Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Goblin mode, metaverse, #IStandWith: Maksud dan terjemahan tiga Words Of The Year Kamus Oxford

    Goblin mode, metaverse, #IStandWith: Maksud dan terjemahan tiga Words Of The Year Kamus Oxford

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 7, 2022Updated:December 8, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GOBLIN mode yang bermaksud tingkah laku malas, semberono dan mengikut nafsu diangkat sebagai Word Of The Year Kamus Oxford 2022.

    SETIAP akhir tahun, peminat-peminat bahasa akan teruja menantikan perkataan yang dipilih sebagai Words Of The Year (WOTY) Kamus Oxford.

    Tahun ini Oxford membawa kelainan apabila buat pertama kali, pemilihan WOTY dibuka kepada orang awam melalui undian yang disertai lebih 300,000 pengguna bahasa Inggeris dalam masa dua minggu.

    Hasil undian tersebut, goblin mode telah dipilih sebagai WOTY bersama dua perkataan lain, iaitu metaverse dan #IStandWithYou.

    ARTIKEL BERKAITAN: Word of the Year Oxford dari 2015 hingga 2021

    Perkataan-perkataan yang dipilih menggambarkan semangat (ethos), suasana (mood) atau perhatian sepanjang tahun ini. Ia juga dilihat mempunyai potensi sebagai istilah dengan makna budaya yang berpanjangan.

    Mari kita fahami ketiga-tiga perkataan ini. Selain definisinya menurut Kamus Oxford, Relevan turut mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk digunakan.

    • Goblin mode

    Maksud: Tingkah laku yang menurut hawa nafsu, malas, semberono atau tamak, kebiasaannya dalam cara yang menolak norma atau jangkaan masyarakat. Ia merupakan sebuah istilah slanga.

    Terjemahan: Ragam hantu

    Istilah goblin mode pertama kali ditemui di Twitter pada 2009 namun penggunaannya melonjak apabila tular dalam media sosial pada Februari lalu.

    Ia banyak digunakan ketika sekatan pergerakan Covid-19 dilonggarkan di banyak negara. Menurut Oxford, ia menggambarkan perasaan individu yang menolak idea untuk kembali ke kehidupan normal selepas pandemik mula reda.

    Wartawan NBC News, Kalhan Rosenblatt dalam artikelnya pada 2 April lalu berkata, istilah tersebut biasanya merujuk kepada orang yang selekeh, berkemungkinan tidak mandi dan sering bersikap jalang disebabkan kemalasan.

    Pakar bahasa dan leksikografi, Ben Zimmer berkata, ragam hantu menonjolkan semangat zaman (zeitgeist) tahun 2022.

    “Orang melihat norma masyarakat dengan cara yang baharu. Ia memberikan kebenaran kepada orang ramai untuk meninggalkan norma (lama) dan merangkul norma baharu,” katanya seperti dipetik Oxford.

    METAVERSE dikatakan sebagai teknologi utama pada masa hadapan. – GAMBAR HIASAN/H HEYERLEIN (Unsplash)
    • Metaverse

    Maksud: Persekitaran realiti maya (hipotetikal) di mana pengguna berinteraksi antara avatar masing-masing dan persekitarannya secara mengasyikkan. Ia dikatakan berpotensi melanjutkan atau menggantikan internet, world wide web (www), media sosial dan sebagainya.

    Terjemahan: Semesta meta

    Perkataan metaverse pertama kali digunakan dalam novel sains fiksyen berjudul Snow Crash pada 1992. Penggunaannya melonjak pada 2022, sebahagiannya disebabkan pertukaran nama syarikat Facebook kepada Meta.

    ARTIKEL BERKAITAN: Permacrisis, partygate: ini maksud dan terjemahan 10 Words Of The Year Kamus Collins 

    Namun, konsep semesta meta juga dibincangkan secara meluas pada tahun ini, baik tentang penggunaannya atau masa hadapannya. Antara yang kerap dibincangkan adalah tentang etika dan kebolehgunaannya dalam dunia dalam talian pada masa hadapan.

    Teknologi semesta meta dikatakan akan mencecah nilai AS$800 bilion (RM3.52 trilion) pada 2024 dan syarikat-syarikat teknologi utama dunia seperti Meta, Microsoft, Apple dan Google telah mula melabur dalam teknologi tersebut, membayangkan potensinya yang tinggi sebagai teknologi masa hadapan.

    KONFLIK di Ukraine antara punca penggunaan tanda pagar #IStandWith meningkat tahun ini. – GAMBAR HIASAN/AFP
    • #IStandWith

    Maksud: Tanda pagar yang digunakan untuk menyatakan solidariti terhadap tujuan, kumpulan atau individu tertentu. 

    Terjemahan: tiada

    Penggunaan tanda pagar #IStandWith mula digunakan sejak 2009 namun penggunaannya melonjak sejak Mac lalu, berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Tanda pagar tersebut turut digunakan sebagai cara untuk pengguna media sosial menyatakan pandangan dan menyelarikan pendirian terhadap sesuatu peristiwa. Ia merupakan cara untuk orang ramai mendemonstrasikan aktivisme secara dalam talian.

    Data Oxford menunjukkan carian untuk tanda pagar tersebut melonjak pada tahun ini berbanding tahun lalu, berikutan pelbagai peristiwa yang melanda dunia sepanjang tahun ini. – RELEVAN

    bahasa features pendidikan Word of the Year
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.