Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 54 tahun perjalanan politik, aktivisme Anwar Ibrahim

    54 tahun perjalanan politik, aktivisme Anwar Ibrahim

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 26, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANWAR (kanan) keluar dari kediamannya sambil ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menuju ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. - GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN

    PERDANA Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sosok asing dalam negara, malah di peringkat dunia sekalipun.

    Penglibatannya sebagai pemimpin mahasiswa, aktivis sosial dan ahli politik sudah menjangkau lebih separuh abad. Secara tepatnya, 54 tahun.

    Tahun ini tahun istimewa buat beliau apabila akhirnya, nama Anwar Ibrahim tercatat dalam watikah sumpah Perdana Menteri. Pelantikannya sebagai Perdana Menteri diraikan penyokong, juga diirikan musuh.

    Jika mahu bercerita tentang liku hidup ahli politik, Anwar Ibrahim tokohnya. Di peringkat tempatan, belum ada lagi ahli politik yang pernah dihumban ke penjara, dipecat ketika momentum kerjayanya hampir ke kemuncak, berjaya menjadi Perdana Menteri.

    Beliau pemimpin pembangkang kedua yang diangkat sebagai Perdana Menteri selepas sifunya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

    Relevan mahu membawa anda menyelusuri perjalanan politik dan aktivisme Anwar Ibrahim. Tak kira anda penyokong atau penentangnya, liku jalan politik Anwar berbaloi untuk diteliti dan diambil pedoman.

    1968

    Pengalaman kepemimpinan Anwar bermula di universiti. Beliau mendaftar di Universiti Malaya (UM) pada 1968 sebagai penuntut dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera). Di UM, Anwar memimpin Persatuan Bahasa Melayu (PBMUM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

    Rakan seperjuangan Anwar di universiti beberapa tahun selepas itu, Hishamuddin Rais pernah mengimbas perkenalannya dengan sosok Anwar Ibrahim. Kata Hishamuddin, Anwar mencipta nama ketika memimpin PBMUM melalui kempen penggunaan bahasa Melayu. 

    Imbas Hishamuddin, dia melihat cakaran di papan tanda UM pada maklumat-maklumat dalam bahasa Inggeris. Itu kerja kempen Anwar Ibrahim, katanya.

    1971

    Antara penglibatan aktif Anwar dalam aktivisme luar kampus adalah melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau berada dalam Jawatankuasa Protem badan bukan kerajaan (NGO) tersebut, sekali gus merupakan antara pengasasnya.

    Dalam tahun ini juga, beliau dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

    1974

    Ini highlight dunia aktivisme Anwar Ibrahim ketika muda. Penglibatannya dalam Demonstrasi Baling 1974 adalah bersejarah apabila beliau bersama ribuan mahasiswa lain turun ke jalan raya untuk memperjuangkan nasib golongan petani yang kelaparan akibat krisis harga komoditi ketika itu.

    Anwar melalui episod penjara pertamanya akibat demonstrasi itu. Dia bersama beberapa nama lain berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak selama 20 bulan.

    Walau bagaimanapun, perjuangan itu tidak sia-sia. Ia membawa impak positif dan ada juga yang negatif. Positifnya apabila kerajaan melancarkan Rancangan Buku Hijau atau Gerakan Bumijaya bagi mengatasi masalah sektor pertanian negara. Negatifnya, setahun selepas itu, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda untuk lebih mencengkam aktivisme mahasiswa.

    1982

    Anwar mula mencipta nama dalam gelanggang politik negara apabila dipelawa Dr. Mahathir untuk menyertai UMNO pada 1982. 

    Dalam sidang akhbar pengumuman kemasukannya ke dalam UMNO pada 29 Mac 1982, Anwar berkata beliau memilih UMNO kerana “yakin dan kagum dengan pentadbiran dan corak perjuangan Dr. Mahathir”.

    MUKA hadapan Utusan Malaysia pada 30 Mac 1982. – GAMBAR ARKIB UTUSAN MALAYSIA

    Penyertaannya dalam UMNO mendapat perhatian kerana beliau turut menarik minat PAS ketika itu dengan statusnya sebagai Presiden ABIM. Malah, hanya sebulan sebelum itu, Anwar pernah menyatakan pendiriannya untuk tidak masuk politik.

    Anwar berjaya memenangi kerusi Parlimen pertamanya di Permatang Pauh dalam tahun ini.

    1983 – 1997

    Hanya setahun selepas menyertai politik, Anwar dilantik sebagai menteri penuh sebagai Menteri Belia dan Sukan. Pada 1984, beliau bertukar portfolio kepada Menteri Pertanian pula.

    Pada 1991, dengan kedudukannya yang semakin kukuh dalam parti dan kerajaan, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan sebelum memenangi pemilihan Timbalan Presiden UMNO pada 1993 dan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

    Ketiadaan Dr. Mahathir yang ke luar negara selama dua bulan untuk urusan rasmi dan bercuti pada 1997 memberi peluang kepada Anwar memangku tugas sebagai Perdana Menteri buat sementara.

    1998

    Ini merupakan tahun gelap buat Anwar. Selepas 16 tahun dalam UMNO dan kerajaan, siapa sangka kerjaya politiknya jatuh pada tahun yang gemilang buat Malaysia.

    Pada 2 September 1998, Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ia disusuli dakwaan meliwat dan salah guna kuasa. Ini menyebabkan Anwar terpaksa melalui pengalaman penjaranya yang kedua pada 1999.

    1998 merupakan permulaan tahun derita buat Anwar.

    Pada tahun itu juga, Anwar menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pemecatan dan pemenjaraan Anwar juga meledakkan gelombang reformasi yang bermula dengan siri protes jalan raya.

    Gelombang reformasi terus menjadi faktor penting dalam perkembangan politik negara. Pengaruh Barisan Nasional perlahan-lahan memudar bermula PRU10 (1999) sehingga parti itu tewas buat pertama kali pada PRU14 (2018). 

    2004

    Anwar dibebaskan dari hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mendapati dakwaan terhadapnya kekurangan bukti. Beliau mengambil peluang tersebut untuk berehat sementara dari dunia politik.

    2008

    Anwar kembali ke Parlimen selepas mengambil alih kerusi Permatang Pauh dari Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Ogos 2008. Anwar ketika itu merupakan Ketua Umum PKR manakala Wan Azizah ialah Presiden parti itu.

    Anwar kemudiannya mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU13 (2013). 

    Sebelum itu, Anwar menghadapi satu lagi dakwaan liwat namun dibebaskan pada 2012.

    2015

    Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. 

    Ini merupakan pengalaman penjara ketiga Anwar dan sekali lagi beliau terkeluar dari gelanggang politik negara. Walau bagaimanapun, PKR terus membina kekuatan di luar.

    2018

    PRU14 (2018) mencipta sejarah baharu negara apabila buat pertama kali kerajaan yang memerintah tewas dalam PRU. Parti yang diasaskan Anwar, PKR mengetuai gelombang penolakan rakyat terhadap Barisan Nasional ketika itu.

    Pada 16 Mei 2018, Anwar diberikan pengampunan diraja penuh dan dibebaskan dari penjara. Beliau kemudiannya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan kembali ke Parlimen, namun tidak mengambil apa-apa jawatan Kabinet.

    ANWAR dibebaskan selepas mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan sejurus keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras pada 2018. – GAMBAR KOSMO

    2020

    Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr. Mahathir tumbang selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan 11 ahli Parlimen dari PKR menarik sokongan terhadap PH. Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Perdana Menteri dan Anwar bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

    2022

    Anwar memenangi kerusi Parlimen Tambun dalam PRU15. PH tampil sebagai pemegang kerusi terbanyak walaupun tidak berjaya melintasi majoriti mudah. Selepas lima hari Parlimen tergantung, Yang di-Pertuang Agong melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia. – RELEVAN

    Anwar Ibrahim featured pendidikan politik
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.