PENCIPTAAN lagu yang berasaskan kisah benar bukanlah baharu. Bagi sesetengah penulis lirik, ia ilham mudah walaupun mungkin beban perasaan yang diperlukan untuk menulis lirik tersebut sangat berat. Lagu seperti Candle in The Wind oleh Elton John dan Vincent oleh Don McLean antara lirik berdasarkan kisah benar yang popular. Begitu juga Wind of Change oleh Scorpion dan Henry Lee oleh Nick Cave & The Bad Seeds. Penulis tempatan juga tidak ketinggalan menghasilkan lirik berdasarkan kisah sebenar. Malah, ada antara mereka yang menggunakan kisah benar yang misteri dan menyedihkan sebagai ilham. Berikut Relevan senaraikan lima lagu tempatan dengan lirik yang diinspirasikan daripada…
KU SYAFIQ KU FOZI
“SEBUAH komputer layak digelar cerdas jika komputer itu mampu buat manusia percaya yang ia seorang manusia,” kata Alan Turing. Bapa Sains Komputer itu antara bijak pandai yang mula membuka jalan kepada penciptaan kecerdasan buatan (AI). Hari ini, AI semakin canggih dan manusia mula bimbang, adakah kerja-kerja kita akan diambil alih robot yang dilengkapi sistem AI? Teknologi AI sudah lama wujud namun dengan perisian-perisian baharu seperti ChatGPT yang dapat mencapai apa yang Turing katakan – buat manusia percaya yang ia seorang manusia – kegusaran golongan pekerja semakin membesar. ARTIKEL BERKAITAN: 5 industri dengan permintaan tertinggi pada 2023 Automasi Adam Dalloul menulis…
RAMAI orang mengimpikan kehidupan selepas bersara yang tenang dan damai. Boleh fokus semula kepada hobi seperti berkebun, bermain muzik atau membaca. Tidak ada lagi Isnin yang biru kerana kehidupan sudah tidak terikat kepada jadual kerja 9-5. Lebih banyak masa bersama keluarga boleh diluang dan usaha menambah pahala di hujung usia juga boleh diperbanyak. Namun, semua itu hanya tinggal impian jika kita tidak mempunyai pelan persaraan yang kukuh (kecuali kalau anda hartawan superkaya dengan wang yang tak luak-luak dibelanja). ARTIKEL BERKAITAN: Rancang gaya hidup persaraan anda sekarang sebelum terlambat Sehubungan itu, berpandukan pandangan penulis buku Where’s My Money: Secrets to Getting…
SEJAK 2018, institusi pengajian tinggi negara mengeluarkan lebih 300,000 graduan setiap tahun. Dalam kalangan mereka, ada yang berjaya mendapatkan pekerjaan, ada yang tidak. Malah, jika diperincikan lagi, ada yang mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan dan ada yang tidak. Kebolehpasaran graduan merupakan isu yang kritikal buat negara. Setiap graduan yang terpaksa bekerja di bawah kelayakan membazirkan potensinya untuk memperoleh pekerjaan yang lebih signifikan dan pendapatan yang lebih tinggi, seterusnya merugikan peluang janaan cukai yang lebih tinggi untuk negara. Sehubungan itu, Relevan membawa anda menelusuri statistik-statistik penting berkenaan kebolehpasaran graduan, merujuk kepada artikel Cabaran Pasaran Buruh dalam Kalangan Graduan Baharu oleh penyelidik…
“JADI, tak boleh mengandung?” Soalan pertama yang keluar dari mulut ibu Wani Ardy ketika pertama kali anaknya disahkan tidak mempunyai rahim oleh doktor. Kegusaran itu logik kerana secara permukaannya, fungsi utama rahim adalah untuk menempatkan bayi ketika dalam kandungan. Tambahan lagi, kebanyakan orang menganggap keluarga yang sempurna adalah ibu bapa yang ada anak. Suatu masa dahulu, wanita MRKH tidak ada pilihan untuk mempunyai anak kandung sendiri. Satu-satunya pilihan yang ada adalah dengan mengambil anak angkat. Namun, dengan kemajuan teknologi perubatan, sinar harapan akan terbit buat penghidap MRKH di Malaysia. Melalui pembedahan pemindahan rahim, penghidap yang lahir tanpa rahim boleh menerima…
KETIKA mula-mula kenal sosok bernama Wani Ardy dahulu, tidak pernah terlintas di fikiran saya dia mempunyai keadaan kesihatan yang langka. Saya kenal dia sebagai salah seorang pemuisi wanita yang berkeyakinan, berani dan menginspirasikan. Ada sesuatu pada wajah kurus dan serius yang diabadikan pada sampul buku Langit Vanilla. Kemudian, saya dapat tahu pula dia memulakan sebuah kugiran. Bersama rakan pemuzik lain, Wani Ardy melancarkan sebuah album penuh, Raskat pada 2020. Selepas itu, melalui satu persembahan dalam talian, saya dapat tahu dia juga pernah menganggotai sebuah kugiran independen yang lagunya pernah tular pada zaman awal kemunculan media sosial di Malaysia, iaitu Boneca.…
PENERBITAN data PriceCatcher dalam platform data OpenDOSM NextGen diharap dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih tepat apabila berbelanja. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, OpenDOSM NextGen yang dilancarkan Jabatan Perangkaan pada 12 Januari lalu mengandungi 28 juta data harga barangan di pelbagai lokasi di seluruh negara daripada aplikasi PriceCatcher. Kata beliau, data PriceCatcher merupakan data terkini yang dikemas kini dengan selang waktu satu hari. ARTIKEL BERKAITAN: Adakah membeli barangan dengan harga diskaun betul-betul menjimatkan wang? Penggunaan data tersebut untuk membandingkan harga bukan sahaja dapat membantu pengguna membuat pilihan tepat, malah menjadikan permintaan lebih anjal di samping mengawal kenaikan harga. “Pelbagai…
SABAN tahun, kita akan melalui perubahan. Dunia berubah, benua berubah, negara berubah dan diri kita sendiri juga akan berubah. Untuk terus bertahan dalam dunia yang sentiasa berubah, kita perlu mempersiapkan diri. Antara cara untuk mempersiapkan diri adalah dengan mengambil tahu perubahan yang akan dihadapi dan berusaha beradaptasi dengannya. Oleh itu, untuk para pekerja dan majikan, Relevan kongsikan sembilan trend pekerjaan baharu yang perlu anda hadapi pada tahun ini. Trend-trend ini dikumpulkan oleh ketua pasukan penyelidik Analitik Masa Hadapan Pekerjaan dan Bakat di Practice HR Gartner, Emily Rose McRae dan Naib Presiden Amalan Sumber Manusia Gartner, Peter Aykens. Lantik senyap Pada…
DALAM tempoh dua tahun sejak Disember 2019 hingga Disember 2021, AS$42 trilion (RM181.4 trilion) kekayaan baharu dicipta. Daripada jumlah itu, kira-kira 63 peratus dimiliki oleh golongan satu peratus paling kaya dalam dunia. Selebihnya, iaitu kira-kira AS$16 trilion (RM69.1 trilion) dimiliki 99 peratus populasi dunia yang lain. Ini merupakan statistik terbaharu yang diterbitkan Oxfam International pada 16 Januari melalui laporannya yang bertajuk Survival of the Richest. Statistik tersebut memberikan gambaran tentang jurang kekayaan dunia yang semakin melebar, terutamanya dalam tempoh pandemik Covid-19 melanda dunia. Malah, pada tahun ini, buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun, kekayaan ekstrem dan kemiskinan ekstrem meningkat dalam…
SUDAH lebih satu abad sejak konsep perlindungan materniti untuk wanita di tempat kerja diperkenalkan, namun kita masih terus berdebat tentangnya. Pada 1919, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganjurkan Konvensyen Perlindungan Materniti. Hasil konvensyen ini, diskriminasi terhadap wanita bersalin dalam pasaran pekerjaan perlahan-lahan dapat dihapuskan. Keadaannya bertambah baik. Banyak negara mula meratifikasi konvensyen tersebut demi dua objektif utama: untuk memelihara kesihatan ibu bersalin bersama anak yang baru dilahirkan dan untuk menyediakan perlindungan kerja serta pendapatan. Di Malaysia juga bertambah baik. Melalui pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa tahun ini, cuti bersalin dipanjangkan kepada 98 hari manakala cuti paterniti diberikan kepada bapa…