Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Keistimewaan lirik dan peribadi Loloq

    Keistimewaan lirik dan peribadi Loloq

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 1, 20226 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LOLOQ merupakan penulis lirik yang sangat prolifik dan tersendiri.

    KALAU anda minat muzik, pasti anda kenal siapa Loloq. 

    Pemilik nama sebenar Rosli Khamis ini sudah menjejak tahap legenda sebelum pemergiannya pada 30 Januari 2008 lagi. Ratusan karya liriknya masih dinikmati sehingga kini, malah terus dikaji dan dihargai oleh generasi muda.

    Tidak ramai penulis lirik yang mampu duduk sebaris dengan Loloq. Nama seperti Habsah Hassan, JS Kevin, Juwie dan Hairul Anuar Harun mempunyai kejayaan yang hampir sama.

    Namun, jika diperincikan penilaiannya kepada variasi gaya, kekayaan perbendaharaan dan berat makna dalam lirik, Loloq mungkin keseorangan dalam liganya sendiri.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 keajaiban bahasa dalam lirik lagu Malique 

    Relevan percaya bahawa seni seperti muzik juga boleh mendidik manusia. Oleh itu, izinkan kami membawa anda menelusuri keistimewaan seorang pujangga seni bernama Loloq, baik dari segi karya atau peribadinya buat pedoman dan inspirasi kita semua.

    Latar belakang

    Loloq pernah menjadi anak muda penuh semangat yang datang dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk menjadi seniman.

    Menurut catatan wartawan, Zainal Rashid Ahmad, Loloq antara ‘pendebat’ setia di Pasar Seni pada dekad 80-an sehingga 90-an. Pasar Seni sememangnya lokasi popular untuk peminat dan penggiat seni pada dekad-dekad itu.

    Apa yang dibualkan Loloq di Pasar Seni? Banyak, sangat banyak. Melalui catatan Zainal Rashid sahaja, topik bual Loloq sudah bermacam-macam: dari penelitiannya terhadap teks Melayu klasik, pemikiran sosialisme dan sejarah ketamadunan Islam.

    Loloq meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala. Dia meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

    Mengagumi Zaen Kasturi

    Sebagai seorang yang boleh dikira sebagai ‘street smart’, Loloq tidak mempunyai apa-apa kelulusan pengajian tinggi. Namun, dia sering melihat rakan-rakan di sekelilingnya sebagai guru yang mengajarkannya pelbagai ilmu tentang kehidupan.

    Dalam wawancaranya bersama Harian Metro yang disiarkan pada 31 Januari 2008, Loloq memetik nama Zainal Rashid Ahmad, Zaen Kasturi, Noor Azam dan Ku Seman Ku Husain sebagai tempatnya menimba pengalaman.

    Menurut Zainal Rashid, Loloq menganggap Zaen Kasturi sebagai guru bahasanya. Zaen merupakan sasterawan yang beberapa kali pernah disebut sebagai penulis yang layak menerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

    Satu hal menarik yang boleh diperhatikan, Loloq tidak memandang usia dalam memilih kawan mahupun guru. Zainal Rashid, Zaen dan Ku Seman ketiga-tiganya lebih muda berbanding Loloq.

    Kaya perbendaharaan kata

    Satu ciri jelas yang ada pada lirik-lirik Loloq ialah kekayaan bahasanya. Loloq dikatakan pernah mengecam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai tidak laku. Ia berikutan pertikaian orang ramai terhadap penggunaan kata “syuga” dalam tajuk album Ella – USA (Unik, Syuga, Asli).

    Begitu juga perkataan “nurbisa” dalam lagu Berikanku Nurbisa nyanyian Hattan. Perkataan itu sangat langka penggunaannya namun mempunyai maksud yang indah, iaitu penawar bisa.

    Memerhati lirik Loloq buatkan kita sering mengerut dahi. Selain perkataan-perkataan lain, banyak juga nama khas yang digunakan membuatkan kita bukan sekadar buka kamus, malah carian Google yang panjang.

    Perhatikan rangkap dari lagu Langgam Pak Dogo ini:

    “Rindu menikam dek cinta Sita,

    Hilang bekas, hilang sisa amarah,

    Bongkar akar, bongkar mimpi Suralaya,

    Datang bingung berpaluan di ambang Yuda,

    Ajak menung bawah panji Wilmana,

    Apa hikmah tersemat di balik perintah?”

    Buka Google, jemput cari makna Sita, Suralaya, Yuda dan Wilmana.

    Lapisan makna

    Kartunis dan rakan Loloq, Ronasina Fandi pernah berteori bahawa Latifah yang dimaksudkan dalam lagu Kasih Latifah oleh Spider ialah salah satu nama Allah, iaitu Al-Latif (Yang Lembut).

    Ini bermakna lagu Kasih Latifah itu bukan sahaja lagu cinta kepada perempuan, malah juga lagu cinta kepada Tuhan.

    Saya yang masih muda waktu menonton video bedah lirik oleh Ronasina itu terpempan seketika. Kalau begitu, mungkinkah lagu Aduh Saliha nyanyian Mawi bukanlah tentang perempuan bernama Saliha tetapi orang-orang soleh? Ghazal Untuk Rabiah ialah lagu ketuhanan? Sakinah oleh XPDC itu lagu tentang ketenangan?

    Ini merupakan antara keistimewaan penulisan lirik oleh Loloq yang meletakkan banyak lapisan makna dalam satu lirik. 

    Lagu Kasih Latifah contohnya, ia boleh difahami pada peringkat permukaannya, iaitu lagu tentang percintaan lelaki dan perempuan. Namun, jika ada yang mahu menggali lebih dalam, ia juga boleh difahami sebagai lagu ketuhanan.

    Dengan lapisan makna ini, lagu tersebut boleh popular walaupun mengandungi makna yang berat. Ini yang boleh dilihat pada lagu Kasih Latifah, Aduh Saliha dan Ghazal Untuk Rabiah.

    Dari yang paling ranggi ke paling puitis

    Satu ciri yang meletakkan Loloq dalam liga tersendiri berbanding penulis lirik lain ialah kepelbagaian gaya bahasa yang boleh digunakan. 

    Dalam lagu Ngam Ho oleh Spider, Loloq menggunakan gaya bahasa pasar. Namun dalam Jangan Kau Berputus Asa nyanyian kugiran sama, Loloq menampilkan sisi puitisnya.

    Loloq juga ada menghasilkan lirik lagu komedi seperti Sup Selipar nyanyian Salih Yaacob. Dia juga menulis lirik yang keras dan kasar seperti Tak Nak Jadi Soh Chai nyanyian XPDC.

    Dalam Kias Fansuri (M. Nasir), Loloq menumpahkan penghayatannya terhadap karya-karya Hamzah Fansuri dan kisah Nabi Yusuf. Dalam Andalusia (M. Nasir), dia bercerita tentang kekaguman dan kekecewaannya terhadap empayar tamadun Islam di negara yang kini dikenali sebagai Sepanyol itu.

    Loloq juga boleh tampil sangat misteri dalam Keroncong Nostradamus (M. Nasir) dan menulis lirik yang penuh dengan keindahan bahasa serta pemikiran Melayu dalam Mentera Semerah Padi (M. Nasir).

    Jika bercerita tentang versatiliti sebagai penulis lirik, Loloq dengan mudah tampil juara. 

    Kepinding buku

    Kepinding itu pepijat. Sengaja saya guna nama lain sebagai penghargaan kepada Loloq yang kaya perbendaharaan kata.

    Loloq bukan sekadar ulat buku, malah kepinding buku. Dia dan buku tidak dapat dipisahkan. Baik mewah atau daif, sihat atau sakit, buku sentiasa bersamanya.

    Menurut wartawan, Zainuri Misfar dan Rozdan Mazalan, Loloq mempunyai ratusan koleksi buku yang merentang dari bidang falsafah, budaya, sejarah, ekonomi hingga agama.

    Seperti yang dikisahkan Zainal Rashid, Loloq juga melanggan akhbar Melayu pada hujung minggu untuk membaca cerpen serta puisi yang dimuatkan dalam akhbar tersebut.

    Ronasina pula bercerita, Loloq mampu membaca tulisan tangan Jawi lama dengan pantas.

    Selain kepinding buku, Loloq juga kutu buku. Seorang ‘kutu’ yang gilakan buku. Saya kenal ramai ‘kutu’ yang suka buku dan pemikiran mereka sentiasa menarik untuk diteroka.

    Tidak hairanlah karya lirik Loloq sangat berkualiti dan pelbagai. Mereka yang kuat membaca sentiasa berpotensi menjadi penulis yang baik.

    Revolusi lirik

    Karya lirik Loloq tidak boleh ditinggalkan begitu saja. Perlu ada kajian, perbincangan dan ulasan berterusan tentang karyanya supaya penulisan lirik di Malaysia terus ditambah baik.

    Sejak dekad 80-an, Loloq sudah membawa semangat revolusi dalam penulisan lirik. 

    “Aku hairan kenapa orang masih anggap benda-benda pelik tak boleh ada dalam lirik sedangkan hidup ini beratus kali pelik dari yang boleh kita bayangkan,” kata Loloq yang dipetik Zainal Rashid.

    Masalah penulisan lirik yang banal dan berputar dalam isu sama – hubungan cinta, kekecewaan cinta dan royanan cinta – sudah berlangsung lama dan Loloq berjaya memecahkan ruyung kebuntuan itu lama dahulu.

    Jika karya Loloq ditinggalkan sepi, masalah sama akan terus berulang. Cinta, rindu, tangis dan meroyan – itu sahajalah kandungan lirik yang industri muzik kita boleh tawarkan. – RELEVAN

    featured lirik muzik pendidikan
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.