Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 17 janji kewangan terbaik dalam manifesto PH dan BN yang wajib dilaksana

    17 janji kewangan terbaik dalam manifesto PH dan BN yang wajib dilaksana

    By November 29, 20226 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PAKATAN Harapan dan Barisan Nasional dua-dua jadi kerajaan, jadi bolehlah kita tuntut janji dari kedua-dua manifesto. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BERITA baik buat semua: kita boleh tuntut lebih banyak janji dalam manifesto kerajaan baharu hasil keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tempoh hari.

    Ini kerana, kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianggotai lebih daripada satu parti.

    Selain Pakatan Harapan (PH), gabungan parti dan parti politik lain seperti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) juga akan duduk di bahagian penyokong kerajaan dalam Parlimen nanti.

    Parti-parti yang jadi kerajaan ini semuanya boleh dianggap sebagai sudah menang. Ini bermakna, kita boleh tuntut janji-janji yang ditabur mereka dalam tempoh berkempen dahulu.

    Kalau hanya satu parti yang membentuk kerajaan, kita boleh tuntut janji dalam manifesto mereka sahaja. Namun, disebabkan kerajaan ini gabungan banyak parti, lebih banyak janji yang kita boleh tuntut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan?

    Jadi, Relevan ingin kemukakan 17 janji terbaik untuk kewangan rakyat dalam manifesto dua gabungan terbesar dalam kerajaan baharu, iaitu PH dan BN. Janji-janji ini wajib dilaksana untuk kewangan yang lebih makmur dan sejahtera untuk rakyat.

    • Skim Bantuan Pendapatan Asas (ABI) – BN

    Dalam manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU) BN, gabungan itu menjanjikan penghapusan kemiskinan mutlak melalui ABI. Melalui langkah ini, semua isi rumah berpendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM2,208 akan dikreditkan bantuan pendapatan setiap bulan.

    • Hapuskan kartel – PH

    Dalam Tawaran Kita Boleh oleh PH, penghapusan kartel dalam sektor bahan makanan merupakan antara strategi gabungan itu untuk menangani kos sara hidup rakyat.

    Kartel merupakan antara punca peningkatan harga bahan makanan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini. Tanpa kartel, persaingan dalam sektor tersebut lebih adil dan keuntungan melampau industri dapat ditangani.

    KANAK-kanak memerlukan sarapan yang berkhasiat untuk tumbesaran yang sempurna. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
    • Sarapan percuma – PH

    PH berjanji untuk menambah peruntukan program sarapan percuma sedia ada bagi memastikan lebih 500,000 penerimanya mendapat manfaat nutrisi yang diperlukan ketika memulakan sesi persekolahan setiap hari.

    Sarapan bernutrisi penting bagi memastikan kanak-kanak membesar dengan sihat, terutamanya untuk kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah.

    • Pengampunan hutang PTPTN bersasar – PH

    PH mencadangkan Program Pemansuhan Hutang bersasar khas kepada golongan miskin dan isi rumah B40 yang mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Selain itu, jadual pembayaran semula PTPTN juga akan dilaksana berasaskan gaji bagi graduan baharu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Selesaikan isu hutang pendidikan sebelum ia menjadi krisis

    Harapnya kali ini mereka sudah membuat kajian secukupnya dan janji ini boleh dilaksana.

    • Mengurangkan kos pengajian tinggi – BN

    BN berjanji untuk mengurangkan kos pengajian tinggi sehingga separuh dengan pengenalan sistem pengajian anjal. Dalam sistem ini, 50 peratus pengajian akan dijalankan di kampus manakala 50 peratus lagi secara dalam talian atau jarak jauh.

    • Elaun khas kehilangan pekerjaan – PH

    Skim Insurans Pekerjaan (SIP) yang dilaksanakan sejak 2018 telah membantu ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan. PH berhasrat untuk memperluas elaun khas kepada golongan yang hilang pekerjaan kepada pekerja kontrak selagi mereka masih aktif mencari pekerjaan baharu.

    • Manfaat kanak-kanak sejagat – PH

    Setiap bayi yang baru lahir akan diberikan manfaat tunai yang akan didepositkan secara bulanan ke dalam akaun ibu bapa sehingga mereka berumur enam tahun. PH membuat janji ini bagi mengatasi masalah kanak-kanak bantut yang semakin kritikal di negara ini. 

    Dengan manfaat tunai yang diberikan, ibu bapa boleh memberikan susu dan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak yang masih kecil.

    YURAN asuhan dan pendidikan awal antara komitmen besar yang perlu ditanggung ibu bapa muda. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
    • Asuhan nasional percuma – BN

    Sebagai langkah untuk mengurangkan kos sara hidup keluarga dengan anak kecil dan memperkasakan pendidikan awal, BN berjanji untuk menyediakan asuhan nasional percuma untuk semua kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.

    Yuran pengasuhan merupakan antara kos terbesar yang perlu ditanggung ibu bapa muda, terutamanya untuk suami dan isteri yang bekerja.

    • Mengatasi kemiskinan haid – PH

    Kemiskinan haid merupakan isu penting yang sering dilihat terpencil oleh masyarakat. Dalam Tawaran Kita Boleh oleh PH, mereka berjanji untuk memberikan tuala wanita dan tampon secara percuma di sekolah rendah dan menengah di semua sekolah di Malaysia.

    Mereka juga berhasrat untuk memberikan tuala wanita dan tampon percuma kepada wanita B40 di lokasi-lokasi strategik.

    • Pengecualian cukai untuk wanita – BN

    Untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan, BN menawarkan pengecualian penuh cukai pendapatan (0 peratus) selama lima tahun kepada semua wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah berehat dari kerjaya.

    • Kembara Siswa – PH

    Tiket penerbangan yang mahal sudah sekian lama menjadi dilema kepada pelajar Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung dan sebaliknya.

    Bagi meringankan beban mereka yang mahu pulang ke kampung halaman, PH menawarkan program Kembara Siswa yang menyediakan tiket pada kadar harga tetap (RM199) untuk penerbangan antara Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.

    Program tersebut terhad kepada dua tiket setahun bagi setiap mahasiswa.

    • Ambil alih selenggara – PH

    PH berjanji untuk mengambil alih penyelenggaraan untuk pangsapuri kos rendah bagi membantu mewujudkan persekitaran kediaman yang berkualiti dan selamat.

    Langkah ini dapat membantu menjimatkan perbelanjaan penduduk pangsapuri kos rendah yang rata-ratanya merupakan isi rumah berpendapatan rendah.

    • Mengkaji semula konsesi lebuh raya – PH

    Harga tol merupakan satu lagi komitmen tetap yang terpaksa ditanggung pengguna jalan raya. Walaupun tiada mana-mana gabungan politik berani menjanjikan penghapusan tol dengan segera, janji untuk mengkaji semula konsesi lebuh raya oleh PH sudah cukup baik.

    PH berhasrat meneruskan pengurangan tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) secara berperingkat dengan matlamat akhir penghapusan tol dan pengembalian lebuh raya tersebut kepada milik awam.

    RAKYAT perlu digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
    • Had tambang – PH

    PH mencadangkan had tambang sebanyak RM5 sehari untuk pengguna pengangkutan awam. Ia bagi menggalakkan lebih ramai menggunakan pengangkutan awam, termasuk untuk mereka yang tidak menggunakannya secara tetap setiap hari.

    Cadangan ini juga dapat memudahkan pengurusan kewangan pengguna. Tak perlu pening, maksimum RM5 sahaja akan digunakan setiap hari untuk pengangkutan awam.

    • Feri Malaysia – BN

    Antara janji yang paling mengejutkan dalam manifesto parti politik kali ini. Perkhidmatan Feri Malaysia yang dinamakan sebagai Cruise Muhibbah pernah ditawarkan pada 1986 hingga 1989 dahulu. Ia menjadi penghubung kepada Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

    BN berhasrat mengembalikan perkhidmatan ini. Ia boleh menjadi alternatif yang baik kepada kapal terbang yang harga tiketnya kadang-kadang tidak masuk akal. 

    Namun, yang lebih penting ialah pelaksanaannya. Bagaimana kerajaan mahu mengatasi isu kerugian operasi dan tempoh perjalanan yang panjang (Cruise Muhibbah ambil masa dua hari untuk berlayar dari Pelabuhan Kuantan ke Kota Kinabalu) yang menggagalkan operasi Feri Malaysia dahulu?

    • Kumpulan Wang Pengekalan Kerja (ERF) – BN

    Bagi mengelakkan pemberhentian kerja secara serta-merta semasa krisis ekonomi dan darurat nasional, contohnya seperti yang berlaku ketika Covid-19 dahulu, BN mencadangkan penubuhan ERF.

    Melalui ERF, caruman akan dilakukan oleh kerajaan, majikan dan pekerja secara bersama. 

    Ia berbeza dengan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) yang memberikan elaun kepada mereka yang diberhentikan kerja. Dengan ERF, majikan juga mendapat keuntungan kerana dapat mengekalkan pekerja dan operasi perniagaan walaupun tidak mempunyai keuntungan mencukupi untuk membayar gaji.

    • Skim Perlindungan Pertanian – BN

    Khusus untuk para petani, BN berjanji untuk memperkenalkan Skim Perlindungan Pertanian. Skim ini akan dicarum bersama oleh petani dan kerajaan bagi melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca dan penyakit. – RELEVAN

    featured kewangan manifesto politik PRU15
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.