KU SYAFIQ KU FOZI

MALAYSIA dijangka berhadapan pelbagai cabaran kesihatan pada masa hadapan dan langkah untuk menanganinya perlu dimulakan dari sekarang.  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara memerlukan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan serta kalis masa hadapan dan pembangunan Kertas Putih Kesihatan dilihat dapat merealisasikannya. “Selepas lebih dua tahun seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19, satu perancangan komprehensif dan menyeluruh perlu dibentuk supaya kesejahteraan Keluarga Malaysia kekal utuh pada masa hadapan. “Cadangan Kertas Putih Kesihatan ini bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh, agar sejajar dengan keperluan kesihatan rakyat ketika ini selain sentiasa bersedia mendepani cabaran dalam tahun-tahun mendatang. “Kertas putih…

Read More

SEKOLAH-sekolah di kawasan bandar seluruh negara mengalami kekurangan kira-kira 10,000 orang guru, menjadikan isu kekurangan guru di kawasan bandar lebih signifikan berbanding luar bandar dari segi jumlah kekosongan. Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin dalam jawapannya kepada soalan tambahan dalam sidang Dewan Negara, semalam. Menurut Mohamad, jumlah di guru di kawasan bandar ketika ini adalah seramai kira-kira 307,000 orang dan masih kekurangan kira-kira 10,000 orang. Jumlah kekurangan tersebut lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar dengan jumlah kira-kira 110,000 guru dan 4,732 kekosongan. “Antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan guru di sekolah termasuk sekolah luar bandar ialah…

Read More

RUMAH ialah hak asasi manusia, tiada perbahasan tentang itu. Setiap manusia berhak ada tempat berteduh. Namun, adakah semua manusia mampu memiliki sebuah rumah dalam situasi ekonomi seperti sekarang? Di Malaysia, isu pemilikan rumah sekian lama menjadi polemik, terutamanya dalam kalangan orang muda. Harga rumah yang tinggi menyukarkan golongan muda membeli rumah menyebabkan lebih ramai yang memilih untuk menyewa. Laporan Pasaran Harta 2021 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan menyatakan, terdapat 37,000 unit kediaman tidak terjual bernilai RM22.79 bilion di seluruh negara pada akhir 2021. Ia merupakan peningkatan 24.7 peratus dari segi unit dan 20.5 peratus dari segi nilai…

Read More

KADAR pengangguran pada Jun menurun kepada 3.8 peratus dengan bilangan penganggur berkurang kepada kira-kira 630,600 orang berbanding 3.9 peratus atau kira-kira 637,700 orang pada Mei. Kadar tersebut merupakan yang terendah sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac 2020. Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedudukan tenaga buruh lebih stabil pada Jun berikutan peningkatan berterusan dalam bilangan tenaga buruh. Kata beliau, ia melibatkan pertambahan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 16.57 juta orang berbanding 16.54 juta orang pada Mei. Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada bulan tersebut pula kekal pada 69.5 peratus. “Negara telah mencapai…

Read More

SERAMAI 56,207 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal mendapat sijil tersebut untuk sesi 2021, menurut jawapan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin di sidang Parlimen hari ini.  Jumlah itu merangkumi 10,681 calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan dan 45,526 calon yang menduduki peperiksaan tetapi gagal mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah atau kedua-duanya. Dalam keputusan yang diumumkan Jun lalu, seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki SPM 2021 memperoleh keputusan semua A. Seramai 71,842 atau 18.8 peratus calon pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian. Sementara itu, calon yang mendapat keputusan lulus pula seramai 129,796 atau 33.96 peratus manakala…

Read More

SEBUT sahaja kutu, kita sudah boleh bayangkan kerimasannya. Kulit kepala gatal-gatal! Gatalnya tak boleh bawa bincang. Oleh sebab gatal-gatal itu, kita jadi rimas, gelisah dan hilang tumpuan. Sebab itu dalam budaya Melayu, kutu dikaitkan dengan hal-hal negatif. Simpulan bahasa mati kutu contohnya, bererti tidak mampu melawan. Kutu embun pula orang yang suka merayau tanpa hala sehingga awal pagi. Ada juga peribahasa seperti ibarat kutu, boleh diselisik yang bermaksud kesalahan dan keburukan tidak boleh disorok. Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor pula bermaksud bersih dan cantik di luar tetapi hatinya busuk. Kita boleh mencipta apa sahaja peribahasa tentang kutu…

Read More

PINJAMAN pendidikan sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Selain biasiswa yang hanya ditawarkan kepada sebahagian pelajar, pinjaman pendidikan ialah alternatif terbaik untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya buat golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Secara teori, pinjaman pendidikan ialah hutang yang baik. Ia bermakna, hutang sebegini diambil untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup peminjam. Kita meminjam sejumlah wang untuk mendapatkan pendidikan yang dapat memberikan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik. Namun, adakah realitinya sebegitu? 60 peratus graduan bekerja dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah pada 2021, menurut dapatan Kementerian Pengajian Tinggi. Masalah pengangguran dan bekerja bawah kelayakan dalam graduan juga tidak asing di…

Read More

JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 4,204 kes semalam berbanding 3,213 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,687,470 kes. Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 4,582 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,607,207 kes. Sebanyak lapan kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,985 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,646 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 44,278 kes dengan…

Read More

TANGGA gaji yang rendah untuk graduan dengan kelulusan ijazah sering diperkatakan ketika ini. Ia juga dispekulasikan sebagai antara sebab lebih ramai lepasan SPM memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Hanya menambah hutang sedangkan gaji tidak seberapa, luah mereka. Benarkah gaji untuk graduan baharu rendah? Artikel dari Khazanah Research Institute (KRI) mengesahkan hal itu apabila didapati kira-kira 60 peratus graduan baharu menerima gaji pada paras RM2,000 dan ke bawah pada 2021. Bukan itu sahaja, artikel Memahami Statistik Kebolehpasaran Graduan oleh Hawati Abdul Hamid yang dimuatkan dalam siri artikel KRI Views juga membongkar empat statistik lain berkaitan kebolehpasaran graduan…

Read More

TIDAK sukar untuk menemukan graduan yang bekerja di luar bidang pengajiannya. Saya sendiri sebahagian daripada mereka; mempunyai kelulusan ijazah pendidikan tetapi memilih untuk bekerja sebagai penulis portal. Faktor dan kesan fenomena ini telah dihuraikan dalam artikel sebelum ini melalui pandangan konsultan kerjaya. Bagaimana pula pandangan graduan itu sendiri? Apa faktor yang mendorong mereka mendapatkan pekerjaan di luar bidang pengajian dan lebih penting, adakah mereka gembira dengan pekerjaan mereka sekarang? Gaji tidak setimpal Nursyuhadah Hamzah, 26, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan. Bidang ijazahnya spesifik tetapi dia memilih untuk bekerja dalam bidang berbeza, iaitu sebagai pengendali kandungan media sosial.…

Read More