuminati serta beberapa individu kaya dunia seperti Bill Gates dan artis-artis popular. Banyak juga teori konspirasi yang dikaitkan dengan pencapaian sains seperti pendaratan manusia di bulan, teori bumi rata dan teknologi seperti Program Penyelidikan Aurora Aktif Berfrekuensi Tinggi (HAARP) serta Pelanggar Hadron Besar (LHC). Teori…

Read More